Wednesday, May 10, 2017

Pasar Borong Taman Kobena

Pasar borong merupakan tempat yang paling digemari oleh mereka yang sukakan bahan-bahan masakan basah yang segar. Di pasar borong, pelbagai bahan yang boleh didapati, dan ia boleh dikira antara tempat yang paling completenk membeli barang dapur.

Aku teringat, masa aku kecik dulu, aku selalu ikut emak/ mak sedara pergi pasar borong taman kobena. Pasar borong ni dibuka jam 11.00 mlm hingga 3.00pg. Singkat kan waktu perkhidmatan die? Hahaha. Kalau datang awal, mesti kena tunggu depan pagar sampai la pasar bukak. Masa ni, orang dah ramai berkumpul depan pagar. Kat pintu masuk pasar borong tu, akan ada kedai buah manggis, dan kedai yg jual air/ makanan. Aku selalu beli kt kedai ni, tak lupa jugak mak sedara aku selalu beli surat khabar utk hari esok.

Bila pagar bukak, berpusu la org masuk ke dlm pasar ni. bahagian depan, pasti tempat jual sayur. Lepas tu bhgn jual ikan, lepas tu daging. Aku ingat lg, ada satu bahagian kt pasar ni, dekat dgn tempat jual ikan, memang licin sikit. Aku pun pernah jatuh kt situ. hahaha.

Best sebenarnya pergi pasar borong masa ni, Ikan segar sbb kebanyakkan ikan memang baru turun dari lori. Disebabkan org ramai, selalu la jugak aku terperosok dibawah ketiak-ketiak org lain. hahaha. bau die memang boleh pengsan. Zaman tu masa zaman aku sekolah rendah, ketinggian pun memang rendah lg.

Sekarang, pasar borong taman kobena tu dah berpindah ke pasar borong pandan. Tapak pasar borong kobena tu dah berubah jd apartment da. Suasana pasar borong pandan pun berubah. Aku pun dah jarang pergi pandan, sbb jalan selalu sesak. Sekarang ni, aku pergi pasar kipmart je. Dekat dgn rumah. Hehe.

* Rasa nostalgia bila teringat pasar borong tu dulu*

No comments:

Post a Comment