Thursday, March 30, 2017

Pulang barang Lazada

Aku ni antara pengguna tegar Lazada. Iye lah, sbb mudah nk membeli belah di hujung jari. ( Pemalas sebenarnya) Sebelum ni aku memang tak ada masalah dgn Lazada ni. Cuma semalam merupakan kali pertama aku terima barangan yg bermasalah.

Retak T___T
Bila screen protector yg dibeli utk menggantikan screen protector yg pecah telah pecah, makanya pecahlah hati ku. Huhuhu. Makanya, aku pun nk pulang semula barang ni kt LAzada. Tak guna la nk dpt barang yg dah rosak. 

So, pertamanya, kena la bukak Lazada. lepas tu, kena log on. 


Pergi bahagian Track my order, bukak no order yg berkaitan. 


Ok. Return items hanya utk barang yg dah sampai ke rumah.. Utk return items, click je kt bahagian return items tu. Nanti, akan keluar return form. Kat situ, isilah sebab kenapa nk return, dan juga refund method. Terpulanglah nk mintak bayar kt bank atau nk bayar semula kt kad kredit, bg yg bayar pakai kad kredit. Lepas tu, akan tanya cara nk return pakai apa. Aku memilih Pos Laju, sbb dekat dgn opis aku.

Ni sebenarnya barang yg aku return.
 Lepas tu, print lah return label. 


Ni haaa return form. Lekatkan kt depan bungkusan. Pastikan ada 3 salinan ye. 1 salinan kt bungkusan, 1 salinan Pos laju akan simpan, dan 1 salinan utk kita simpan. Yg  ni aku dah terkena td. Dtg pos laju dlm hujan lebat, kuyup. Sampai dlm tu, baru die ckp nk kena 3 salinan. Wooooo. nangis aku. Terpaksa la balik opis semula, pergi pos hari esok. 


Ini dia yg dah siap. Ok. Boleh pergi pos laju, dan pos.

Cara lain nk return order adalah melalui Customer Care Lazada.

Pergi bahagian Customer Care, lepas tu pilih Returns and Refunds.


Haaaa. Akan keluar bahagian ini. Maka, ikutlah satu persatu. Hehe.

Ok la. Itu je aku nk membebel hari ni. Sbb rasa terkilan sbb tak dapat retun barang ni hari ni. Doakan esok boleh hantar.

** Update: Hari jumaat, beria aku pergi ke Pos Laju Skudai. Tgk waktu perkhidmatan hari Jumaat, dr jam 9.00pg-3.00ptg. tak ada tulis rehat. Makanya aku pun pergi la masa rehat. Dari opis aku, kalau nk ke pos laju ni, kena u-turn. Memang nampak la dari seberang jalan pos laju tu. 

Nak dijadikan cerita, memang waktu kt seberang jalan tu, aku nampak pos laju ni masih bukak. Beria la aku pergi. Sampai depan pos laju, jam menunjukkan 12.33tghari, dan semua aweks2 pos laju tu dah siap-siap keluar rehat~ Ayam betul. Patutnya tulis la waktu rehat pukul berapa. Tak ada la aku terkejar-kejar. 

Makanya, dgn hati lara, aku balik la semula ke opis. Jam 2.30ptg, aku cabut g pos laju semula. Jumlah masa aku keluar opis adalah 15min. Hantar barang hanya seminit je. Yg lebih tu atas jalan raya. Huhuhuhuhuu. 

Tunggu Lazada reply pasal masalah ni. ** 

** update 5/4/2017: 

Lazada dah terima parcel aku. Pihak Lazada hantar email & juga sms. Tumggu je la refund.

Email yg dihantar

Ni sms yg aku dpt. Yg bawah tu abaikan, sbb itu aku punya auto-dictonary. Haha.



Wednesday, March 22, 2017

Kuih lapis

Gambar google :)
Sedapnya kuih lapis. 

Hahahaha. Aku ni peminat kuih lapis, dan aku pandai buat kuih lapis. Sebab apa? Sebab aku suka makan kuih lapis. Errrkkk. Nampak tak byk kali aku ulang pasal kuih lapis? Hahahaha.

Aku ada satu habit kalau makan kuih lapis ni. Aku akan kopek ikut lapisan. Jadinya. kuih lapis yg benyek/ lembik memang akan buat mood aku habis bersepah. Aku hilang rasa enjoy makan kuih lapis. Dah namanya kuih lapis, haruslah ia dinikmati lapis demi lapis. Tak ke gitu?

Jadinya, satu tips utk dptkan kuih lapis yg boleh dikopek adalah bergantung pd jangka masa kukus tu. lagi lama kukus, lg elok kejadiannya, dgn syarat adunan tu semua diikut mengikut sukatan. Jgn terlebih air, nnt benyek habis. 

Hmmm.. Aku takkan letakkan resepi kuih lapis kat sini, sbb aku sendiri google resepi kuih lapis. Hahaha. Ada banyak versi, cuma kena cari mana yg sesuai dgn selera dan tekak.Oh, aku masih belum pulih dari penyakit malas aku. Dah lama aku tak masuk dapur utk buat kuih muih ni. Nak beli, mahal yg amat. RM2, dpt 5 biji yg comel lote. Kalau buat sendiri, maunye kenyang terbongkang. Hahaha.

* Harap penyakit malas aku segera sembuh*

Tuesday, March 21, 2017

Aktif berblog

Makin berhabuk blog ni dibuatnya. 

Konon, rasa nk aktif semula menulis.Tapi, anak dan kerja aku lg aktif menarik sepenuh perhatian aku. 

Huuuuuu..

Tunggu la bila ada masa free.

* Bila la tu~*

Monday, March 6, 2017

Retroactive Jealousy



Pernah dengar pasal retroactive jealousy?

Ia adalah rasa cemburu terhadap perhubungan lampau pasangan kita. Kiranya kisah lalu dia la. Kisah semua makwe, skandal, teman tapi mesra, bestfriend berlainan jantina. Eh, byk la pulak. 

Susah nk cakap benda ni normal ke tak. Tapi yg pasti, benda ni akan buat satu perhubungan tu akan jadi sukar. Eh, aku ni dah mcm ahli motivasi plak. Hahahaha. 

Kenapa aku cari pasal benda ni? Sbb aku pun salah sorang yg ada masalah ni. Aku rasa tak selamat, rasa benci, dan macam-macam lagi la. Senang kata, bila aku teringat, atau ada benda yg berkaitan, aku akan rasa marah, rasa nk gigit org, rasa tak keruan, dan rasa macam-macam lagi. Asal benda tu ada kaitan dgn kisah silam dia dan orang itu, aku akan rasa marah. Rasa mcm ni timbul sebab aku rasa, orang tu bila-bila masa boleh rampas kebahagiaan aku, dan aku rasa dia boleh gugat kehidupan aku. Tapi bukan semua org akan termasuk dlm tahap kebencian aku  ni. Hanya 2 3 org je, yg mana pd hemat aku adalah org yg mengganggu laluan hidup aku. 

Tapi yg pasti, benda nimemang tak elok utk satu perhubungan. Ia ibarat mcm api dalam sekam, membakar dalam diam. Dari benda yg kecik, mungkin akan jd lebih besar. Oleh itu, aku rasa nk berubah demi masa depan yg lebih aman damai. Bukan senang nk ubah sikap kita. Habit bangun tidur korek hidung pun takkan mudah kita nk ubah, iye tak? Tapi secara perlahan, aku dah mula nk ubah sikap aku ni. Nak jadi lebih matang. Aku memang dah matang dah. Cuma utk bab cemburu tu, matang aku mcm kurang sikit. Hahaha. Apa yg dah lepas, lupakan lah. Yg penting, masa sekarang dan masa hadapan. Nak jadi lebih positif. Dan aku kena ingat selalu, kebahagiaan dan perhubungan tu, Allah yg aturkan dan tentukan. Teruskan berdoa dan minta yg baik-baik sahaja. 

* Positifkan diri anda*