Wednesday, January 4, 2017

Impian yg terlupakan



Aku ada banyak impian. Hehe. Normal rasanya bila seorang manusia ade impian. Siapa yg tak pernah ada impian kan? Kalau tak ada impian , berangan tu pun termasuk dalam kategori impian jugak. ( tetibe teringat cerita Puteri Impian. hahahaha). 

Impian kita berubah. Dari kecik hingga dewasa. Waktu kanak-kanak, kadang-kadang impian tu tak masuk akal. Contohnya, nk jadi watak kartun, ataupun nak jadi orang kecik. Hahaha. Bila dah menginjak dewasa, impian tu dah jd makin matang. Iye la, takkan sampai bila-bila nk ada impian yg tak matang? Macamana nk capai impian nk jd patung barbie?

Bila dah dewasa, dah bekerja, impian tu akan jd lebih realistik. Contohnya, nak beli rumah, nak beli kereta, nak kerja yg bagus, nak mulakan perniagaan, nak jadi surirumah (eh?). Tapi, bila dah jadi isteri dan seorang ibu, kadang-kadang ada impian yg terpaksa dilupakan. Contohnya, impian nk kerja yg memerlukan pengobanan dari segi masa dgn keluarga dan anak. Ada org memang sanggup kejar impian tu. Tapi, ada org yg sanggup lupakan shj impian itu. 

Ada je mulut yg ckp, dah kawin kita dah tak boleh ada impian. Siapa cakap? Boleh je. Kita lupakan 1 impian, kita boleh bina 10 impian baru yg lebih realistik dgn keadaan semasa. Iye lah, ada impian yg lebih sesuai utk org yg tak berkeluarga. Contohnya, nk mulakan perniagaan dari rumah. Masa utk keluarga ada, lepas tu duit pun masuk. 

Impian tu boleh diubah. Terpulang dr cara kita, mcmane nk capai impian tu. Jgn pernah hidup tanpa impian, sbb nnt hidup kita bagai tiada hala tuju.


No comments:

Post a Comment