Friday, March 6, 2015

Majlis tunang saya yg simple

Siapa kata majlis tunang kena grand? Siapa kata tunang kena ada hantaran, pelamin, fotografer mahal, goodie bag? 

Sekarang, semua tu dah jadi trend, sampai nk tunang pun org pening kepala. Aku? Aku tak pening kepala, sebab tunang aku ni, sweet orangnya. Die buat suprise... Sampai aku pun suprise. Huuuu.. Aku hanya tahu aku nk bertunang kurang dari 24jam. Ko hado? 

Hahahaha..

Minggu tu, alkisahnya aku ada kursus kawin dgn abg Fairuz dgn adik die, Nadiah. Jadi, memang family abg Fairuz dijangkan utk datang rumah aku, bukan utk merisik atau bertunang, tp sebab nk jalan-jalan je. Kami bertiga pergi kursus kawin kat Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti pada 17-18 Feb. Abg Fairuz sampai awal, hari jumaat tu. Dia sampai pukul 6.15pg, sebab dia naik train KTM dr KL. Tapi, ape la nasib die dpt bakal bini yg lambat bersiap. T____T. Aku smpai pukul 7pg. Kesian die. Huuuu. 

Aku jemput je die, terus g sarapan. lepas tu, jalan-jalan. Masa tu, die sibuk tanya saiz cincin aku. Perlu ke? AKu nak je tanya soalan tu, tp aku lupa. Huuuuu.. Kami keluar mcm biasa je lepas tu. Malam tu, baru la die bagitau, esoknye family die datang nak sbg rombongan. Apakah??? Huuuu. Alasan die, sbb tak nak aku pakai T-shirt dgn track suit je. Sbb taknak gtau aku awal-awal? Sebab tak nak aku beli baju baru lagi. Huuuu. memang pun. benda pertama yg aku ckp bila aku tau nk tunang?  "Huuuu.. tak ada baju..."

Satu-satunya kawan aku yg datang hari tu. Bidan terjun...

Kawan aku yg datang, sorang je, Khalid. Tu pun nasib baik die takde buat ape2 hari tu. Huhu. kesian dia. Dah la suami die datang dr KL ke Kota Tinggi, nk spend masa dgn bini. Tak pasal-pasal kena datang majlis tunang aku. Huuuu. Sorry Khalid. 

Baju aku tu? Tu baju adik aku. Hahahahaha. Sebab aku tak ada baju yg berapa elok untuk bertunang. Hahaha. Selendang tu? Tu selendang bos aku bg, ole-ole dr Mekah. Die baru je bagi masa hari Khamis, hari sabtu aku dah pakai. Hahaha. nasib baik matching dgn baju aku tu. Mula-mula aku tak nak make-up. tapi, aku kena bebel dgn adik aku. Huuu. Jadi, terpaksa la aku make-up nipis sikit. 

Bincang...

Adik  beradik abg Fairuz dgn sedara mara die.
Keluarga abg Fairuz sampai dalam pukul 9.00mlm. Dalam 15min, aku dah dipanggil keluar. Eh, cepatnya?? Huuu.. Majlis ni, majlis merisik dgn tunang sekali. Jadinye, aku dapat 2 cincin. Walaupun pd awalnya, aku mintak cincin yg simple je, tak nak ada permata. Alasan? Sebab nnt senang nk cuci pinggan. Aku plak jenis kalu da pakai cincin, memang susah nak tanggalkan. Memang akan terus melekat kat jari aku. Tapi, aku dah kena marah dgn mak abg Fairuz dgn sepupu die, merangkap juga bestfriend kat uni dulu, Mazni, sebab aku nk cincin simple sgt. Huuuuu..

Aku duduk kat tengah-tengah ruang tamu, dengan semua mata tertumpu pd aku. Mak abg Fairuz sarungkan cincin merisik dan cincin bertunang. Terasa mcm zaman dahulu kala plak bila mcm ni hahaha..

Cincin merisik

Cincin tunang

Gigil tangan masa ni. Hahahaha
Alhamdulillah. Selesai sume. Tarikh 17 Januari 2015, aku dah sah jd tunangan Abg fairuz. Gigil tangan aku masa tu. Hahahaha. Walaupun majlis simple, gugup tu tetap ada. 
Bergambar dgn emak abg Fairuz sebelum rombongan pihak lelaki balik.

Tadaaaaaa... bergambar dgn Khalid dan emak aku

Dengan adik beradik aku
Cincin risik

Cincin tunang
Hahahaha. Maafkan la jari jemari aku yg kasar berdegar tu. Huuu. Alhamdulillah, segalanya da selesai. Tak ada pelamin, tak ada hantaran, tak ada fotografer. Segala gamba diambil oleh adik aku dan juga handphone mereka-mereka yg hadir. Snap sana sini je la. Heee. Simple, tak sakitkan kepala. Cuma sediakan makanan je. Semua makanan dimasak oleh orang kuat dapur iaitu mak sedara aku dan akak aku.. Ngeeee...



Aku berterima kasih atas pertolongan mereka. kalau tak, majlis ni takkan berjalan dgn lancar. Walaupun majlis aku simple, tp meriah. Pasti akan aku simpan dlm kotak kenangan aku. Heee..

Btw, gambar abg Fairuz mmg tak ada, sebab die tak datang masa majlis ni. Memang betul-betul ikut adat. heee..

10 comments:

  1. Congrats! Smoga jodoh berkekalan!

    Kalo nak cari MUA murah utk kahwin nanti, bole la survey blog atau page saya: http://www.facebook.com/fienarizz

    Kalo rasa2 nak test make-up pun bole - free saje (utk tempoh yg terhad sahaja sempena promosi pembukaan bisnes)

    ReplyDelete
  2. Hyee... Cari entry bertunang, tup-tup keluar blog you... :D I suka sangat majlis you, very simple and mengejut! May your relationship lasts till nikah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Alhamdulillah, saya da selamat bernikah da, pd 6 Jun 2015. Majlis nikah tu pun simple je, penuh dgn DIY. Hee.

      Delete
  3. Tahniah..
    Untuk majlis perkahwinan skiranya mmcari katering boleh hubungi saye..harga rm6.90 seorang prcuma mknn pngntin dan pghntaran..
    012-2949044.utk maklumat lanjut..tq

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Jumpa blog entri tentang majlis pertunangan yang simple. Sangat-sangat membantu saya! Terima kasih banyak-banyak :)

    ReplyDelete