Thursday, March 30, 2017

Pulang barang Lazada

Aku ni antara pengguna tegar Lazada. Iye lah, sbb mudah nk membeli belah di hujung jari. ( Pemalas sebenarnya) Sebelum ni aku memang tak ada masalah dgn Lazada ni. Cuma semalam merupakan kali pertama aku terima barangan yg bermasalah.

Retak T___T
Bila screen protector yg dibeli utk menggantikan screen protector yg pecah telah pecah, makanya pecahlah hati ku. Huhuhu. Makanya, aku pun nk pulang semula barang ni kt LAzada. Tak guna la nk dpt barang yg dah rosak. 

So, pertamanya, kena la bukak Lazada. lepas tu, kena log on. 


Pergi bahagian Track my order, bukak no order yg berkaitan. 


Ok. Return items hanya utk barang yg dah sampai ke rumah.. Utk return items, click je kt bahagian return items tu. Nanti, akan keluar return form. Kat situ, isilah sebab kenapa nk return, dan juga refund method. Terpulanglah nk mintak bayar kt bank atau nk bayar semula kt kad kredit, bg yg bayar pakai kad kredit. Lepas tu, akan tanya cara nk return pakai apa. Aku memilih Pos Laju, sbb dekat dgn opis aku.

Ni sebenarnya barang yg aku return.
 Lepas tu, print lah return label. 


Ni haaa return form. Lekatkan kt depan bungkusan. Pastikan ada 3 salinan ye. 1 salinan kt bungkusan, 1 salinan Pos laju akan simpan, dan 1 salinan utk kita simpan. Yg  ni aku dah terkena td. Dtg pos laju dlm hujan lebat, kuyup. Sampai dlm tu, baru die ckp nk kena 3 salinan. Wooooo. nangis aku. Terpaksa la balik opis semula, pergi pos hari esok. 


Ini dia yg dah siap. Ok. Boleh pergi pos laju, dan pos.

Cara lain nk return order adalah melalui Customer Care Lazada.

Pergi bahagian Customer Care, lepas tu pilih Returns and Refunds.


Haaaa. Akan keluar bahagian ini. Maka, ikutlah satu persatu. Hehe.

Ok la. Itu je aku nk membebel hari ni. Sbb rasa terkilan sbb tak dapat retun barang ni hari ni. Doakan esok boleh hantar.

** Update: Hari jumaat, beria aku pergi ke Pos Laju Skudai. Tgk waktu perkhidmatan hari Jumaat, dr jam 9.00pg-3.00ptg. tak ada tulis rehat. Makanya aku pun pergi la masa rehat. Dari opis aku, kalau nk ke pos laju ni, kena u-turn. Memang nampak la dari seberang jalan pos laju tu. 

Nak dijadikan cerita, memang waktu kt seberang jalan tu, aku nampak pos laju ni masih bukak. Beria la aku pergi. Sampai depan pos laju, jam menunjukkan 12.33tghari, dan semua aweks2 pos laju tu dah siap-siap keluar rehat~ Ayam betul. Patutnya tulis la waktu rehat pukul berapa. Tak ada la aku terkejar-kejar. 

Makanya, dgn hati lara, aku balik la semula ke opis. Jam 2.30ptg, aku cabut g pos laju semula. Jumlah masa aku keluar opis adalah 15min. Hantar barang hanya seminit je. Yg lebih tu atas jalan raya. Huhuhuhuhuu. 

Tunggu Lazada reply pasal masalah ni. ** 

** update 5/4/2017: 

Lazada dah terima parcel aku. Pihak Lazada hantar email & juga sms. Tumggu je la refund.

Email yg dihantar

Ni sms yg aku dpt. Yg bawah tu abaikan, sbb itu aku punya auto-dictonary. Haha.



32 comments:

  1. salam sis.....nak tanya pos nie kena duit x atau free

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Free je. Tp kalau package tu melebihi saiz yg dibenarkan Pos Laju, kite kena tambah duit sikit. Tp nnt boleh claim semula kt Lazada

      Delete
  2. salam sis... apa bnde eh kne sertakan sekali dlm parcel kita tu? tax invoice kne x? kalau kne mcm mne eh nk dptkan tax invoice tu ? print dr mana eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yg diperlukan adalah bungkusan asal, & tax invoice. Selalunya, tax invoice akan disertakan sekali dlm parcel sewaktu pihak lazada ahntar barang pd kita.

      Delete
  3. salam..nak tnya,plastik poslaju tu kena beli ke atau kena cari yg asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sy pakai plastik pos yg asal. kalau tak pun, boleh pakai apa2 plastik, asalkan ada slip penghantaran.

      Delete
  4. assalam sis, klu kat umah xde printer, so nak tulis die pye no je ke? alamat nak tulis alamat lazada ape ek sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Maaf, sy tak berapa pasti utk soalan ni. Tapi, kt laman web lazada ada nyatakan tentang borang p9a (jika tak silap). Borang ni boleh didapatkan di kaunter pos laju, atau boleh tanya pd petugas kaunter pos laju.

      Delete
    2. Saya dah pulang barang guna poslaju minggu lepas, tapi tiada update dari lazada. Bila saya follow.up, lazada minta tracking number. Ada poslaju bagi apa2 tracking number ke? Seingat saya, cuma salin semula tracking number asal pada borang pink.

      Delete
    3. Dekat borang yg di print tu, mmg ada tracking no. Boleh gunakan no tu.

      Delete
  5. salam. boleh tak kalau sy nak return item sbb tak fit sizenya kecik sgt.. nak tukar size.. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      masalah size, kena refer pd penjual, sbb mereka ada polisi masing2. Kalau berkaitan kerosakan biasanya tiada masalah. Tapi, kalau barang tu tertakluk dibawah 100% satisfaction guarantee, rasanya boleh pulangkan barang tu dgn alasan tak menepati kepuasan pelanggan.

      Delete
  6. salam... haritu i beli headfon dkt lazada tp bunyi x kluar... rasanya seller pakai baling stok je kot... nasib baik bini ckp blh return kat lazada sbb hampir2 dh nk buang!! bini suruh select postco je, blh drop off brg dkt farmasi caring gombak (ada byk lg tmpt lain)... dlm 3-4 hari lazada contact cakap dah dpt headfon rosak tu dan akan proses refund... hepi giler la blh return, ingat kena tipu... link postco kat sini: https://postco.com.my/lazada-returns?locale=ms-MY

    ReplyDelete
  7. form tu kite tampal je kat kotak ke atau kene masukkan ke dalam plastik lutsinar bru tampal

    ReplyDelete
  8. kalau tax invoice tu tak payah hantar sekalj dgn brang boleh tk?

    ReplyDelete
  9. salam sis .. nk tnye.. sis p post office tu ke or gne ezidrop tu je?mksd sy yg mesin layan diri tu...sbb i think ive to use mesin layan diri sbb lack of free time tp box item air fryer plk..beso bebeno..tkot xmuat..any suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya pergi post office yg biasa tu, bukan yg layan diri.

      Delete
  10. Salam. Maaf nk tanye, kalau brg tu contohnya baju terlalu kecik.. boleh ke kita return utk gantikan saiz yg lebih besar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, yg ni sy tak berapa pasti. boleh direct contact dgn seller utk maklumat lebih lanjut.

      Delete
  11. salam.
    sy nk tnya.. klu plastik asli dh koyak.. boleh pakai plstik lain ke..sprti sknyet. sr dan lain ke

    ReplyDelete
  12. Salam nak tanya,kalau kite return barang tu,kite dapat balik duit atau dia gantikan yg baru

    ReplyDelete
  13. sy punya prob lain plak. belum return brg tp dah dpt refund duit. mcm mana nk contact lazada ye? cari no telefon xde la plak

    ReplyDelete
  14. Macam mana nak Return barang dari luar negara? Order lain sampai lain

    ReplyDelete
  15. asalamualaikum nk tnya knp sya xjumpa link untk print return label

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun. dah tekan button submit dan dah keluar tapi tak jumpa button print return label

      Delete
  16. assalam, bole saya tahu, dia refund balik duit kite melalui apa ye? akaun bank ?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Saya beli barang guna lazada. Rm125. Tapi barang tu tak sampai2. Dah nak masuk 2 minggu. Tarikh jangkaan barang sampai pun dah lepas. Check tracking number yg diberi, tak ada update langsung sejak 30 september. Cuma tulis parcel dah di proses. Chat dgn seller dia suruh call lazada hq. Call nombor tak aktif. Hantar mesej x respons. Nak cancel plk tak dapat sbb katanya barang dah diproses. Habis mcmna tu???

    ReplyDelete