Saturday, March 14, 2015

Bayar PTPTN guna duit KWSP

PTPTN = KWSP


Aku ada hutang PTPTN. Hahaha. Tapi, nasib baik tak banyak. Dalam satu semester, tambah dgn RM1500 duit pendahuluan tu. Huhu. Aku pernah bayar, dlm hampir RM1500. Tapi bila aku cek semula, hutang aku tu macam tak gerak-gerak. Tension aku dibuatnya. Huuu. Sebelum ni, punya liat aku nak bayar PTPTN ni. Mana taknya, habis study, aku kerja Sushi King je. Gaji pun cukup makan, inikan plak nk bayar hutang. Pulak kadang-kadang memang aku terlupa pasal hutang aku yg ni. Hahahaha. Hutang dr tahun 2008, tahun 2015 baru nak settle, mmg menggunung la bunga-bunga matahari dalam akaun hutang aku tu. T_____T.

Hari tu aku belek la akaun KWSP aku. Eh, tetibe rasa ade baiknye aku settlekan PTPTN aku sekali harung tu pakai KWSP. Tak ada la aku asyik terbelenggu dengan hutang je, kan? Lagi cepat settle, lg bagus. Apsal la aku tak terfikir benda ni dari awal Huhu. Setelah berbelas kali belek web PTPTN dgn KWSP, aku pun amik keputusan, ' Now or never'.

Mula-mula, aku kena sediakan surat akuan baki dari PTPTN.  Cara die? Cara pertama, g kat laman web PTPTN. Pastikan masuk laman web rasmi ye.

Klik kat laman web rasmi tu.

Lepas tu, akan keluar Anjung

Bukan Anjung rumah ek, ni Anjung PTPTN.
Skrol ke bawah, sampai la jumpa senarai borang yang ade.

Klik kat borang Permohonan Baki Pinjaman Individu 
Nanti akan keluar page ni..

Borang Online
** Update: Bila tekan link tu, dah tak keluar da borang baki pinjaman mcm kat atas ni. Sebaliknya, akan keluar borang baki pinjaman dlm bentuk pdf. Kita hanya perlu print, dan isi, dan hantar ke pejabat PTPTN. Selain itu, bentuk borang baki pinjaman tu, memang sama sebijik mcm borang baki pinjaman kat kaunter PTPTN. Tak print borang melalui web pun tak ape. Terus amik kat kaunter dan isi..** 

Lepas tu, isi la ape yang patut. Yang no pinjaman tu, boleh rujuk pada penyata baki pinjaman PTPTN yg dihantar kat rumah tiap-tiap tahun tu, atau boleh call hotline PTPTN, atau boleh call mana-mana cawangan PTPTN, dan diorang akan tolong carikan no pinjaman tu, berdasarkan no kad pengenalan kita.

Ni Penyata baki yang aku dapat 7 tahun lepas. Nasib baik aku simpan, boleh la tahu no pin yang juga merupakan no pinjaman. Boleh guna utk cek baki secara online juga!

Siap je isi, tekan butang seterusnya, lepastu akan keluar lah borang ni. Apa yg kita tulis tadi akan diisi dalam borang ni. Cetak, lepas tu boleh bawak pergi PTPTN terdekat atau enail pd pejabat PTPTN. 

Lepas dah cetak borang tu, bawak la borang tu pergi PTPTN terdekat.

Ini utk PTPTN negeri Johor.
Aku pergi hantar borang pd hari Sabtu, kat UTC Galleria Kotaraya. Memang senang. Aku pergi memang tak ada orang. Amik je no, terus dipanggil. Menurut akak yg jaga kaunter tu, yang keluarkan surat pengesahan baki tu adalah PTPTN kat Bandar Baru Uda tu. Surat tu boleh je dikeluarkan serta merta, tapi diorang cuti hari sabtu, maka hari ahad baru surat tu akan dikeluarkan. Akak tu cakap, nanti die akan call bila siap. Tak payah tunggu sampai 3 hari bekerja.  

Keesokkannya, hari ahad, lebih kurang pukul 6.30ptg, pejabat PTPTN UTC call aku,cakap surat pengesahan baki tu dah siap. Aku pun apa lagi, lepas je maghrib, terus pergi ke UTC. Sengih kejap bila dah dapat surat pengesahan baki tu. Dalam kepala aku, esok nk mintak time-off kat boss, nak keluar kejap utk pergi KWSP, nak settle semuanya.

Entah macamane, aku demam hari isnin tu. Dah la demam, bila g klinik, doktor cakap aku kena tekanan darah rendah, 100/60. Perghhh. Patut la kepala aku pusing-pusing macam gasing. Huhu. tapi, demi PTPTN, aku gagahkan jugak badan aku yang sakit-sakit ni pergi KWSP. Nasib baik tak tersadai kat tepi jalan. Huhuhu. Disebabkan aku tak isi lagi borang KWSP, makanya aku kena amik no, dan pergi ke kaunter pertanyaan. Kat situ, akak kaunter tu cek segala dokumen yang dibawak, dan dia akan berikan borang pengeluaran 9H KWSP.

Nasib baik aku tak terbuang perjanjian ni.Kalu tak, menangis aku kena bayar RM90 utk dapatkan salinan dr PTPTN.

 
Ini la syarat-syarat yg perlu dipatuhi kalau nk bayar PTPTN guna KWSP. Utk keterangan lanjut, layari la PTPTN.gov.my atau kwsp.gov.my
Lepas siap isi borang, aku pergi ambil no sekali lagi. Tak sempat aku cari kerusi, terus no aku kena panggil Hohoho. Sungguh efisyen KWSP sekarang ni. Hantar borang kat kaunter, cap jari kiri kanan, semua dah settle. Alhamdulillah. menurut kata abg KWSP tu, nnt aku akan dimaklumkan kalau transaksi aku berjaya. Huhuhu. Harap-haraplah berjaya, sebab aku dah taknak lg tanggung hutang PTPTN yg makin menggunung tu. 

So, sekarang ni bukannya susah nak bayar PTPTN. Sama ada nak atau tak nak je. Yang penting, hutang tu wajib dibayar.

** Update: Aku pergi hantar borang kat KWSP pd 9 Mac 2015. Ikut pd penyata KWSP aku, pengeluaran pendidikan aku dilakukan pd 11 Mac 2015. Disebabkan aku bayar masa waktu offer (20% diskaun), akhir bulan tu, baki 20% tu selamat dalam akaun bank aku. Hehe.. Secara rasminya, aku telah bebas dari belenggu PTPTN* *

30 comments:

  1. tq share. memang tengah cari info pasal ni. selamat hari raya. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Very good information. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. salam...mcm mana semua settle dah? berapa lama proses?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Alhamdulillah. Dah settle da. Sy hantar borang pd 9 Mac, pd 11 Mac dorg da tolak duit baki KWSP.

      Delete
  4. Botang baki pinjaman tu xisi online pun.. Knpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tgk kat link tu. Bila tekan link tu, dah tak keluar da borang baki pinjaman mcm kat atas ni. Sebaliknya, akan keluar borang baki pinjaman dlm bentuk pdf. Kita hanya perlu print, dan isi, dan hantar ke pejabat PTPTN. Selain itu, bentuk borang baki pinjaman tu, memang sama sebijik mcm borang baki pinjaman kat kaunter PTPTN. Tak print borang melalui web pun tak ape. Terus amik kat kaunter dan isi.

      Delete
  5. assalammualaikum.. nak tanya duit pendahuluan tu akan dit0lak setiap sem ka??? atau pon lepa akan t0lak sem 1 hingga sem3 sahaja?? kalu ikutkan sem 1-3 dah cukup untuk bayaran pendahuluan kan.. satu sem RM500. dah kira cukup la 3 sem kan... ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la. Tapi zaman sy, universiti tahun 2007-2011, duit pendahuluan tu kena bayar sendiri. PTPTN takkan tolak automatik dr pinjaman setiap semester. So, kena amik perhatian pasal pinjaman tu. Bermakna, pinjaman sedia ada dan rm1500.

      Delete
    2. maksud saya, baki pinjaman awak nnt adalah baki pinjaman keseluruhan ditambah dgn rm1500.

      Delete
  6. Tumpang tanya, KWSP akan tolak semua duit simpanan yang ada dalam akaun2 utk bayaran balik PTPTN atau kita boleh minta berapa banyak yg kita ingin bayar?

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    kalau duit dalam acct KWSP kta x ckup nak cover smua, blh x bayar mana yg mampu dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      Setakat pengetahuan sy, boleh keluarkan ikut berapa yg kita nak, sbb masa kat kaunter kwsp tu, die akan tanya berapa yg kita nak bayar.

      Delete
  8. Assalamualaikum semua..yang paling penting kena bayar tunggakan dulu..mcm saya last study 2009 saya xpernah dapat surat drpd ptptn so saya hanya gunakan akaun kwsp utk bayar tunggakan saya sahaja yg berjumlah rm4k++ so saya ada baki 9k lagi..tetapi saya tidak gunakan kwsp 100%..saya gunakan kwsp utk bayar tunggakan sahaja..selebihnya saya atur pembayaran bulanan...so x 100% la duit kwsp saya keluar..still ada simpanan lagi...ini bagi yg xmau duit kwsp keluar 100% la...sebab selebihnya blh atur ansuran bulanan..lg mudah..bayar sikit dan simpanan kwsp still ada...anyway terpulang korang semua mcamana nak bayar..yg penting kena wajib bayar kalau xbayar makin betimbun tunggakan dan hutang xkn berkurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mmg kena settlekan tunggakan. Lgpun, kalau ada lebih, mmg tak salah utk bayar lebih, kan? Bayar lebih, bunga lagi kurang, lagi cepat habis. Hehe.

      Delete
  9. Replies
    1. Boleh. Ikut berapa jumlah yg kita nak. Nnt masa kat kaunter KWSP tu, pegawai KWSP akan tanya berapa jumlah yg kita nak bayar.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam..kwsp akan kuar kan surat pelepasan kan?berapa lama tempoh tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy hantar surat pd 9 Mac 2015, tolak dr akaun KWSP pd 11 Mac 2015, dan sy dapat surat pelepasan pd 1 April 2015, selepas PTPTN buat kemaskini akaun utk bulan tu.

      Delete
  13. slm.. lebiha pembayaran balik ptptn utk diskaun itu akan dimasukkan terus ke akaun kwsp semula atau akaun sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      lebihan bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun sendiri.

      Delete
    2. Betul ke sb smlm sy call ptptn lebihan bayaran akan dimasukkan ke akaun KWSP semula

      Delete
    3. Betul ke sb smlm sy call ptptn lebihan bayaran akan dimasukkan ke akaun KWSP semula

      Delete
    4. kalau yg terbaru sy tak pasti. sbb waktu sy, lebihan bayaran
      akan dibayar oleh PTPTN ke akaun kita. Dlm borang PTPTN tu ade mintak nombor akaun.

      Delete