Wednesday, April 26, 2017

Ni dah berapa kilo semut kena telan ni?

Minda aku da mula tumpul, sebab dah dipenuhi lemak-lemak tepu dek sebab kemalasan nak berfikir. Hahahaha. Ini la natijahnya bila minda aku kurang senaman. Malas berfikir tu bukan sebab aku malas, tapi sebab aku malas nk fikir. (Boleh macam tu? Hahaha). Bukan sekali dua aku jadi pelupa. Banyak kali da. masuk bilik sebab nak amik pampers anak, tapi bila sampai bilik, aku terpinga nk buat apa. Lepas tu aku pergi semula ke bilik air, baru teringat nak amik pampers. Ulang semula ke bilik. Huhu. Kan nampak parah tu?

Minda ni penting. Minda tu adalah otak, tapi otak tak semestinya minda. Kan? Iye la, sebab beruk pun ade otak, tapi diorang takde minda. Ek? Kalau dah dinamakan umat manusia, makanya minda ni amat penting. Tak kira la budak yang baru nak belajar hirup udara sendiri lepas duduk dalam air ketuban emak dia, atau pun pakcik-pakcik yang hanya duduk mengeteh kat kedai kopi. Kalau tak, masakan pakcik tahu jalan ke kedai kopi. Hahaha

Jadinya, aku cari la cara nk bg minda aku ni cekap, cedas dan cepat..

1. Buat latihan yg menggunakan akal
Buat la Sudoku, Jigsaw puzzle, Unblock Me, Dreams Chronicles, puzzle dan game-game yg memerlukan kita berfikir secara kritis. ecewah. Game ni semua memerlukan kita berfikir, dan mengingati. Boleh la nk kuatkan daya ingatan dan tumpuan. Tapi, jgn sampai terlebih batas.

2. Jgn lupa exercise
Badan sihat, otak cerdas. Hahaha. Google la cara-cara senaman yg membantu daya ingatan.

3. Cukup tidur.
Cukup tidur ni penting. Bila cukup tidur, bermakna otak kita cukup rehat yg diperlukan. Tp jgn terlebih tidur pulak, nnt makin lembap otaknya.

4. Bersosial
Jangan hanya duduk terperuk kt rumah sendirian. Sesekali, cuba luangkan masa dgn kawan-kawan. Berbual, berbincang, berkongsi pendapat. Kan elok tu.

5. Gembira
Bergembira. Tapi jgn terlebih batas pulak. Bila kita gembira, otak akan kurang fikir masalah. Jgn la disakitkan kepala dgn benda yg tak perlu. Org yg selalu bersedih lebih cenderung utk dpt penyakit yg berkaitan dgn akal dan emosi. Bila kita gembira,

6. Jgn stress
Pastikan tak stress. Sebab tu kena selalu bergembira. Sedih dan stress akan ganggu kita utk berfikir secara waras dan logik. Bila sedih dan stress, selalunya kita akan lebih cenderung utk mengikut emosi. Selain dari tu, stress juga menyebabkan otak kita mengecut. Oh my~

7. Makanan yg membantu ingatan.
Makan la kurma, kismis, kekacang dan makanan yg elok. Elakkan makanan yg byk pengawet dan perasa. Bukan setakat tak elok utk badan, malah tak elok utk kesihatah gak~

Itu je aku rasa yg mudah utk kuatkan minda. Harap-harap lepas ni daya ingatan aku lebih mesra alam la. Penat da rasanya asyik lupa nk buat apa tak smpai 10 saat. Hahaha

* Sindrom mak-mak* 

Artikel asal di sini

No comments:

Post a Comment