Friday, March 6, 2015

Cara-cara isi borang e-BE ( Cukai pendapatan)

Siapa yang kat sini ade masalah isi borang e-BE? Hahahaha.. Aku antara org yang ade masalah. Sebab apa? Sebab aku tak faham dengan sebenar-benarnya. Padan muka aku. (Adui). Sebelum ni, beria-ia aku ingatkan cukai ni dikira berdasarkan gaji bulanan, rupenye berdasarkan gaji tahunan.. (Apakah????)

Ok, macam ni. Mula-mula, kalau tak pernah daftar cukai pendapatan, pergi kat LHDN utk dapatkan no pin dgn no cukai pendapatan. Bawak je borang EA yg dah diberi oleh majikan. Aku pernah buat tahun lepas, jadi aku dah tak payah buat tahun ni. Makanya, aku terus masuk laman web e-filling macam biasa. 

bahagian E-filling.

Ok, untuk sesiapa yang dah tahu ni cukai pendapatan die, boleh la buat permohonan no pin kat ez.hasil.gov.my ni. Kat main page tu, klik kat permohonan no pin. Lepas tu, akan keluar page yg mcm kat bawah ni. Ikut je la ape yang die nak, sampai dapat no pin. (Aku tak tahu sebab aku amik no pin kat LHDN, sebab aku tak tahu no cukai pendapatan aku. Kat sana memang aku terus dapat no pin dgn no cukai pendapatan)

Paparan yg akan keluar utk mohon no pin. Alamat email tu mesti alamat yg berdaftar dgn LHDN. Kalau tak berdaftar, kena la pergi daftar kat LHDN ye.

Tu, die tulis suruh gak g LHDN. Beratur la panjang-panjang semata-mata sebab nak amik no pin. Nangis jap..
Lepas tu, bila dah dapat pin, kembali semula pada halaman depan tu, tekan login kali pertama. Nanti, akan keluar halaman macam kat bawah ni.




Masukkan no pin yg dah dapat kat LHDN atau yg dibuat kat proses atas td. Lepas tu, ikut je la ape yg die nak.

* UPDATE: Siapa yg terhilangkan password, sila la pergi ke LHDN utk dptkan kod pengaktifan sementara. Tapi kalau dah ada email berdaftar dgn LHDN, boleh masukkan. Kalau tahun lepas, kita boleh dptkan password kita melalui soalan keselamatan. tapi, mulai tahun ni LHDN dah mansuhkan dah aplikasi tu. Memang sungguh tak user friendly. Lagi satu, sekarang dah ada kriteria utk password.  Aku dah ada emel berdaftar, tp yg peliknya boleh pulak email tu tak ada dlm sistem LHDN. Jadi, terpaksa la pergi LHDN. Satu kerja la pulak. * 





** Update tahun 2016**

Sekarang dah kena tetapkan Frasa keselamatan, ala-ala masa nk login e-banking.


Bila dah selesai semua, boleh la log masuk.  Nanti akan keluar halaman macam kat bawah ni. Nampak tak tulisan tekan di sini tu? Siapa-siapa yang nk buat e-filling, tekan la kat situ.


Akan keluar halaman ini, nampak e-filling sebelah kiri tu. Pilih la e-borang yg dikehendaki.

Pilih lah tahun yg dikehendaki

Lepas tu, siap sedia dgn borang EA kat tangan. Peperangan nk tuntut kembali cukai telah bermula!!!!!
Ni borang EA yg dpt dr majikan, 
Bahagian A: bahagian peribadi kite. HR akan tolong isi siap-siap benda tu semua. 
Bahagian B: Tu la pendapatan kita. Segala jenis komisyen la, bonus la, ape la..

Bahagian C: Pencen. Ni khas utk org2 yang dah dapat pencen.
Bahagian D: Ni jumlah PCB yg dah kena tolak tiap-tiap bulan. Korek la payslip masing-masing, dan kira semula, betul ke tak jumlah yg ditulis tu. Kalau tak betul, sila pergi ketuk HR. Sesiapa yg ada bayar zakat harta,bahagian ni pun akan ditulis gak, kalau zakat tu dipotong secara automatik la. kalu tak, kena tulis sendiri masa claim nnt,
Bahagian E: Yg ni, jumlah tahunan yg korang dah bayar utk KWSP.
Bahagian F: Kalau la ade tahun-tahun lepas korang lupa nk declare, tulis la kat sini.
Bahagian G: Bahgian ni, sebenarnya takde ape-ape kaitan dalam borang e-BE nnt, sebab ni cuma nak tunjukkan dalam sepanjang tahun korang kerja tu, korang dapat elaun yg tak payah kena cukai. Itu je. Bukannye pelepasan cukai. 

Kembali semula pd e-filling td. Lepas tekan tahun taksiran tu, akan keluar la paparan ini:

Maklumat individu
Update 2017

** Update: disebabkan aku dah kawin, jadi kena letak tarikh nikah, jenis taksiran, dan juga maklumat suami**

** Update: Kt bhgn melupuskan aset tu, kalau la tahun tu ada jual rumah ke, tanah ke, atau aset yg tertakluk di bawah Akta Cukai, pilihlah YA dan pilih sama ada dah melaporkan pelupusan pd LHDN atau tak. kalau takde, pilih TIDAK.**

*** Update: Tahun ni ada satu column pasal Layak menuntut Isentif dibawah seksyen 127. AKu tak screenshot, sbb masa isi borang e-filing, aku tgh rushing. Hahaha. 


Utk bhgn ni, utk maklumat lanjut, boleh klik link ini:

Perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967

Hanya org yg layak terima isentif nije tahu, sbb mereka akan terima surat dr pihak berkuasa. Utk kita rakyat yg biasa-biasa ni, pilihlah TIDAK BERKENAAN.
 
Maklumat individu, pastikan sama dgn apa yg ditulis dalam bahagian A borang EA tu. Cek semua sekali, banyak kali pun takpe.

** Update: utk kakitangan awam, anda akan dibekalkan dgn borang EC. Maaflah, tak ada contoh, sbb aku ni kakitangan swasta**


** Update tahun 2017**


Pendapatan berkanun tu adalah jumlah keseluruhan gaji, termasuk segala bonus. Kalau dapat pencen, isi la kat tempat pencen tu. Nanti die akan tolong kira siap-siap. Bahagian PCB tu, bila kita dah berdaftar dgn LHDN, automatik dorang dah ada data pasal PCB yg dah ditolak tiap2 bulan tu. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan

Lepas tu, sampai pada tempat yg dinantikan, pelepasan/rebat/tolakan cukai. Hahahaha. Kat sini la peperangan sebenar bermula. Masa ni la kepala sakit nak cari resit yg dah setahun, cari apa benda yg boleh di claim. Beli buku ke, raket badminton ke, beli komputer ke, sume ko korek semula. Penuhlah sampah sarap atas meja sekejap. Takpe, demi duit, sanggup ko susah payah. Hahahaha. Ada bayar zakat? Ape lg, isi laaaa..

Claim, jangan tak claim....

** Update tahun 2017: sekarang dah boleh claim utk ibu dan bapa. Sebelum ni, hanya boleh claim utk ibu bapa yg ada sakit kronik dgn surat doktor. Tapi sekarang, dah boleh claim utk ibu dan bapa, tp dgn syarat ibu dan bapa mestilah berumur 60 tahun ke atas. 


** Update tahun 2017: Sekarang SOCSO/ PERKESO dah boleh claim tax. Sila cari semula payslip utk setahun, tambahkan semua jumlah caruman SOCSO tu. Tulis di tempat yg berkaitan.

Bila dah isi semua bahagian, akan keluar rumusan mcm kat bawah ni:

Jumlah pendapatan: Jumlah pendapatan, duit gaji, duit bonus, duit pencen, segala duit yg masuk, yg termaktub dalam jenis yg perlu dikenakan cukai.
Jumlah pelepasan: Ini segala duit yg korg guna utk bayar itu ini, Macam aku yg dah terbuang semua resit ni, aku boleh claim utk diri sendiri yg wajib tu je, RM9000 dgn KWSP je. Nangis.. T_____T 
Pendapatan bercukai: Jumlah pendapatan ditolak dgn jumlah pelepasan.

Link utk senarai pelepasan cukai: tekan SINI

Lepas tu, pandai la LHDN nk kire berapa cukai yg dikenakan, mcm jadual bawah ni. 

Sila tgk gaji tahunan bersih lepas ditolak pelepasan ye. Tengok gaji tu jatuh kat mana. Gaji aku jatuh kat bahagian yg bertanda tu. Tak banyak mana pun kena cukai gak. Nangisssss.. T____T
* Update: Jadual taksiran tahun 2015



Nanti, jumlah cukai yg perlu dibayar tu akan dikontra dgn PCB. Kalu sebelum ni PCB kena tolak lg byk dr cukai yg sepatutnya, dapat la duit baki tu. Kalau PCB ditolak lg kurang, bersedia la utk rabakkan poket nk bayar lebihan cukai tu. 

Lepas tu, keluar laaaa yg last ni. Sila la selesaikan..


Update 2017: Akan keluar mcm ni bila kita ada lebihan bayaran

Update 2017: Sekarang nk kena tandatangan pulak. Sblm ni hanya hantar je.


Simpan la benda ni utk jd pengesahan yg kita dah hantar cukai pendapatan



Tadaaaaaaa. Siap. Tunggu la duit masuk, atau pun bersiap sedia la utk keluarkan duit. Kalau layak dapat claim, tunggu la sekurangnya 2 minggu, insyaallah anda akan kaya beberapa ringgit dalam bank. Kali ni, aku kaya RM21.41 je. Huuuu. Lepas la ayam kepci satu set.. Alhamdulillah..

** Update: Jika kita terlupa nk print Pengesahan Penerimaan e-BE utk simpanan sendiri, begini caranya:

1. Log in seperti biasa.

2. Di bahagian e-Filling, pilih semakan pengesahan. 


3. Akan keluar ini. Pilih jenis borang (dlm kes ini, adalah borang e-BE) dan tahun taksiran (nk print utk tahun taksiran sebelumnya pun boleh).


4.  Akan keluarlah Pengesahan Penerimaan e-BE bg tahun yg dikehendaki. Jgn lupa save ye.


* edit 6/4/2018

Aku byk ditanya soalan mengenai tersilap isi borang lepas dah send. Sebab sblm ni aku tak peka, aku selalu bg jwpn utk pergi ke LHDN. Sebenarnya tak perlu pun. Boleh dilakukan secara online.

Ok. Ini caranya.

1. Log in mcm biasa.

2.  Di bahagian e-filing, cari borang e- Permohonan Pindaan BE


3. Pilih tahun yg dikehendaki




4. Tadaaaaaa. Ubah la apa yg patut.Selebihnya, proses adalah sama.


170 comments:

  1. Yang wajib 9000 tuh apa bro ? Yang kwsp tuh amount total kat ea form tuh then kita isi kat part kwsp tuh kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg rm9000 tu, pelepasan cukai individu. Maksudnya, pelepasan cukai utk diri sendiri. Ye, yg KWSP tu isi kat bahagian KWSP.

      Delete
    2. Awk reti buat ke claim ni? Kalau reti ajar sikit.. nmpk complicated.. sy xfaham sgt..

      Delete
    3. Setakat ni, alhamdulillah. masih mampu buat claim. mane yg tak difahami?

      Delete
    4. Assalammualaikum...nak tnya,utk pelepasan cukai individu perlu sertakan apa2 dokumen x?

      Delete
  2. Kenapa "column" cukai PCB yg dibayar untuk setahun akan keluar jumlah yang sama pada bahagian "column" rumusan lebihan bayaran? Adakah itu lebihan yang kita akan dapat atau LHDN ada kiraan sendiri untuk lebihan bayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tolak semua pengecualian & pelepasan cukai, itu lebihan yg awak dpt. Maksudnya, awak sepatutnya tak perlu dikenakan cukai pun. Hehe.

      Delete
    2. tapi katakan saya isi rm1500 untuk column cukai PCB, column lebihan bayaran pun sama rm1500. Saja test degan value rm1500, macam mane plak tueh? Ingatkan column lebihan bayaran tueh bukan actual payment yg dpt, LHDN akan recalculate.

      Delete
    3. PCB tu adalah jumlah bayaran cukai yg dah dipotong setiap bulan. Bermaksud, dpt je gaji, memang dah siap potong awal2 dan ada tulis dlm payslip. Jika awak x termasuk dlm pembayar cukai yg layak, bermaksud awak letak berapa byk kt bhgn PCB tu, pulangan tetap sama. Pulangan lebihan hanyalah berdasarkan berapa lebihan baki PCB yg awak dah sumbang tiap2 bulan.

      Delete
  3. pendapatan berkanun tu pendapatan tahunan dr slip gajikh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Cuba tgk kat borang EA. Kat situ ada tulis jumlah gaji dan bonus utk setahun.

      Delete
    2. sy x isi yg tu igtkan ape benda la tu..bole ke isi semula sbb dah sent and sign.,huhu

      Delete
  4. Perkongsian yg bermanfaat.Terima kasih! =)
    http://bit.ly/ismartclick

    ReplyDelete
  5. kalau buat potongan bulan2. contoh gaji rm3000. potong rm30 setiap bulan. x rase pun rm30 tu.
    hujung tahun lepas kira2 mungkin cukai dalam rm325. so kerajaan akan bagi balik rm35

    ReplyDelete
  6. Salam..tumpang tanye..kwsp tu kite tulis jumlah setahun yg kite dah carum ke?betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      a ah. Jumlah setahun. ada tulis dlm borang EA

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. maaf nak tanya pendapatan tu untuk gaji kasar@ gross income kan?part B
      part E kwsp tu portion kita sahaja ke atau majikan atau ke2 skali?

      Delete
    4. maaf nak tanya pendapatan tu untuk gaji kasar@ gross income kan?part B
      part E kwsp tu portion kita sahaja ke atau majikan atau ke2 skali?

      Delete
    5. kwsp tu portion kita sahaja ke atau majikan atau ke2 skali?

      Delete
    6. utk kwsp, itu portion yg dicarum kita shj. Majikan tak dikira. Pendapatan adalah keseluruhan. Bermakna, termasuk bonus & OT.

      Delete
  7. terima kasih entry ini banyak membantu.

    ReplyDelete
  8. aslm,yg bhgn tanggungan tu klo kita sara ibu tiap2 bulan boleh ke dimasukkn sekali sbb sya single n ibu sudah berusia tiada income lain,dan satu lagi bgaimn nk calculate utk pinjaman perumahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sepanjang pengetahuan sy, utk saraan ibu bapa, setakat ni hanya yg berkaitan dari segi perubatan. Perbelanjaan perubatan ibu bapa ke atas penyakit yang disahkan oleh pengamal perubatan

      Perbelanjaan perubatan yang layak termasuk:
      (i) rawatan perubatan dan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan; dan
      (ii) rawatan pergigian dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi, membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik.

      Bagi pinjaman perumahan pula,hanya faedah sahaja yg diberikan pelepasan. Utk maklumat mengenai faedah bayaran perumahan, itu awak kena dptkan statement dr bank. Kat situ akan ditulis berapa byk faedah/interest yg awak bayar utk tahun tu. Maksudnya, kalau awak bayar loan rumah, sebulan rm900. Pokok rm500, faedah rm400. Jadinya, hanya rm400 je yg dpt pelepasan.

      Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
      Syarat kelayakan:
      (i) pemastautin warganegara Malaysia;
      (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
      (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
      (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

      Delete
  9. aslm,yg bhgn tanggungan tu klo kita sara ibu tiap2 bulan boleh ke dimasukkn sekali sbb sya single n ibu sudah berusia tiada income lain,dan satu lagi bgaimn nk calculate utk pinjaman perumahan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikumwarahmatullah.
    Walaupun tangan gatal nak menaip, tapi tangan tu menaip benda yang sangat useful.
    Terima kasih sbb post ni sangat membantu as tutorial utk sy yg noob psl income tax. Very helpful. =) Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. saya tulis berdasarkan pengalaman. hehe. sy gembira dpt membantu.

      Delete
  11. Hello nak tanya, kalau ada insurance kena isi dalam insurance perubatan atau tidak perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. awak perlu semak perjanjian dlm insurans awak.dekat situ ada ditulis sama ada insurans awak tu akan dpt pelepasan cukai atau tak. Jika ya, awak boleh masukkan jumlah insurans yg awak bayar utk setahun di bhgn insurans perubatan.

      Delete
    2. So..kita akan dapat tuntut rm3000 tak?

      Delete
    3. jika bayar setahun rm3000, maka boleh la tuntut rm3000.

      Delete
    4. insurans ni kena ada resit ker

      Delete
    5. boleh dapatkan penyata insurans tahunan dari agen insurans.

      Delete
  12. Info yg sgt membantu. 1st time naj isik e-filling...

    ReplyDelete
  13. salam, bro nak tanya kat efiling 2015 (april 2016) yg kat bahagian maklumat individu kat bawah no akaun bank ade petak tanye tentang;

    * Telah melupuskan syer dalam syarikat harta tanah dan/atau harta tanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (YA/TIDAK)

    Telah melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM? (YA/TIDAK)

    yang part ni nak pilih apa? kalau tau mohon share sebab dah byk call LHDN talian xdpt tembus

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih tidak.

      Kalau ada jual harta tanah kurang dr 5 tahun, maka perlu letak Ya. Jika xda, letak tidak.

      Delete
  14. Terbaiklah.. TQVM..

    ReplyDelete
  15. Salam..kalau terlupa letak jumlah kwsp dalam form efilling tu kena pergi lhdn untuk amendment ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Kena pergi pejabat LHDN atau UTC berdekatan.

      Delete
    2. kalau tersilap isi kolum, contohnya pendapatan berlebihan tersilap isi kat ruangan pednapatan sewa... nak buat macam mane

      Delete
    3. kena update di LHDN. boleh pergi pejabat HASIL utk update.

      Delete
  16. Faedah pinjaman perumahan ni hanya utk loan bank sahaja.bagaimana dengan gov loan.bole kah diisi yg 4% itu?

    ReplyDelete
  17. tolong!
    I lupa tulis jumlah pendapatan dan sekarang ia tunjuk bahawa borang tidak hantar lagi. macam mana nak update yah? tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. update mcm biasa, sbb borg terdahulu dikira tak lengkap.

      Delete
  18. maaf,nak tumpang tanya...saya dh isi borang be ini mggunakn efiling.tp msa tu i terlupa isi jumlah tahunan gaji.dn bila bt pengesahan tu i tk semak btul2.sbab dh nmpak jumlah cukai terlbih bayar terus jer tekan comfirm.bila tunggu duit masuk tp tk masuk2 jugak.bila tanya kt penjabat lhdn,dia org check i tk isi jumlah pendapatan tahunan...jd sbab tu cukai terlebih bayar tu blum di bayar blik oleh lhdn...jika situasi mcm nin,boleh ker i nk dpt blik cukau terlbih byar tu blik disebab kn kecuain semasa mengisi e filing?

    ReplyDelete
  19. maaf,nak tumpang tanya...saya dh isi borang be ini mggunakn efiling.tp msa tu i terlupa isi jumlah tahunan gaji.dn bila bt pengesahan tu i tk semak btul2.sbab dh nmpak jumlah cukai terlbih bayar terus jer tekan comfirm.bila tunggu duit masuk tp tk masuk2 jugak.bila tanya kt penjabat lhdn,dia org check i tk isi jumlah pendapatan tahunan...jd sbab tu cukai terlebih bayar tu blum di bayar blik oleh lhdn...jika situasi mcm nin,boleh ker i nk dpt blik cukau terlbih byar tu blik disebab kn kecuain semasa mengisi e filing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, lambat reply.

      Boleh, tp mesti kena pergi ke pejabat LHDN utk update.

      Delete
    2. Salam, nak tanya jumlah pendapatan tahunan tu kita masukkan pendapatan kasar or total semua termasuk bonus / elaun etc?

      Delete
    3. total semua termasuk OT & bonus.

      Pendapatan berkanun penggajian: gaji kasar termasuk OT
      Pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan atau keuntungan lain :: Elaun

      Delete
  20. Maaf, lambat reply.

    Rasanya tak perlu upload IC dan borang EA, sbb segala info pasal kita dah ada dlm sistem LHDN. Borang EA tu sbg rujukan kita shj yg diberikan oleh majikan. Bila buat e-filling, segala yg tertulis dlm borang EA hendaklah ditulis dalam ruang yg disediakan. Kiranya sama je nnt.

    ReplyDelete
  21. Tuan, saya ada beberapa soalan,
    1) borang EA ni kene mintak dgn HR lah kn?
    2) Ada bnda lain ker kne bawak ke lhdn selain EA?
    3) Apa mksud dalm petak merah tu?
    4) Yang bukan dalam kotak merah macam No. Siri, column B No 2 siapa kne isi? HR kene ada detail smua tu x? mcm ruang peribadi jer Bahagian B No 2 tu,,
    5) Apa yang HR tolong isikan, dan apa yg kita kene isi sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Err, maaf kalau tersalah panggil,,
      Puan/Cik/Tuan??

      Delete
    3. 1) Ye, borang ni akan diberikn oleh HR, biasanya pd awal tahun.
      2) Soalan ni, maksudnya masa nk dptkan PIn no. ke? Ya. Bawak borang EA, bwk IC dan bawak diri. Tu sahaja.
      3) Boleh sy tahu petak merah yg mana? PD borang EA ke? Biasanya maklumat dlm kotak merah tu akan diisi oleh HR. Maksudnya, segala maklumat dah ada, kita cuma masukkan maklumat tu semasa update E-BE.
      4) No siri tu semua akan diberikan oleh HR. Tapi kita tak guna utk update cukai pendapatan. Bg bhgn B2, itu lebih kpd rumah/kenderaan yg diberikan oleh syarikat. Jika bhgn ni diisi oleh HR, bermakna awak perlu isikan bhgn ni dlm cukai pendatapan awak nnt.
      5) HR hanya berikan borang EA shj, Menjadi tanggungjawab kita sendiri utk pergi update E-BE berdasarkan maklumat yg diberikan oleh HR, sama ada melalui lamn web atau pergi sendri ke HASIL.

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. klau EA form sy hilang, sy nk refer kat sape? coz hr saya da lari..lhdn ade simpan maklumat EA form kite x sistem diorg? yg petak (E) tu, refer penyata ahli tahunan kite kwsp(bahagian syer pekerja)tu ke n kire jumlah keseluruhan tahunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dptkan di LHDN. kalau HR awak dah daftarkan awak ke LHDN, mmg sistem akan ada simpan. Cuma nnt leceh sikit sbb kena kira sendiri dr payslip setiap bulan.

      Delete
  24. saya dah setahun lebih kerja. tapi tak pernah dengar pasal borang EA ni. bila nak buat loan kete, bank minta. mcm mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang EA akan diberikan pd setiap hujung tahun/ awal tahun berikutnya. Borang tu HR yg bg. Boleh mintak pd HR.

      Delete
  25. borang EA ni hnya perlu di isi oleh pekerja yg dikenakn PCB shaja Kn? yg tidk lyak xperlu kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar.
      PCB = potongan cukai berjadual.
      tiap2 bulan gov kutip cukai.
      Kena istihar gaji/pendapatan.Jika layak ( berkemampuan) gaji akan dipotong, jika tidak layak, cth mcm banyak tanggungan, cukai akan dipulangkan mengikut kadar.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. nak tanya, kalau kita ambik insurance tu dalam pertengahan tahun, adakah dikira setahun or setakat yg kita bayar sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira setengah tahun. boleh mintak details dari ejen insurans utk dptkan jumlah pembiayaan insurans.

      Delete
  28. Kalau penjawat awam guna borang e-BE jugak ke?

    ReplyDelete
  29. tumpang tanya, klu tiap2 bln kena pcb (penjawat awam).. pun kena buat e-filing ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Masih perlu buat e-filling. Asalkan ada pcb, memang kena istihar pendapatan.

      Delete
  30. assalamualaikum..nak tny..taw tak kat mana nak isi pelepasan cukai untuk yg derma MAKNA dan UNICEF...sbb dpt pelepasan cukai..tp xtaw nak isi kat mana kat dlm borang ea tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      boleh isi di bahagian pendapatan berkanun. Di bawah Pendapatan Agregat, terdapat satu bahagian TOLAK: Jumlah derma dan hadiah yg diluluskan. boleh diisi di situ.

      Delete
  31. Hi Salam nak tanya

    Bahagian penggajian tu kena include sekali dengan allowance tak? atau just gaji kasar + bonus sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. allowance dimasukkan dibawah bahagian pendatapan berkanun, faedah, royalti, diskaun.

      boleh rujuk borang EA yg dibekalkan HR.

      Delete
  32. sis sy nye jumlah pendapatan berkanun tu ade $*****.85...tp $0.85 tu xleh nk msokkan...dia dah deemeed .00 ..cmne sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, yg ni sy tak berapa pasti. tp selalunya sy genapkan RM1 terus.

      Delete
  33. Thanks for sharing !

    ReplyDelete
  34. HI. Awak tak boleh guna borang e-Be, awak kena guna borang E-B. Borang E-Be hanya utk org yg tiada punca pendapatan perniagaan, dan borang e-B utk org yg ada punca pendapatan perniagaan.

    ReplyDelete
  35. Hi..slm..nak tnya..thn ni thn pertama sy register n buat incometax... tp sy buat utk 2016,2015 dan 2014... dan semuanya ada tax terlebih byr yg kta boleh claim..soalannya..adakah lhdn akn byr claim 2015 dan 2014 juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. akan dibayar. tp sy tak pasti cepat atau lambat.

      Delete
    2. Nak tanya..kalo dah tersilap isi amaun rebat tu tapi dah submit efilling, bole pinda tak form tu? By online atau kene ke kaunter

      Delete
    3. Perlu pergi ke kaunter LHDN.

      Rujukan:

      http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=6

      Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

      Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
      Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

      Pindaan Selepas Penghantaran Borang (Mulai Tahun Taksiran 2009)

      Pindaan Dikemukakan Sebelum Tarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata

      Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
      Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

      Pindaan Dalam Tempoh 6 Bulan dari Tarikh Akhir Pengemukaan Borang

      Pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh ditetapkan dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan BNCP.
      BNT boleh dicetak dari laman web LHDNM. BNT yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan Pembayar cukai.
      Hanya pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP dalam tempoh ditetapkan dibenarkan membuat pindaan sendiri dan pindaan sendiri hanya boleh dilakukan sekali.
      Pembayar cukai dibenarkan untuk membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam BNCP berhubung dengan :

      pendapatan terkurang / tidak lapor;
      perbelanjaan / tuntutan lain terlebih tuntut; atau
      elaun modal / insentif / pelepasan yang terlebih tuntut.

      Pindaan sendiri melalui pengemukaan BNT boleh menyebabkan perubahan berikut :

      Dari tidak kena cukai kepada kena cukai notis taksiran asal;
      Dari kena cukai kepada cukai kepada cukai tambahan notis taksiran tambahan; atau
      Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik notis taksiran asal

      Bagi pindaan yang dibuat selain daripada keadaan-keadaan yang dinyatakan di dalam perenggan di atas pembayar cukai tidak perlu mengemukakan BNT sebaliknya boleh terus mengemukakan pindaan berkenaan melalui surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku serta melampirkan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda. Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
      Jika ketua pengarah membuat pindaan dan mengemukakan taksiran pindaan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pengemukaan BNCP, pembayar cukai tidak lagi layak mengemukakan BNT kepada Ketua Pengarah. Pembayar cukai yang ingin membuat pindaan (pengakuan sukarela) ke atas taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan surat kepada LHDNM.

      Delete
  36. Salam..
    Utk bahagian claim utk ibu dan bapa, tp dgn syarat ibu dan bapa mestilah berumur 60 tahun ke atas tu ade bahagian 'bil.individu yg menuntut'..ape maksudnye eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu, bilangan individu yg menuntut. kalau adik beradik ade 10 org, semua kena tax & semua tuntut claim ibu bapa, jd kena tulis 10. kalau adik beradik 3 org, tp yg tuntut sortang je, jd tulis 1 je.

      Delete
    2. Ok..sgt jelas..sbb nk tau mcm contoh ke 2 yg awk bg tu..thanks ya...

      Delete
  37. Salam.. Nak tanya kalau nak daftar untuk perniagaan punya sama jgk ke mcm yg sis ajar nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      awak bekerja jugak ke? kalau bekerja & ada perniagaan, kena pakai borang E-B.

      Delete
    2. Sye xberkerja tpi Ada perniagaan,still sama ke kena buat form E-B nie? Tql

      Delete
    3. ye. Borang e-B juga. sbb utk perniagaan, perkiraan cukai adalah berbeza.

      Delete
  38. Assalamualaikum.
    Cik Puan, saya ingin bertanya, saya claim untuk tahun 2013,2014, 2015 & 2016 kerana tidak pernah claim. Adakah claim tersebut dapat serentak atau secara beransur. Atau dapat untuk tahun semasa sahaja? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Biasanya utk tahun semasa akan cepat sikit, tp utk tahun yg sebelumnya, akan ambil masa.

      Delete
  39. Salam Cik Puan,

    Saya ada 3 EA form yg diberikan oleh majikan yang sama. Reason dia sebab sy mula bekerja sini status sebagai temporary --> contract --> permanent. So sy kena isi boring be 3x ke atau bole combine?

    ReplyDelete
  40. salam. nak tanya for pendapatan berkanun tu if amount ada sen contoh 24000.07, nak isi 24000 ke 24001? tlg advise thank you in advance ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. yg ni sy kurang pasti. tp biasanya sy letak genapkan ikut nilai sen terdekat. Mcm cth, 24000.07. akan jadi 24000. Kalau 24000.90, sy genapkan ke rm1.

      Delete
  41. Hi puan nak tanya. Bulan ni cukup setahun saya bekerja.dan dapat Ea form dri hr. Saya juga dapat borang tuk isi lhdn tu. Pertanyaan saya perlu ke saya ke kaunter lhdn tuk update?. Saya kerja retail. So gaji tak tentu tengok komisyen. Saya tengok cuma 3 bulan ade tolak pcb.... Bulan lain tak ada. Kalau saya tak pergi ke kaunter lhdn boleh ke? Atau ada denda yg tersembunyi??. S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada tolak pcb, bermakna awak memang dah kena bayar cukai pendapatan. Sy nasihatkan awak pergi LHDN utk update cukai pendapatan. Jika awak bernasib baik, jumlah bayaran pcb tu akan dpt semula pd awak. Hanya perlu pergi LHDN utk dptkan no pin, selebihnya boleh isi borang e-be menerusi online.

      Delete
  42. Salam.. nak tanya.. untuk anak, suami isteri bole mohon pelepasan atau salah sorang je?? Kalau suami isteri isi as berasingan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      Salah sorang je. Biasanya akan tgk siapa yg plg byk kena potong, dia la yg kena buat potongan utk anak. Utk mudah, suami isteri isi borang pcb serentak. jd boleh tgk siapa yg perlu claim utk anak.

      Delete
  43. Salam,
    Maaf, nak tanya...
    Pendapatan berkanun penggajian - gaji keseluruhan- dlm borang EA yg bhgn B(1) a,b,c kan? Sebab bhgn ni je yg diisikan HR ..betul x?
    Tentang pendapatan berkanun faedah (Elaun) - ni bhgn F dlm borang EA ke? Kalau ya, ikut tutorial atas, xperlu di claimkan?
    KwSP- jika lebih dr 6k, boleh claim takat 6k je kan? Bukan jumlah sebenar kan?

    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak. Elaun akan dimasukkan di bahagian B(1).

      KWSP: Ya.

      Delete
  44. Selamat mlm pn..
    sy nak tanya detail ttg pengisian borang ni...boleh x whatsapp sy 013-8190918
    lebih2 lg tentang jenis taksiran tu..

    ReplyDelete
  45. Salam nak tanya..borang e filling ni wajib isi atau tak..kalau mmg gaji tak kene income tax..kene isi jgak ke

    ReplyDelete
  46. Slm, awak, klau bhgian jumlah pendapatan lpe isi n dah hantar cmne ye.. kne gi lhdn ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dpt pendatapan selain dr yg sedia ada ke? Ya, perlu ke LHDN utk mudahkan proses update.

      Delete
  47. terima kasih for info, sangat membantu. :)

    ReplyDelete
  48. insuran nyawa dan kwsp kene tulis ke??
    caruman perkeso kene tulis jugak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsp & perkeso tu kene kira tuk setahun ke?? tolong reply

      Delete
    2. Ya. Perlu. Semuanya utk kiraan setahun.

      Delete
  49. Salam,nak tny...kalau nak dptkan pelepasan utk saraan ibubapa rm1500 masing2,perlu ada rekod maklumat pemberian/resit?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sepanjang pengetahuan sy, tak perlu. tp utk langkah berjaga, simpan rekod utk kemudahan.

      Delete
  50. salam, nak tanya bagaimana untuk cetak semula borang e-be. saya terlupa simpan 1 untuk kegunaan masa depan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Log in ke LHDN seperti biasa. Di bahagian e-filling, ada satu menu terakhir iaitu semakan pengesahan. Boleh tekan disitu utk mendapatkan slip Pengesahan Penerimaan e-Be.

      * boleh rujuk update blog ini utk cara-caranya*

      Delete
  51. Pengecualian cukai unicef nak letak kat mana dalam borang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan, terdapat di bawah bahagian pendapatan berkanun.

      Delete
  52. Salam.
    Saya ni kali pertama nak isi borang B. Semua maklumat dlm 4 bhgn pertama day isi tapi dalam rumusan ada masalah sikit. Semua angka ada dalam jumlah pendapatan sampailah jumlah rebat. Yg bawah tu kosong je, junlah cukai dikenekan sampailah cukai yg kene baya tu. Harap blh tlng. Tq

    ReplyDelete
  53. Terima Kasih Admin.

    Boleh nak tanya lepas kita submitted, macam mana nak pergi balik ke view semasa kita isi amaun pelepasan ya ?

    Nak kemas kini jumlah amaun yg saya sudah claims tapi untuk beberapa tahun yang sebelum ni dah totally lupa berapa amaun yang saya isi sudah...

    Mohon petunjuk.

    TQ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi ke bahagian e-Lejar. Boleh rujuk pd entry sy utk lebih lanjut.

      Delete
  54. salam...saya ni tak pernah isi apa2 mklumat dlm efiling....saya perlu isi dari mula2 potongan cukai ke....rasa dah lebih 10 tahun ....jadi buat dari mula2 potong boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. sepatutnya utk mengelakkan terpaksa membayar lebihan cukai dan didenda sebab taak pernah declare pendapatan.

      Delete
  55. assalamualaikum. minta izin nk save kandungan blog. trm kasih

    ReplyDelete
  56. Salam sy kne isi borng Mara Dan ayah saya dah pencen Dan die mintak pendapatan bercukai tahunan.macam mane tu ea..Sy x faham mana nak sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Pendapatan bercukai tahunan tu adalah jumlah pencen dan lain-lain punca pendapatan utk setahun, termasuklah bonus. Cth: walau ayah dah pencen, dpt pencen,tp ada rumah sewa atau ada bisnes, jd keuntungan dr rumah sewa dan bisnes tu kena masuk juga. Kalau setakat pencen, masukkan shj jumlah pencen utk setahun tu.

      Delete
    2. situasi macam atas ni siapa yang boleh claim? anak ke ayah yg dah pencen?

      Delete
  57. Salam, boleh saya tanya tak? Dekat Bahagian B EA Form tu, dia tulis gaji kasar tu maksudnya Gaji Kasar sebelum ditolak EPF Kan? Ke letak gaji basic or gaji bersih?

    ReplyDelete
  58. Salam..sy nk tnya..menda yg kta dclaire..adakah lhdn akan mntak resit2 pembelian

    ReplyDelete
  59. Salam..sy nk tnya..menda yg kta dclaire..adakah lhdn akan mntak resit2 pembelian

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu simpan bukti utk 5 tahun. Biasanya LHDN akan buat audit secara rawak. Pd yg terpilih akan dikehendaki pergi ke LHDN bersama bukti resit.

      Delete
  60. assalamualaikum....jika saya dah siap buat pegesahan dan hantar...bila print baru sedar tersilap buat pendapatan berkanun 0......macam mana nk ubah?

    ReplyDelete
  61. Hi. Nak tnye. If sy ada derma kepada NGO yg diluluskan.saya nak isi dibahagian mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan, terdapat di bawah bahagian pendapatan berkanun

      Boleh refer dalam entry diatas utk maklumat lanjut.

      Delete
  62. sy tersilap claim utk ibubapa. sy slh fhm.. sy igt kn claim yg bhgian perubatan.. tp rupany kn isi bhgian kdua yg rm1500 utk ibu bapa.. sbb ibubapa sy bukan sakit teruk..macam mn nk ubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer update blog sy. boleh pergi ke bahagian e-Permohonan pindaan BE, dan update borang seperti yg diperlukan.

      Delete
  63. hai, selamat ptg, sy mok tnya bhagian layak menuntut insentif dibawah seksyen 127 , sy pilih perenggan 127 (3)(b) & subsekseyen 127(3a) adakah betul?

    melupuskan aset di bawah akta cukai keuntungan dan harta tanah 1976 dan melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM sy harus pilih Tidak @ Ya
    dan bahagian potongan cukai bulanan (pcb) yang dibayar kepada LHDNM yg terdapat dlm borang ea sy perlu isi di borang E-BE jg ka? Bahagian mana? boleh ajar sy..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat petang.

      Insentif itu hanya tertakluk kpd pelepasan yg telah mendapat kebenaran menteri di malaysia. Biasanya isentif ni akan diberitahu, dan org yg terlibat akan dpt surat. jd kita yg rakyat biasa ni biasanya letak shj TAK BERKENAAN.

      Jika awak takde jual tanah/ aset yg tertakluk dibawah akta cukai, tulis TIDAK

      Ye. Perlu diisi di bhgn potongan PCB bulanan.

      Delete
  64. Maaf nak tanya. BE statement tu mcm mna yaa? Nak apply loan. Tp kena ada BE statement. So kena pergi lhdn dlu atau boley buat online jea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. biassanya, utk loan, boleh pakai EA form yg dikeluarkan oleh company tempat bekerja. Kalau borang BE, boleh jigak buat terus kt LHDN tanpa perlu buat online.

      Delete
  65. Hello, nak tnya. Kalau kita dah submit form BE, tapi kotak kosong bagi pendapatan berkanun dan jumlah pendapatan masih kosong, hanya PCB yg dibayar kepada LHDNM sahaja yg telah diisi. Boleh buat pembetulan secara online ke? atau kena buat report kpd LHDNM?

    ReplyDelete
  66. Salam..nak tnye..klu sy ade 2 ea form dlam stahun..mcmna nak buat?

    ReplyDelete
  67. Salam..mcmna nak isi klu sy ada 2 ea form dr blainan company?tolong balas..trima kasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk pendapatan, buat jumlah keseluruhan utk setahun

      Delete
  68. Salam, Saya tersilap buat borang filing E dan saya cuba rujuk apa pada borang Pindaan Be. tetapi hairannya saya tidak dapat masuk page tersebut. Saya buat borang ini untuk majikan.

    ReplyDelete
  69. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  70. Pada pendapat sis, barang2 kat bawah ni boleh di claim ke?
    1. Kasut sukan (peralatan sukan)
    2. Braces & retainer gigi (Alatan sokongan asas- tp saya bukan OKU)
    3. Unifi (Atas nama parents, tapi saya yang tolong bayar bulan2)
    4. Kursus pendek bidang teknologi (Yuran Pendidikan -Sendiri)

    Kalau resit tak lepas bila di audit, sebab tak termasuk kategori, ada denda apa2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tidak boleh claim
      -- Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi tidak termasuk pakaian sukan,
      contoh: pakaian renang dan kasut sukan

      2. Tidak boleh

      3. Perlu atas nama sendiri, sbb LHDN perlukan bukti

      4. Boleh.

      Kalau tak lepas masa audit, boleh didenda sbb dikira memberikan maklumat palsu.

      Delete
  71. Assalamualaikum,

    Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat ini.
    Terutama sekali bagi saya yang baru kali pertama isi e-filing ni.
    Ayat yang ringkas, mudah faham serta tak skema atau berbunga-bunga.

    Semoga segala urusan anda dipermudahkan Allah s.w.t
    Aminnn

    ReplyDelete
  72. Maaf sgt2..saya mmg zero pasal e-filing ni. Soalan saya.

    1. Berapa gaji minima bulanan yg baru dikenakan cukai?
    2. Potongan cukai ni automatic ye? Maksudnya majikan mmg dh potong siap2 tiap2 bulan.
    3. Kalau dlm payslip xde tunjuk potongan cukai, maksudnya pendapatan beliau belum layak bercukai ke? adakah individu tsbt masih perlu isi e-filing?

    T.kasih.

    ReplyDelete
  73. sy st time nak isi.tapi utk perniagaan ada contoh x?xphm lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time nak isi.masalahnya ada rekod bank shj.

      Delete
  74. salam... hai kepada business owner yang ingin buat full set of account bole wassap sy..
    wasap.my/60166264687/accounts

    ReplyDelete
  75. As salam saya nk tya tersalah letak penggajian saya letak kosong...terletak dibahagian yg ada pencen mcm mana ya?Boleh adik bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang dah submit ke? kalau dah submit, perlu ke LHDN utk buat pembetulan.

      Delete
  76. salam saya terletak 4000 dkt bayaran alimoni camne nk padamkn. mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan saya. setakat yg saya tahu, jika dah tersilap isi form, dan dah submit borang, perlu ke LHDN utk update

      Delete
  77. salam kalau tunggakan mcm mana. kena tolak ke dr gaji yg asal tu. untuk letakkan di bahagian gaji pendptn berkanun tu

    ReplyDelete
  78. Salam. Bila nak isi borang cukai kali ni, saya nampak dia tulis 'lebihan tahun taksiran 2018 RMXXXX'. Maksudnya lebihan bayaran cukai tahun lepas ke? Mcmana nak tuntut balik? Adakah lepas isi borang cukai tahun ni baru LHDN akan refund lebihan bayaran tahun lepas tu?

    ReplyDelete
  79. hi..saya nak tanya, untuk pindaan borang BE wajib je kaunter ke? Kalau pos boleh tak?

    ReplyDelete
  80. Assalam Puan,

    Maaf kalau soalan saya ni pernah ditanya org, saya baca balik semua comment2 kat atas ni, saya masih kurang yakin and decided nak tanya sendiri jugak, harap Puan boleh memberi pencerahan InsyaAllah.

    1. Merujuk E-Borang Bahagian Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Bukan Penggajian etc etc etc...Pendapatan Berkanun Penggajian = Rujuk Borang EA Bahagian B.1(a) sahaja ke? Jumlah ni yg perlu kita isi dalam E Borang?

    2. Bagaimana pula rujuk borang EA bahagian B 1 (b) & (c)? Bahagian ini ada yg nak kena isi dalam E-Borang jugak ke?

    3. Merujuk E-Borang, ada bahagian untuk "Pendapatan berkanun faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan atau keuntungan lain", yang ni apa maksudnya pula?

    Harap Puan dapat member pencerahan sebaik yg mungkin InsyaAllah, saya akhiri dengan terima kasih and doa supaya Puan diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT sekeluarga, InsyaAllah, Ameen!!!

    ReplyDelete
  81. Hi, as a tutor , what form should I fill up ? Boring B or Be? Thanks ‘n

    ReplyDelete
  82. Ada sape2 tak yg blh ajar sy buat kiraan dan isi borang B,jika ada blh emel ke
    scsyahindah2015@gmail.com

    ReplyDelete