Tuesday, August 26, 2014

Sistem 3 Gayung

Tak ada air. Aku pernah merasa, banyak kali. Ketika aku belajar kat Sekolah Menengah Sains Muar dan Kolej Matrikulasi Johor (Tangkak). Macam-macam ragam, macam-macam cara yang aku dan rakan-rakan lalui demi nak mandi. Nak mandi pun terpaksa berjuang. Hahahaha.

Kami terpaksa mandi air pili bomba yg bersistem 'sape cepat, die dapat'. Masa tu, tak kisah la air yg da warna mcm teh O, teh susu atau pun milo, asalkan dapat mandi.  Tu belum lagi termasuk kena mandi air kolah yg entah  berapa lama terbiar. Setakat bangun pukul 5pg sbb nk mandi kat blok yg jauh die 100m pun tak kesah. Susah payah angkut baldi terkengkang-kengkang. Hahaha,

Sistem 3 gayung berfungsi seperti ini:
1. Utk gosok gigi, cuci muka, basahkan badan
2. Utk syampu, sabun, bilas badan.
3. Utk buang air

Sistem ni hanya utk ketika waktu normal, iaitu bukan waktu cuti bulanan atau waktu tgh sakit perut. Hahaha. Untungnya masa ni, rambut aku habis da mcm lelaki, sbb nk kena duduk asrama punya pasal. Jadi takde masalah nk cuci rambut,sbb rambut dah kontot. Heee.
Tp itu kalau betul2 air da sgt limited. Biasanya dpt la jugak sebaldi air. Tapi sebaldi tu kadang-kadang dpt 5 gayung je. Huhu.

Itu la dipanggil survival skill~~ 😉😉

No comments:

Post a Comment