Thursday, April 19, 2018

ADAM50

Mengikut belanjawan tahun 2018, setiap anak yg dilahirkan tahun 2018 akan menerima bantuan RM200 oleh ASNB, melalui ADAM50. Duit ni hanya boleh dikeluarkan bila anak dah 18tahun nnt. Aku pun tak lepaskan peluang utk mengambil peluang ni. Hahahaha. Rezeki jgn ditolak, bala jgn dicari. Aku fikir, bagus jugak ada akaun ni. Memang aku guna utk buat simpanan utk Aminah nnt.

Utk maklumat lanjut, boleh pergi ke SINI

Akaun ni boleh dibuka di mana-mana cawangan ASNB dan bank yg terlibat. 

Mengikut laman web ASNB, dokumen yg perlu dibawa adalah, MYKID atau Sijil lahir anak dan MyKAD ibu/bapa/ penjaga. 

Borang yg diisi di RHB

Mula-mula, aku pergi ke bank RHB kt Bandar Baru Uda. Aku dah isi borang yg diperlukan. Agak lenguh la jugak tangan aku menulis, sbb byk sgt yg nk diisi. Bila pergi ke kaunter, jawapan yg aku dapat adalah
Maaf puan, kalau transaksi di bank, kita perlukan surat beranak anak. Kalau MyKID, hanya kt cawangan ASNB sahaja yg boleh buat.
Fuhhhhh. Aku pun dgn hati yg lara, keluar dari RHB tu. Nasib baik pejabat ASNB tu dekat je (padahal dr awal, aku terlupa pejabat ASNB tu dekat je. hahaha)

Ni Haaa. Dekat deret kedai Mee Tarik dgn Butik Siti Nurhaliza, berhadapan parking Plaza Angsana.
Aku pun masuk dlm premis ASNB, ckp je kt adik kaunter depan tu, nk daftar ADAM50. NNt adik tu akan bg satu set borang yg perlu diisi.

Ni haaa borangnya.
Borang yg kuning tu, sama je mcm aku dpt kt ASNB, cuma ada satu penambahan borang di belakangnya. 

Ni borang tambahan. Lebih kpd nk tanya pasal sama ada kita ada kaitan dgn US ataupun tak. 

LEpas tu, lg satu borang adalah borang ADAM50. Borang ni perlu diisi penuh ye. Oh, utk bhgn sama ada data kita boleh digunakan utk promosi atau tak, aku pilih tak. Sbb nnt entah mana-mana bank akan telefon dan promote produk yg entah apa-apa. Dah byk kali kena.

Borang ADAM
Lenguh jugak la nk menulis semua borang ni. Hahaha. Dari tulisan lawa, terus mcm cakar ayam, senget benget. 

Lepas dah siap isi semua borang, pergi semula ke kaunter nombor td, lepas tu adik tu akan suruh kita cap jari kiri di tempat yg berkenaan. Lepas tu, baru la adik tu akan bg nombor. Aku tunggu dlm 15min, baru tiba giliran aku. 

Di kaunter, nnt penjaga kaunter tu akan tanya sama ada kita ada ASB atau tak. Aku memang ada ASB, makanya diorg akan link akaun ASB aku dgn akaun remaja Aminah ni. So, memang memudahkan kerja aku la. Bila dah selesai, dalam masa 2 3 hari, kita akan boleh tengok akaun ADAM50 ni di MyASNB. Senang nk cek baki, senang nk masukkan duit. 

Cara nk cek:

1. Log in MYASNB mcm biasa.

2. Klik ke Bijak/ Remaja


3. Tadaaaaa. 


Okey. Siap sudah. Lepas ni dah boleh buat tambahan dana utk anak dara.

** Tapi, masih nk bukak akaun tabung haji utk anak dara gak. Senang nk link dgn Maybank.

Lain-lain info, boleh rujuk di SINI
  1. Transaksi ADAM50
    1. Bolehkah saya menambah jumlah pelaburan kepada akaun peserta ADAM50?
    2. Pelaburan tambahan boleh dilakukan oleh ibu, bapa, penjaga berdaftar atau wakil peserta seperti mana prosedur dan tatacara sedia ada, tertakluk kepada had pelaburan maksimum yang dinyatakan di atas.

    3. Adakah sebarang pelaburan tambahan terhadap akaun ADAM50 juga tidak boleh dikeluarkan?
    4. Sebarang pelaburan tambahan tidak akan disekat, malahan pelaburan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, objektif utama ADAM50 adalah untuk mendidik budaya simpanan dan pelaburan sejak seawal usia, oleh itu peserta digalakkan untuk mengekalkan pelaburan dalam tabung yang terlibat.

    5. Adakah pelaburan tambahan dalam ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
    6. Ya, sebarang pelaburan tambahan ke atas akaun peserta ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Namun, pengeluaran hanya boleh dilakukan oleh Penjaga Berdaftar akaun tersebut. Contohnya, sekiranya akaun peserta didaftarkan di bawah nama ibu, hanya ibu sahaja boleh melakukan transaksi pengeluaran. Prosedur ini merupakan tatacara sedia ada bagi setiap tabung unit amanah ASNB.
      Selain itu, seperti dinyatakan di atas, unit insentif percuma serta pengagihan pendapatan (jika ada) ke atas unit insentif tersebut tidak boleh dikeluarkan sehingga peserta mencapai tempoh matang.

    7. Sekiranya saya telah mengeluarkan kesemua pelaburan yang dibuat, adakah anak saya masih layak menerima pengagihan pendapatan tabung?
    8. Akaun peserta masih layak menerima pengagihan pendapatan jika keseluruhan baki pelaburan dikeluarkan, kerana unit insentif yang diberikan masih kekal di dalam akaun tersebut.

     
  2. Transaksi Lain ADAM50
    1. Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, apakah yang akan terjadi terhadap akaun tersebut?
    2. Unit insentif serta segala pengagihan pendapatan yang terakru akan dilepaskan, serta segala baki akaun akan di bayar kepada waris. Sila rujuk laman sesawang ASNB bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kaedah tuntutan harta pusaka.

    3. Sekiranya penjaga berdaftar bagi peserta meninggal dunia, adakah akaun peserta akan ditutup?
    4. Tidak. Akaun peserta tidak akan ditutup. Penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    5. Sekiranya ibubapa atau penjaga bayi diisytiharkan Muflis, adakah kelayakan peserta di tarik balik?
    6. Tidak. Peserta masih layak menyertai program. Sebarang baki pelaburan dalam akaun peserta tidak akan dibayar ke Jabatan Insolvensi Malaysia (“JIM”) sekiranya penjaga diisytiharkan Muflis. Akan tetapi, penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    7. Sekiranya kami sekeluarga termasuk peserta ingin menyerahkan status warganegara kerana berpindah ke negara lain, apakah yang akan terjadi kepada baki pelaburan peserta?
    8. Baki pelaburan peserta (tidak termasuk unit insentif dan pengagihan pendapatan terakru bagi unit tersebut) akan dibayar kepada penjaga berdaftar. Manakala unit insentif itu akan dipulangkan semula kepada tabung yang berkenaan bagi tujuan unit insentif kepada peserta lain yang layak.

    9. Sekiranya penjaga berdaftar peserta menyerahkan status warganegara, adakah peserta masih layak menyertai ADAM50?
    10. Ya. Penjaga berdaftar baharu yang dilantik hendaklah membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.

    11. Bolehkah saya menamakan peserta ADAM50 sebagai penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah?
    12. Ya, boleh. Pemberi Hibah/Pengisytiharan Amanah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga mestilah dalam kalangan:
      • Ibu atau bapa
      • Datuk atau nenek
      • Abang atau kakak
      • Penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB

    13. Sekiranya anak saya menerima Harta Hibah/Pengisytiharan Amanah yang melebihi had maksimum individu tabung, adakah harta tersebut akan dibayar secara tunai?
    14. Tidak. Harta tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun peserta sekaligus meningkatkan had pelaburan maksimum daripada had sedia ada kepada had baharu, tertakluk kepada amaun Harta tersebut. Contohnya, peserta menerima Harta berjumlah 100,000 unit, had maksimum peserta akan meningkat daripada 50,000 unit kepada 150,000 unit.

    15. Adakah transaksi Pindahan (transfer) atau Penukaran (switching) unit boleh dilakukan ke atas akaun peserta?
    16. Buat masa ini, transaksi Pindahan dan Penukaran unit masih belum ditawarkan oleh pihak ASNB.
      Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan ini disediakan dalam masa terdekat, transaksi Pindahan dan Penukaran unit boleh dilakukan terhadap akaun peserta ADAM50 (hanya ke atas pelaburan tambahan akaun peserta, unit insentif akan dikekalkan dalam akaun peserta), dengan syarat ianya dilakukan oleh penjaga yang didaftarkan bagi akaun tersebut. (Rujuk soalan 3 dalam bahagian Transaksi ADAM50 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan penjaga berdaftar).
      Selain itu, untuk sebarang maklumat lebih lanjut berkenaan transaksi Pindahan dan Penukaran unit, sila rujuk Prospektus Induk yang boleh didapati di laman sesawang ASNB, Cawangan serta Ejen ASNB.

    17. Sekiranya kesemua pelaburan tambahan kepada akaun peserta dikeluarkan, adakah ibu/bapa/penjaga berdaftar masih boleh membeli semula unit yang telah diperuntukkan?
    18. Ya. Had pelaburan maksimum akan kekal seperti yang dinyatakan seperti di soalan 2 bahagian Umum.
      Sebagaimana contoh, sekiranya sebanyak 49,800 unit dikeluarkan daripada akaun peserta, ibu/bapa/penjaga berdaftar masih boleh membuat pelaburan tambahan sehingga mencapai had maksimum akaun yang dinyatakan

6 comments:

  1. boleh tak bapak keluarkan duit dalam rm20 untuk beli rokok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cis. Tak boleh. duit rokok tu ada baik guna utk buat simpan utk anak/

      Delete
  2. Tiap2 bulan kna isi ke? Atau x isi pn xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi sekali je. sbb benda ni akan dpt sekali shj. Rm200 tu akan tetap dlm akaun anak sampai la anak berumur 18 tahun.

      Delete
  3. Kalau parents tiada asb boleh buka juga ke adam50 ni..??

    ReplyDelete