Tuesday, December 6, 2016

Bila Blogger.com tukar layout baru


Bila blogger.com tukar layout baru. Maunye aku terkial-kial. Huhuhu. Dah terbiasa dgn layout lama, bila yg baru ni, nak kena perhati sekeliling skrin utk cari benda yg patut. Perhati nak cari view blog, perhati nk cari komen, perhati nak tgk audience, perhati nk cari posting blog yg aku follow. Huhuhu. Aku ni dah la agak kurang fokus sikit. 

* menangis*

Tuesday, November 29, 2016

Mesej dgn dinding

Pernah tak rasa diri mcm tgh bermesej dgn dinding?

Bila tulis panjang lebar,
Tulis macam-macam cerita,
Tapi takde yg respons.

Huhuhuhu.

Punya la terujanya nk kongsi cerita, punya la nk cerita macam-macam.
Dpt reply Hehe, Huhu, Hihi, Haha pun dah rasa berbulu, inikan pulak setakat dapat 'blue tick' je.
Rasa mcm main conteng-conteng kat papan hitam, lepas tu jawab sendiri, lepas tu padam. 

Rasa nk marah, tp sbb masih boleh berfikiran waras, makanya tak la marah.
Iye la, org bukannya ade 24jam nk melayan kite. Dia pun sibuk gak. Dia pun ade kerja jugak.

Huhu.

* berhuhuhuhuhu je la akhirnya.*

Wednesday, November 16, 2016

Khabar angin yg berubah angin

Huhu. Siapa pernah kena situasi mcm ni? Khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lepas tu berubah jadi taufan? Cerita dr A, tau-tau je dah berubah jd Z. Adesss. Memang kelakar pun ade, sedih pun ade.

Aku pernah merasa. Arwah abah meninggal tahun 2013, sebab sakit jantung, dan meninggal dalam tidur. Memang agak sedih, sebab masa aku bangun subuh, arwah abah ade lg, tgh tgk tv. Tapi dalam pukul 8 pagi tu, aku terbangun sbb terdengar jeritan mak aku panggil arwah abah... Al fatihah utk abah.

Apa yg aku nak cerita kt sini adalah, mcmana cerita arwah abah meninggal dalam tidur tu, berubah jadi meninggal jatuh dalam bilik air. Aku tak tahu siapa yg sampaikan, dan siapa yg buka cerita. Lepas arwah abah meninggal, aku ada juga jumpa kawan arwah abah 2 3 org, sbb nk tanya sama ada arwah abah ada berhutang ke tak. Dari situ, aku berbual dgn pakcik-pakcik ni. Pakcik-pakcik ni pun tanya la pasal mcmana arwaha abah meninggal. Ada yg cakap jatuh dalam bilik air, ada yg cakap meninggal kt hospital, ada yg cakap meninggal sbb sakit dah lama, dan macam-macam versi. Aku pun sampai hanya mampu geleng kepala.

Banyak versi ni terjadi sebab org lebih suka buat spekulasi sendiri berbanding nak pergi bertanya kat org yg sepatutnya. mcm la gosip artis. Nampak artis tu keluar sorang-sorang tak bawak suami, dituduhnya dah bercerai. Lepas tu, org lain baca, orang lain sebarkan pulak. Habis satu malaya tahu. Lepas tu, susah payah la artis tu nak terangkan, sampai terpaksa buat press conference. 

Teruk sebenarnya spekulasi sendiri ni. Sedikit sebanyak, org yg terlibat tu mesti akan rasa sedih dan terluka. Iye la, da dicakapnya macam-macam, ada yg menyakitkan hati, siapa yg boleh tahan, kan? Hmm.

Oleh itu, pastikan sebelum berkata tu, pastikan sumber tu sahih. Jangan pulak berdasarkan sumber dari anak sedara jiran aku punya opah sedara punya adik lelaki. Memang terus ke laut la kesahihan berita tu. Bila benda tak sahih, tak pasal-pasal benda tu dah jatuh fitnah. Huuuu. 

* Kaki gosip memang suka sebarkan berita tak sahih*

Friday, November 4, 2016

DIY: hilangkan kulat celah tiles bilik air

Bilik air, sememangnya kita tahu, tempat yg lembap, sekaligus akan menggalakkan pembiakan kulat. Kulat ni kalau dah mula berakar, mula la susah nak buang. Lepas buang, seminggu lepas tu akan naik semula. Kalau senang nak hilangkan tu, tak pe la juga, tapi sampai habis naik segala otot lengan dgn otot kaki sebab puas mencangkung dan menyental. Hahahaha

Bilik air aku memang ada masalah kulat ni. memang kadang-kadang penat la gak seminggu sekali nak kena menyental. Tapi nak buat macamane, kena la jugak hadapi. Huhuhu. ( gambar tak ada. Tak teringat pulak aku nak snap gambar bilik air sendiri. Hahaha. Sbb bilik air tu bukannya mcm bilik air dalam majalah Anjung Seri mahupun majalah Impiana..Kekeke)

Aku selalu terbaca pasal cara mudah nak hilangkan kulat ni. Bahan yg diperlukan adalah:
Yg ni, boleh beli kt kedai. Sebabnya ikut resepi mat saleh, kena pakai sodium bikarbonat. Takkan la aku nak pakai sodium yg aku guna nk buat kek, kan? Rugi tu. Botol kecik, harga mahal. Hahaha. Beli yg ni je, senang sikit keja. Yg ni, pakai dalam aggaran 1 cawan.
Memang pakai cuka cap Jalen ni. Senang nak cari. Tapi nak cari cuka botol kat Malaysia yg bersaiz 5 liter sgt susah. Aku tak pernah jumpa lagi. Yang ni, pakai dalam anggaran 0.5 cawan.
Air panas. Yg ni, takkan la aku nak kena bgtau mane dapat, kan? Yg ni, anggarannya adalah sebanyak 1 gayung.













Selain tu, bahan yg aku perlukan adalah baldi bersaiz kecil, utk aku campurkan semua bahan ni. Hehe.

Campurkan semua bahan. Nanti korang boleh nampak pencuci Zip tu berbuih bila campur dgn cuka dan air panas, disebabkan berlakunya penguraian dalam bahan-bahan campuran tu, lalu membebaskan karbon dioksida, air dan sodium acetate (selingan kelas sains sebentar)  Masa tu, bagaikan kanak-kanak dalam kelas Sains, aku pun Wowwwwwwwwwwwwww. ( kesian aku ni. Hahaha)

Lepas tu, simbah la ke kawasan yg nk dibersihkan tu. Pastikan simbah sikit-sikit, mula dari bahagian atas dinding, sbb nanti campuran tu mestilah akan meleleh ke bawah. Kan?

Lepas tu, biarkan sebentar. Korang pergilah makan ke, layan anak ke, layan drama TV3 ke, sebab nak bg campuran tu betul-betul membasahi dan menyerap kt kulat tu. nanti lepas tu, dari kulat tu berwarna hitam hijau, ia akan bertukar warna jadi warna kelabu dan nampak tak bermaya. Hahahaha.

Lepas tu, sediakan lah segala berus lantai, berus dinding yg korang ada. Mula la menyental. Tapi, tahap sentalan tu dah semakin berkurang berbanding sebelumnya, sbb campuran yg korang curah kt dinding tu akan menyebabkan kulat tu mudah tercabut. Tak adalah korang smpai berpeluh macam maraton 5km kan. Haha. lepas tu, bersihkan la bilik air tu macam biasa.

Hehe. Benda ni dah lama da org bg tips. Tapi aku baru la semalam nak mencuba. Haha. kesian aku ni. 

* maaf la, gambar tak ada. Tak pulak aku teringat nak amik gamba smlm. Lagipun, aku pun segan nak memaparkan bilik air aku tuk tatapan umum. Huhuhu.*

** Gambar ni semua aku google. Hahaha. 

Tuesday, November 1, 2016

Tabung

Bila fikir zaman sekarang ni, adalah zaman tabung. Sebelum membeli sesuatu benda tu, kena la menabung. Huhuhu. Mana taknya, zaman ni adalah zaman mencabar. Kuasa membeli dah semakin berkurangan dek kekangan akibat kenaikan harga barang. Sedih kan? Nak buat macamana. Dah terpaksa. ( Menangis berlagu dangdut).

Oleh itu, kena la ditubuhkan tabung utk berbelanja. Bukan senang, sebab biasanya duit tu memang dah ada yg punya, jd nk kena kurangkan perbelanjaan utk memaksimumkan tabungan.

Setakat ni, aku ade beberapa tabung:
  1. Tabung anak
  2. Tabung mesin jahit tepi ( aku nak beli mesin jahit tepi. Huhuhu)
  3. Tabung bercuti
  4. Tabung hutang
  5. Tabung kecemasan.
  6. Tabung kereta
Setakat ni, tabung mesin jahit tepi dan tabung bercuti je yg masih kosong. Yg lain, alhamdulillah dah mula terisi. Mcmane aku buat? Aku buka satu akaun khas utk tabung aku.( Setakat ni, masih ade 2 tabung yg tak terisi) Sampai masa, aku transfer je duit. Ada gak aku terfikir nak masukkan duit cash dlm tabung, tapi aku rasa kurang berkesan, sbb nnt aku boleh korek dan belanja. Hahaha. kalau dalam bank, aku ada malas sikit nak pergi bank dan keluarkan duit.  

Tapi kalau dalam bank, nnt kena bayar rm10 pulak utk setahun, kan? Hmmmmm... 

Ape pun, moga semuanya berjalan seperti yg dirancang. Hohohoho..

* Sila jauhkan web lazada dr pandangan mata aku!*

Thursday, October 27, 2016

Kenapa pada orang lain boleh, bukan pada aku?

Selalu persoalan itu bermain kat fikiran aku. Kenapa pada orang lain, benda tu sanggup dan boleh dilakukan, tapi aku tak merasa satu pun? Kenapa org lain boleh, tapi bukan pada aku?

Sedih.

Dah la sepanjang hidup tak pernah ada org suprise birthday. Seumur hidup, kalau masa birthday, aku yg kena beli kek sendiri, atau aku kena mintak sendiri (sebab memang tau takkan ada yg akan beli). Seumur hidup, aku yg beria sambut birthday org, tapi bila birthday aku, sunyi sepi je.

Aku ni tak cukup berharga ke?

* Senyum je la. Ada duit sendiri, beli la semuanya sendiri*
** Ini adalah posting yg disebabkan oleh emosi yg kurang stabil**

Friday, October 21, 2016

Tanpa sedar terjadi org ketiga

Huhuhu..

Bila kau tanpa sedar terjadi orang ke 3. Haru tak?

Agak la.

Kau kemain la tangkap cintan, berharap setinggi gunung, bermimpi bulan bintang, tapi dalam masa yg sama org tu sebenarnya sedang bertangkap cintan dgn org lain, berindu dendam dgn org lain, bersayang sayang dgn org lain.

Erkk??

Punya la kau komen setiap post kt fb, retweet segala tweeter, like segala post instagram. Dengan harapan nampak la kau beri perhatian sepenuhnya. Tapi dalam masa yg sama tanpa kau sedar, perhatian die kt org lain sebenarnya. Alahai.. Orang tgk pun kesian.

Malu wei..

Kau fikir kau la watak utama, tapi sebenarnya kau la watak yg menghancurkan watak org lain. Huhuhu. Itu adalah teruk. Dalam mana-mana perhubungan, org ke 3 adalah yg paling teruk. Tak kira la walaupun lepas tu kau yg jadi watak utama, tapi sebenarnya kau telah melukakan hati org lain.

Noktah.

Diner Dash

Pernah main game Diner Dash?

Kalau pernah, tau tak macamana rasanya bila pelanggan dah ramai? 

Tension? Huru hara?

Haaa. mcm tu la keadaan di dunia sebenar. Aku pernah bekerja di Sushi King City Square, JB. Ingat senang nak kerja? Huhuhu. Susah. Berdiri dan berjalan dari pukul 9pg sampai 5 ptg, kdg2 pukul 7.00mlm, kdg2 pukul 9.00mlm, kadang-kadang full shift, smpai pukul 11 malam. Gaji? Sejam rm5.00. Kerja bagai nak rak tiap hari, paling tinggi gaji yg dapat tak lebih dari rm1000. Tapi, itu la pengalaman paling berharga buat aku. Buat aku lebih menghargai org yg bekerja di bidang F&B ni. Aku masih boleh tersenyum walaupun aku tunggu makanan lebih dari setengah jam, tapi dengan syarat aku tgk kt situ crew service sikit, dan juga org yg dtg kemudian dari aku tak dapat makanan dulu. 

Bila kerja F&B, hari-hari kita terpaksa berdepan dgn kerenah org. Ada yg mintak tosai kt kedai sushi, memang kena menjawab la dgn aku. Itu belum lagi ada yg mintak cili api dgn nasi goreng kampung. Itu belum lagi nak kira org yg pandang rendah pada kami ni. Hmmm. Itu memang biadap. Kalau ikutkan hati, maunye aku gigit je org mcm tu. Huhu.

Bila kerja F&B ni, kita kena sentiasa proaktif, kena sentiasa alert. Walaupun pekerja sikit, tapi kerja kena pantas. Mcm la game Diner Dash tu. Bila org ramai, makanya kena la kita laju kemas meja, laju amik order, laju hantar order. Pulak bila ada kawan kita yg tak datang, lagi la rasa perit. Service crew hanya 2 org utk layan pelanggan yg ada 50 org. Aku pernah merasa. Sila menangis. Huhu.

Tapi, ada untungnya keje mcm ni. Satunya, aku dpt makan sushi. hahaha. Aku ni hantu sushi sebenarnya, Kedua, aku dpt exercise. Hahahaha. Berat aku turun dari 57kg ke 47kg dalam masa 3 bulan. Hahahaha. Kurus kau. Boleh pakai jeans saiz 25, tapi pendek. Hahahaha. Dah mcm papan lapis dibuatnya.

Bila teringat balik kenangan ni, aku akan tersenyum. Kerja yg mencabar. Penat sebab nk layan kerenah org. Hehe. Tapi pengalaman yg berharga buat aku. Kerja ni membuatkan aku jd lebih cekap cuci pinggan, lebih cekap mengemas, lebih tak malu nk berinteraksi dgn org lain. Huhu. Sebab sblm ni, aku memang agak berat mulut nk bercakap dgn org yg aku tak kenali. Huhu.

Dimana pun kita cari rezeki, pasti ada pengalaman berharga yg kita akan pelajari. Hehe.

Tuesday, October 18, 2016

Ibu yg menyusukan anak.

Bukan mudah nak jadi ibu yg menyusukan anak secara ekslusif, lagi pulak bg ibu baru. Jika tak ada sokongan, jika tak ada semangat yg tinggi, memang akan kelaut la jadinya. Huhu. 

Cabaran? hmm. memang ada. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
  • Susu tak nak keluar
  • Susu sikit
  • Ahli keluarga yg sibuk suruh bg susu formula/botol
  • Puting merekah sampai berdarah
  • Tak berapa reti bagi anak susu badan
  • Tertekan/ tekanan masa dalam pantang
  • Rasa penat.

Hmmm. Setakat yg aku ingat, tu je la. Huhu. Aku masih lg berjuang utk jadi ibu yg menyusukan anak hingga umur 2 tahun, insyaalah jika diberi rezeki.

Friday, October 7, 2016

Budak Wicet

Zaman skrg ni, media sosial memang byk betul. Whatsapp, Telegram, Line, Facebook, Instagram, Tumblr, Imgur, Wechat.

Tapi yg paling aku tak boleh nk tahan adalah kemaraan Budak WeChat a.k.a Wicet.

Berpinau mata aku tgk bebudak ni guna perkataan bahasa Inggeris. Aku sebagai budak kampung yg bersusah payah nk menggilap keupayaan tatabahasa dan juga kosa kata bahasa inggeris aku, terasa amat sedih. 

Utk pengetahuan semua, aku ni budak kampung, yg lahir dari keluarga yg langsung tak tahu bahasa Inggeris. Jadinya, aku belajar bahasa Inggeris 100% dr sekolah, bermakna dari tadika sampai la ke alam universiti. Bermakna, aku kena banyak membaca, bukak kamus, bukak google translate utk pastikan perkataan yg aku guna tu betul, waima aku nak guna utk sembang sesaja dgn kawan-kawan aku sekalipun. Nampak macam mudah? Tapi sebenarnya tak pun. Kita taknak malukan diri sendiri, dalam masa yg sama kita taknak org yg membaca tu jadi salah faham, atau pun tak nak pihak yg belah sana ketawakan kita.

Tapi apa yg jadi dgn budak wicet  ni?

Malu aku tengok.

Bila kosa kata bahasa inggeris di'rogol' sesuka hati tanpa rasa bersalah. Nampak sgt mereka tak ada usaha utk pastikan perkataan yg mereka guna tu betul. Malah mereka boleh pula rasa bangga bila 'moment' atau status yg dimuat naik mendapat perhatian ramai. Alahai...

Jadilah bijak sikit. Jgnlah buatkan bangsa lain memandang bangsa melayu ni buta kayu dalam pelajaran. Cukuplah kita ni jauh ketinggalan dalam pelajaran, jangan dijatuhkan lagi martabat dan maruah kita. Rajin sikit la membaca, rajin sikit la buat ulangkaji, bukan asyik dok tengok cerita abang bomba, abang polis, abang pilot, abangla. Rajin la sikit baca bahan bacaan yg ada tatabahasa yg betul, kosa kata yg betul, supaya kita tahu nak perkataan apa yg sesuai dipakai, bukan main sembrono je. 

* Jadilah sedikit bijak*


Thursday, October 6, 2016

Bila sampai seru

Ini yg biasanya terjadi. Bila nampak hasil mengait orang lain, mula la rasa nak mengait. Bila nampak tote bag cantik, mula la nak jahit beg. Bila rasa telekung mcm nak kena tukar baru, mula la nak jahit telekung. Bila rasa baju kerja dah kurang, mula la nak jahit baju pulak. Bila rasa baju jalan dah kurang, pun mula rasa nak jahit baju jalan. Bila rasa baju jubah tak ada, mula la rasa nak jahit jubah. Bila rasa baju anak dah tak muat, mula la nak jahit baju anak pulak. Bila rasa seluar dah tak muat, mula la rasa nk jahit seluar. Bila rasa nak makan Melty Hersye, mula la nak buat. Bila rasa nak makan brownies, mula la nak bakar brownies.

Dan lain lain. 

Inilah 'bila' yg menyebabkan aku tersangkut sampai bila-bila. Hahaha. Berangan tu punya la besar, tp nak buat tu masih belum sampai masa lg. bukan sebab malas, tapi lebih kepada masalah pengurusan masa. Iyelah, sejak masih baru bergelar ibu, aku masih terkial nak uruskan masa utk anak, utk diri sendiri, utk keluarga dan juga utk suami. Masih terkinja-kinja lagi. Buat masa ni, masa utk anak tu yg mendominasi berbanding keperluan lain. Iyelah, masa utk makan dan mandi pun kadang-kadang terbabas, inikan pulak waktu tidur. Hahaha.

Tak pe la, baik aku cuba pelan-pelan. Semoga aku berjaya. Hahahaha.

Thursday, September 29, 2016

Apple Pen, Pineapple Pen~

Huuuu..

Lagu ni amat berhantu.

Sabo je la.


LAgi pulak tgk parodi dr si Lokman Podolski. Hahahaha..

FB vs Blog

Antara FB dgn blog, mana aku lagi suka?

Hmmmm...

Dua-dua aku suka.

1. Blog
Tempat aku luahkan byk benda. selagi aku boleh tulis, aku tulis. Panjang berjela pun, ade aku kesah? Sbb tak ramai yg baca blog aku ni, jadinya memang kadang-kadang sampai berperanggan. Ape aku nk tulis, aku tulis.

2. FB
Lebih kepada nk update aktiviti terbaru je. Benda utk sesi luahan memang jarang sgt, melainkan luahan hati ringkas. Kekeke. Bukan ape, sbb bila kt FB tu, malas bebeno aku nk menaip panjang-panjang. Mcm takde feel. Lg satu, sbb nnt org menyampah nak baca. Hahaha

Oleh itu, kiranya ape yg aku tulis kt FB, takkan sama dgn ape yg aku tulis kt blog.

Wednesday, September 28, 2016

Lazada

Siapa pernah membeli belah kat Lazada? 

Aku rasa ramai je pernah. Lazada ni memang dah jd agak sinonim utk pelanggan barangan online. Salah satu sebab kenapa org suka beli kat Lazada? Sebab murah dan ada diskaun. Selain tu, tau-tau je barang dah ada depan rumah. 

Aku pun antara pelanggan Lazada. Banyak jugak yg aku beli. Hehe. Mula-mula aku tak berapa reti. Tapi sejak aku mengandung, bila nk beli barang keperluan baby tu, mcm agak malas nak berjalan. Jadinya, aku survey ikut lazada dulu. Kekekeke. 

Benda yg aku beli? Carseat, buai elektrik, lampin anak, dan macam-macam lagi. Lagi pulak masa aku dalam pantang, memang Lazada je la tempat aku nak beli. Senang sikit sebab boleh pakai kad kredit. Hehe.

Tapi, aku ada jugak pengalaman tak best dgn Lazada ni. Aku beli milk warmer utk anak aku, tapi tak sampai-sampai. Rupanya, org yg hantar tu malas nak cari rumah aku, lepas tu die terus je return barang tu kat dealer semula. Mcm agak tutttt sikit la. Hmphhh. Nasib baik die refund semula duit aku, walaupun aku kena tunggu sampai sebulan. Oh, yg ini adalah perkhidmatan Lazada Express Service. Kalau Pos Malaysia atau GedEx, diorang dah kenal da mak aku yg tukang terima parcel tu. Hahaha.

Overall, Lazada ni ok. Memudahkan. Bukan nk promote, tapi ni adalah pandangan aku sebagai seotang pengguna yg berpuas hati.

* Kena jimat duit lepas dah ada anak. Huuuu.*

Wednesday, September 14, 2016

Bangsa Johor



Aku pelik kenapa tetiba isu bangsa johor ni timbul. Aku sebagai org Johor, tak la melatah ke ape. Kalau org dok kutuk-kutuk Johor kt dlm fb atau twitter tu, satu je la kesimpulan aku; orang tu malas nk membaca atau malas nk ambil tahu pasal sejarah. 

Sebab apa? 

Bangsa Johor dah wujud lama da, sebelum merdeka lg. Lagu Bangsa Johor dah wujud lebih dr 100 tahun. Dalam lagu Bangsa Johor, ada lirik Luaskan Kuasa. 

Kann? Benda tu semua sejarah. Bangsa Johor bukannya baru wujud 3 tahun lepas. Bila ada yg ckp Bangsa Johor ni mcm baru keluar hutan sibuk nak mencanang, pada aku, dr aku mula pergi sekolah memang dah diterap dgn Bangsa Johor. Dah korang yg tak duduk kat Johor ni nak sibuk, dah kenapa?

Hmm.. Aku bukannya nak meroyan. Bila ada yg kutuk-kutuk negeri Johor macam-macam, pada aku, aku bersyukur sbb aku tak perlu berhijrah ke negeri lain semata-mata nak cari kerja. Ramai kawan-kawan kerja aku yg bukan berasal dr Johor, yg merantau cari kerja. Aku masih disini. Dari sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah asrama, matrikulasi, universiti, kerja, semuanya di Johor. Aku abaikan je mulut-mulut longkang tu. Buat apa nak berbalah dgn org yg tak nak membaca, iye tak? 

* Abaikan je mulut-mulut longkang. Bukannya ada faedah nak bergaduh dgn diorg.*


Tuesday, September 6, 2016

Manipulasi kesusahan orang lain

Yang ni aku hangin. Sekarang ni, makin ramai org yg nak memanipulasi kesusahan orang lain. 

Contohnya?

1. Orang mintak bantuan wang ringgit utk kos perubatan anak. Akan ada tenuk-tenuk yg akan amik gamba org yg memerlukan, edit letak no akaun sendiri, lepas tu sebarkan. Org yg sepatutnya tak dapat pun sumbangan tu, tp org lain yg kenyang mcm ular sawa. Dasar pemalas!

 2. Orang yg sakit, akan cari pelbagai alternatif utk cari penawar. Tapi ada pulak tenuk-tenuk ni yg kononnya jual ubat yg mampu ubati penyakit tu. Ubat ajaib yg kononnya boleh ubat 1001 penyakit. Harga kalau murah tak pe, tapi harga sampai berpuluh, beratus, beribu! Ade pulak org yg sakit ni, sampai tahap terpaksa berhutang utk beli produk ni. Baik?? Makin teruk ada la! 

Aku memang cukup jaki dgn org-org yg mcm ni. Disebabkan nak kecapi kesenangan dgn mudah, sanggup menipu org yg tgh terdesak. Tak amanlah hidup kalau diteruskan mcm tu. Aku haraplah org mcm ni terus bertaubat. Takkan kemana pun kesenangan dunia tu,sbb mati pun bukannya boleh bawak segala harta dunia. 

* Harap mereput la org-org mcm ni*

Apa perasaan bila dah jadi seorang ibu?

Apa perasaan bila dah jadi seorang ibu?

Huhuhu..

Itu antara soalan yg paling susah aku nak jawab. Tahap die sama mcm soalan " apa perasaan dah kawin",  "hari ni nak makan mana?" dan " hari ni nak makan ape?"

Soalan ni adalah soalan tricky.  Satu soalan, yg ada beribu jawapan dan kemungkinan. Cewahh. Hahaha.

Bila dah bergelar seorang ibu, kau akan ada perasaan bercampur baur. Gembira, takut, sedih, macam-macam perasaan. 

Gembira
Kau akan rasa gembira, sebab akhirnya ada seorang 'mini-me' (sama ada version kau, version suami kau, atau campuran kedua-duanya). Kau rasa gembira kerana zuriat kau telah lahir. Iye la, dah dikendong 9bulan, nak la jugak tgk mcmana rupa anak tu. Kau akan rasa gembira tanpa sebab pun, iye gak. Selain tu, kau akan rasa gembira yg tak boleh diungkap dgn kata-kata, gembira yg tak bersebab. Susah nk terangkan. Huhu.

Sedih
Sedih sebab masa sendirian telah berakhir. Tiada lagi istilah 'me-time'. Segala rutin harian akan melibatkan anak kau. Nak mandi, kena mandikan anak dulu. Nak makan, kena bg anak makan dulu. Nak tido, kena pastikan anak tido dulu. Hahaha. Kau juga akan rasa sedih sebab dah berakhir fasa mengandung, dimana lepas tu akan kerap dirindui. Rindu nk mengidam, rindu nak denga degupan jantung anak, rindu nak rasa tendangan baby. Hahaha. Tapi, sedihnya bukan lah sampai tahap nak mengalirkan air mata. Ia lebih kepada sedih yg gitu2 sebab rindu masa lalu.

Takut
Perasaan ni memang biasa. Bila bergelar isteri dan ibu, perasaan takut tu adalah disebabkan oleh rasa tak yakin yg kita ni mampu nak jalankan tanggungjawab dgn sempurna. Kita takut kita tak mampu jadi seorang ibu yg sempurna. Kita takut, tak dapat nak bahagikan masa dgn baik antara suami dan anak.

Tapi pada aku, aku lebih kpd tak percaya. Aku mcm tak percaya ada anak. Rasa mcm baru je aku mengandung, walaupun dugaan masa mengandung tu memang sgtttt tinggi. Aku tak percaya aku dah ada si kecik yg teman aku tido tiap-tiap hari, iyelah sbb abg Fairuz jauh disinun kt KL. Huuuuu. Sedihnya. 

Sebenarnya, ada mcm2 lagi perasaan. Perasaan bercampur baur. Ada yg boleh diterangkan, ada yg tak. Tapi yg pasti, rasa itu adalah normal. Cuma peratusan mana yg lebih tinggi je yg membezakan. Jika org tu suka berfoya-foya, mungkin perasaan sedih tu yg lg tinggi. Kalau org tu jenis tak yakn diri, takut tu yg akan lebih. Kalau dah lama menanti cahaya mata, gembira tu yg akan menguasai. Terpulang pd situasi yg sedang dihadapi oleh ibu.

Oleh itu, anak itu anugerah. Bila kita dah melahirkan anak, dimana ada insan lain yg kita lahirkan dari rahim kita, pasti ada pelbagai rasa. Heiii.. ade org yg keluar dr badan kita tu, dah lebih kurang mcm kita lahirkan diri kita sendiri, tp versi lain.

Itulah, perasaan yg tak terungkap dgn kata-kata.

Wednesday, August 3, 2016

Bersaing

Bila fikir, asyik perlu bersaing je, makin lama aku jadi makin lemah.

Jadi makin lemah nak fikir.

Hmm..

Rasa tak selamat.

Takpe la.

Aku ni hanya sekadar pengisi ruang kosong je.

Noktah.

Raja Sulaiman Iskandar


29 Jun 2016, tepat 6.02 petang. Setelah 12 jam bertarung didalam labour room, maka lahirlah putera pengarang buah hati aku,

Raja Sulaiman Iskandar b. Raja Muhamad Fairuz.

Semoga anak menjadi anak yg soleh, berbakti pd agama, keluarga dan negara. Semoga anak sentiasa berada dibawah lindungan redha Ilahi. Semoga anak menjadi bijak seperti Sulaiman, dan berani seperti Iskandar Zulkarnain..

Inilah doa seorang ibu.

Wednesday, July 27, 2016

Nak menulis semula

Nak menulis semula atau tak? Hmmm.

Sekitar tahun 2005-2007, aku ada tulis 'novel'. Tak tahu la nak panggil novel, atau cakaran ayam di minda aku. Hahahaha. Bermula dari habis SPM, belajar kat Matriks, sampailah aku nak masuk universiti. 

Aku luangkan banyak masa menulis. Belajar dgn menulis, aku masih mampu nk bahagikan masa. Bila kepala dah tepu belajar, aku mula menulis. Selama tempoh tu, dapat la jugak aku tulis 1.5 novel. Apsal ade setengah? Sebab satu tu sampai sekarang masih tak dapat ending lg. Klimaks pun belum sampai, sebab aku dah mula sibuk kat universiti, sibuk dengan bola jaring, gamelan dan juga aktiviti kelab. Makin lama makin sibuk, makanya makin tersadai. 

Bila baca semula novel aku tu, macam kelakar la pulak. Malu pun ada gak. Jalan cerita? Aku dah mula rasa makin byk novel yg ada jalan cerita yg lebih kurang sama dengan novel aku. Padahal masa aku tulis tu, tak ada jalan cerita yg mcm tu. Hmmm. Nampak sangat idea aku tu dah jadi terlalu 'common'. Common pada waktu skrg la. Waktu aku menulis tu, masih lg dlm kategori 'rare'. Hahaha. Tapi tak la secara menyeluruh. Cuma dalam 30 peratus je yang sama. 

Aku terfikir utk menulis semula. Seingat aku, aku dah ada akaun dlm penulisan2u.com. Tapi, aku pun dah lupa akaun aku tu, aku letak nama apa. Hahaha. My Bad~ Aku ni pelupa orangnya. Tapi disebabkan aku dah makin sibuk sejak lepas bersalin ni (sibuk kelek anak. Hahaha. Masa aku tulis entry ni pun, aku kena berhenti separuh jalan, sebab anak aku menangis mintak susu~), aku pun tak tahu bila masa aku nk mula menulis semula. Mungkin bila aku dah bergelar fulltime housewife (hopefully, aminnn. insyaallah).
Nantikannya~

* Poyo je lebih*

Monday, July 25, 2016

Dilema lepas bersalin- Sembelit

Antara dilema paling menakutkan seorang wanita yg lepas bersalin adalah....

SEMBELIT!!!!


Huhuhu. Sembelit adalah perkara yg paling tak best bila lepas bersalin, tp itulah perkara yg biasa dihadapi oleh ibu-ibu. Lagi pulak kalau masa bersalin tu, kena jahit. Lagi nak menangis, sbab takut jahitan terbuka. kalau terbuka? Fikir la sendiri. Seriau teran bersalin pun tak habis lagi, ini kan pulak lepas tu nk kena jahit semula? Menangis 20 kali lagi. Huhu. Org selalu tanya kenapa wanita lepas bersalin kena sembelit? Sebabnya? Boleh rujuk di SINI.

Ada macam-maca cara nk hilangkan sembelit tu. Tapi, bidan yg urut aku ada bg satu petua, iaitu makan buah naga merah. Buah naga ye, bukan naga. Nanti gigih pulak nak kena pergi Tasik Chini sebab nak pergi cari naga. Huhu ( Lawak hambar la Pika oiiii~)

Mcm biasa, ini gambar Google.
Sebelum ni aku tak tahu pun. Yg aku tahu, hanya buah betik. Tapi disebabkan betik tu angin (pd aku la, sebab lepas makan betik, aku kena pedih ulu hati), aku tak tahu aku nak makan apa. Hari ke 7 lepas bersalin, aku kena sembelit teruk, sebab kena makan ubat iron tablet. Kalau dah makan iron tablet tu, tau-tau je la akibatnya. Padahal sebelum tu luka aku dah tak sakit dah. Huhu.

Disebabkan baru teringat saranan bidan aku tu, aku pun suruh Abg Fairuz pergi cari buah naga. Caranya? Makan sebiji sehari. Separuh tengahari, separuh utk makan malam. Makan sebelum makan nasi. Ikut sunnah nabi. Hehe. Hasilnya? Aku mampu tersenyum bila ke tandas.

Kandungan serat pada buah naga sekitar 0.7 gram serat  per 100 gram. Buah naga bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, menurunkan gula darah di dalam tubuh serta mengandung banyak zat antioksidan. Hahahaha. Antioksidan? Moga-moga rupa nampak makin muda lepas pantang nanti.

Oleh itu, alternatif lain utk kurangkan sembelit adalah buah naga. Hehe. 

* Nasib baik buah naga sedap*


Sunday, June 26, 2016

Happy Birthday Me~

Makan di cafe Hipstur, Jalan Dhobi, JB
Selamat hari lahir utk diri sendiri ke 28 tahun. Woot woot..

Tiada apa yg unik tahun ni, melainkan baru je lepas keluar hospital semalam, sebab baby mcm nak keluar, tapi tak nk keluar. Baby main cak-cak dulu .Huhu. 2 hari kat hospital. So, hari ni, aku pergi jalan-jalan kat Mydin Nusajaya, teman abg Fairuz buka puasa kat tepi terminal feri nusajaya (berbekalkan bihun yg aku masak), dan jalan-jalan kat Bazar Karat JB (dgn harapan aku senang bersalin nanti. Hohoho). Dan akhir sekali, makan kat Cafe Hipstur.

bukak pose~

makcik2 ni buat aktiviti kt area bazar karat


Alhamdulillah, makin bertambah umur, makin bertambah tanggungjawab, makin dekat dgn kematian. Huhuhuhu. Terima kasih abg Fairuz sbb belanja makan kt Cafe Hipstur, dan belanja romper Johor Darul Ta'zim utk baby dlm perut. Hehehe..

* Tapi...kek takde, abg Fairuz terlupa dan lambat wish.. sedihhh.. Nangis kat bucu katillll*

Tuesday, June 14, 2016

Kentut Wangi


Terbaca pasal posting ni kat FB. Apa yg boleh aku simpulkan? Aku gelak kuat-kuat. Hahaha. 

Kentut tu normal. Kalau org yg tak kentut tu yg tak normal. Kentut ni dpt buang angin dlm badan, selain sendawa. Kentut ni disebabkan oleh tindakbalas bakteria dalam usus. Jadi, apa yg kita makan tu amat mempengaruhi jumlah angin dalam badan kita, jumah yg dikeluarkan, dan juga tahap kebusukan kentut kita. Selain tu, jumlah bakteria yg ade dalam usus pun memainkan peranan. Apsal la aku  byk tulis pasal info kentut ni. Hahaha. Ni la sekilas info namanya.

Bila pregnant, memang normal kalau kentut akan jd lebih busuk, semuanya disebabkan oleh perubahan hormon dlm badan. Tu memang benda yg normal la senang kata. 

Bila sentuh bab kentut bersepah ni, memang aku ada byk pengalaman. Hahaha. Tapi bab kata bininya ni yg ckp mcm suaminya tak terima dia seadanya, mcm kelakar la pulak. Kalau kentut tu memang da boleh sampai tahap 'beracun' (bau mcm telur tembelang), siapa pun akan tutup hidung. Kadang-kadang, bila buang air besar, bau najis sendiri pun kita akan tutup hidung kalau busuk sgt.

Pada pendapat aku la, bukan si suami tak terima si isteri seadanya, tapi sebab terlalu dahsyat baunya. Kalau cinta sampai mati pun, benda ni boleh difikir secara logik. Bau wangi yg terlalu wangi pun boleh jadi busuk sampai kita pening kepala, inikan pulak bau kentut yg memang dah tentu busuk.

Org kata, hormon perempuan mengandung mmg mcm tu. Tapi kadang-kadang, ada benda memang kita tak boleh nak ikut sangat. Bila terlalu ikut perasaan, entah apa-apa benda pelik yg kita nk buat. Huuu. Kena la lawan sikit. Emosi dan jugak rasional kena saling bekerjasama dalam hal ni. Bila emosi mendahului, memang huru hara la semuanya. Kena sabar, kena banyak fikir baik dan buruk. 

Monday, June 6, 2016

Selamat Hari Lahir Abg Fairuz~

Hari sabtu lepas adalah hari lahir abg Fairuz yg ke 32 tahun. Angah memang nak buat makan-makan, jemput saudara mara terdekat sblm raya pd minggu sblmnya. Tapi disebabkan hari sabtu tu mmg jatuh hari lahir abg Fairuz, makanya kitorg ambil keputusan utk buat makan-makan hari sabtu tu.

Aku tak gtau abg Fairuz pun yg ade kek utk dia hari tu. hehe. Aku mintak tlg angah belikan kek Coklat Indulgence Secret Recipe, kek kegemaran abg Fairuz. Hari tu agak kelam kabut, sebab kami dpt jemputan kawin sepupu kitorg kawin, jd rombongan pihak lelaki. Kelam kabut hari tu. Huhu.

Puas gak aku duduk kat dapur hari tu. Masak laksa dari awal sampai habis, marinate ayam dgn ikan utk bbq, potong buah, kemas dapur, buat persiapan. Dgn perut yg dah muncung ke depan, mengah dibuatnya. Hahaha. Jalan mcm penguin tu memang patut diabaikan la. Sambil tu, mintak tlg abg Fairuz potongkan kek marble yg aku beli. Masa die potong tu, sempat plak die mintak aku nyanyi lagu selamat hari jadi. Hahahaha. Macam kesian la pulak.

Lepas siap semua. Kami pun mula la membakar ayam dgn ikan. Aku, abg fairuz dgn abg ngah bertungkus lumus duduk dalam asap. Hahaha. Nak hidupkan api bara je dah bercinta, sebab tak ade getah tayar utk jadi pemangkin pembakaran tu. Akhirnya, abg ngah pergi beli fire starter cap ayam kat kedai. Baru la bernyawa api tu. Sedang syok membakar, abg ngah panggil aku dgn abg fairuz masuk. Hahaha. Nak potong kek rupanya. Senyum simpul abg Fairuz sampai telinga. Makan kek sampai 2 slice.

Ni aksi candid sebenarnya. Hahaha. Tgn kena gigit.
Sesi potong kek



Sambung bakar ayam lepas potong kek. Hahaha.
Aku nak ucapkan selamat hari lahir yg ke 32 kpd suami yg tercinta, abg Fairuz. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati hingga ke akhir hayat. Semoga hubungan kita kekal hingga ke jannah. Aaminn..


Wednesday, June 1, 2016

"Common Sense' di Hospital/ Klinik Kesihatan


Common sense, atau dalam bahasa mudah yg nak difahami, sesuatu yg tak perlu orang cakap pun, kita boleh fikir dan faham sendiri. Common sense ni sebenarnya bergantung pd setiggi mana tahap pemikiran seseorang tu. Kalau die jenis memang tak fikirkan orang lain, makanya common sense die memang sampai ke laut la. Bahasa senangnya, pentingkan diri sendiri. Orang mcm ni, perlu la pergi mereput je dlm hutan, jangan duduk dgn masyarakat. Buat semak mata dan buat sakit hati.

Sebelum ni aku selalu membebel pasal common sense rakyat malaysia atas jalan raya. Tapi sejak-sejak aku sibuk berulang alik ke klinik dan hospital ni, aku dah mula perhatikan gelagat manusia kat 2 tempat ini.

Yg kita tahu, hospital dan klinik adalah tempat berkumpulnya mereka-mereka yg sakit. Tak ada org yang nk bercuti panjang kat hospital. Orang gila pun kalau boleh nak balik rumah, tak nak duduk kat hospital. Biasanya kat ruang menunggu bahagian kecemasan atau ruang menunggu bahagian rawatan, bukan hanya ada orang yg sakit, org yg tak sakit pun ada. Kadang-kadang, yg sakit tu sorang je, tp pengiring dia, semua kaum kerabat dalam salahsilah keluarga die pun dok sibuk menghantar jugak. (Aku pernah jumpa yang ni, kat ruang kecemasan jam 2 pagi..). Aku tak kisah lah berapa ramai pun ahli keluarga atau pengiring yg nak datang, tapi haruslah hormat org yg sakit. Kalau tempat duduk yg memang dikhaskan utk pesakit tu dah dipenuhi oleh pengiring yg satu bas tu, pesakit nak duduk mana? atas lantai? Sampai satu tahap, aku terpaksa tegur seorang umat manusia yg sihat walafiat ni, utk bg duduk pd seorang akak yg ada bleeding, dan dia mengandung. Hushhhh..

Lagi satu, bila kat klinik kesihatan, lebih-lebih lagi Klinik Ibu dan anak, yg dtg tu mestilah ramai wanita yg mengandung. Sgt tak boleh masuk akal bila ada kaum ayah ni, yg dgn muka tak malunya duduk tanpa kisah kat ibu-ibu ni. Dah la nak jalan pun da mcm penguin, kaki sakit, yg bapak ni boleh plak buat muka bodoh mcm tak ada perasaan, sambil main hp? Huuuuuu.. Tak payah la susah, cuba bayangkan kalau yg kena tu bini kau? Apa kau rasa? Nak hempuk tak kat org yg buat mcm tu? Aku selalu berdepan situasi ni. Yg duduk tu, mungkin pertama kali dtg klinik, sbb teman bini buat buku pink. Tapi, beragak la. Akal letak mana? Kan boleh fikir bila tgk ibu-ibu yg tgh sarat bawak perut, yg tak nampak perut pun, mmg for sure ade baby dalam perut, atau yg tgh kendong anak. Lenguh dan letih tau. Kau boleh pulak duduk berbual ala2 manja dgn bini kau kat kerusi tu? Ingat ni taman bunga ke ape? Marah ni. Huhuhu.

Common sense ni adalah sesuatu yg kita boleh fikir sendiri dari segi kemanusiaan. Jgn la nak pentingkan diri sendiri. Kalau hidup pentingkan diri sendiri, makin hilanglah nilai kemanusiaan kat dunia ni. Semua org nak kejar kesenangan diri. Bukan susah pun. Cuba letak simpati dan empati kita pada org yg sedang melalui perkara tu. Kalau benda tu terjaadi pada diri kita atau ahli keluarga kita? Apa yg kita rasa? Itu la yg mereka rasa.

* Bukan sukar nk jadi org yg bertimbang rasa*



Monday, May 16, 2016

Paling rugi

Untuk pasangan yg dah berumahtangga yg PJJ, masa bersama adalah sangatttt berharga. Sebab apa? Sebab masa bersama tu terlalu terhad. Kiranya masa utk bermanja, bergurau, bermesra, berjalan-jalan, makan sama-sama semuanya terhad. Jadi, masa itu emas.

Tapi ada satu perkara yg boleh menyebabkan kerugian, iaitu berselisih faham.Bila selisih faham, atau bahasa mudahnya bergaduh, mestilah masing-masing atau satu pihak bermasam muka, tak nak cakap. Kan? Lebih-lebih lagi perempuan. Merajuk selagi tak pujuk, muncung panjang mengalahkan muncung itik.

Cantik kan muncung I?
Masa ni lah kerugian masa tu dah bermula. Bergantung pada tempoh berapa lama merajuk tu. Kalau sejam, makanya terbuang lah masa sejam utk bermanja tu. Kalau sehari, makanya terbuanglah masa sehari utk bermanja tu. Lagi lama merajuk, lagi suntuk masa terluang bersama. Lagi dahsyat? Sampai suami dah balik pun masih taching sana sini. Huuuuu.

Oleh itu, kurangkanlah rasa tak puas hati tu. Kalau ada masalah, selesaikan dgn segera. Kalau ada persoalan, tanya depan-depan. Bagi pihak yg ditanya tu, kalau dah ditanya, sila la jawab, bg penerangan. Jgn la berdiam diri. Bawak berbincang. Gaduh panjang-panjang takkan ke mana, hanya buat rugi je. Huhu. Bak kata org tua, sedangkan lidah lagi tergigit. Buang yg keruh, amik yg jernih. Yg penting, tolak ansur.


Wednesday, May 11, 2016

Berdikari


Perempuan yg berdikari ni dahsyat. Iron lady org panggil. Biasanya iron lady ni mesti dah lalui sesuatu keadaan yg menyebabkan perwatakannya yg lembut berubah jd 'keras'. 

Antara penyebabnya:
  1. Dah dididik dari kecil utk buat semua perkara sendiri
  2. Rasa tak nak menyusahkan orang lain
  3. Tak ada tempat bergantung
  4. Pernah diabaikan/ terabai (Ni utk isteri yg rata-rata dpt suami hampeh, atau anak yg dah terabai sejak kecik)
Perempuan memang nampak lemah pada mulanya. Tapi bila sampai satu ketika, kelemahan dia yang akan jadi kekuatan dia. Semua benda dia boleh buat. Lagi pulak yg dah bergelar ibu. Jaga anak, bekerja, buat part time, uruskan rumah, semua dia buat sendiri tanpa bantuan org lain. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak. Cuba la kita yg biasa-biasa ni cuba buat apa yg iron lady ni buat, tak lama, dlm sehari je, pasti kita akan hargai pengorbanan mereka. Susah tau.


Memang ada masa, sebagai wanita yg normal, rasa utk ada tempat bergantung, tempat mengadu, tempat bermanja tu mesti ada. Bukan lembik, tapi fitrah wanita tu, mahu disayangi. Tapi dek kerana keadaan, iron lady ni lupakan segala kehendak hati. Ingat senang ke?

Beruntunglah suami yg dapat isteri yg tergolong dlm golongan iron lady ni. Hargailah mereka. Luar nampak keras, dlm hati menangis sendu pilu. 

* Dikelilingi iron lady yg sgt tabah*

~ Semua image dikorek dr Google~

Friday, May 6, 2016

Kahwin muda?

Heboh kisah pasangan kawin  muda. Apa yg untungnya. Apa kelebihannya. Salah satu kelebihan, katanya umur 40, anak dah masuk u. Jadi, boleh la pergi berjimba dgn suami. Hmmm.

Tapi ada satu yg penulis ni terlupa, iaitu jodoh. Bersyukur lah jodoh dia sampai awal. Ada jodoh yg dah sampai umur 15 tahun, ada jodoh yg sampai umur 70 tahun. Jadi, takkan nk cakap makcik atau pakcik yg jodohnya sampai umur 70 tahun tu berada dalam kerugian? Pada aku, tak sama sekali.

Pemikiran setiap org berbeza. Mungkin dari segi anak, org akan cakap, kawin muda maka dapat anak awal. Tapi, anak itu pun rezeki. Ada org kawin muda, tapi dapat anak 10 tahun kemudian. Ada org kawin berumur, dapat anak setahun seorang, kembar berpasang-pasang.

Bila cakap kawin muda utk elak maksiat, tp pada aku semuanya bergantung pd niat masing, dan juga bergantung pada sejauh mana kita mampu menahan diri dari perkara-perkara maksiat. Senang kata, segalanya bergantung pd diri kita sendiri. Aku antara org yg kawin pd umur hampir lewat 20-an (27 tahun secara tepatnya). Terus terang, sepanjang aku belajar, dr zaman sekolah hingga ke zaman uni, aku tak pernah ada 'pakwe' atau pun buah hati, ataupun apa-apa yg berkaitan. Niat aku hanya satu, pergi sekolah utk belajar, pergi matriks utk belajar, dan pergi uni utk belajar. Walau ada yg nak berkenalan, masa tu prinsip aku adalah waktu belajar adalah belajar, makanya aku mengabaikan salam perkenalan tu.

Niat utk berkahwin. Apa niat kita? Niat sebab nak elak maksiat? Niat sebab nak berkeluarga? Niat sebab nak sehidup semati? Adakah kita benar-benar dah bersedia? Semua terpulang pd hati. Jgn berkahwin hanya kerana ikut kawan, jangan berkahwin hanya kerana kata org. Yang kita nampak hanya luaran, tapi azalinya tak siapa yg tahu kecuali mereka dan Allah Taala sahaja. Bila benar-benar rasa bersedia utk pikul tanggungjawab suami isteri, bila benar-benar besedia utk menambah ahli keluarga, barulah keputusan yg sewajarnya diambil. Jangan ada yg merungut, sedang belajar di uni, tapi telah mengandung, bagaimana nak hadapi situasi ini? Jika dah berkahwin tu, sewajarnya boleh berfikir sendiri secara logik. Jika tak mampu nak ada zuriat, usaha bersama suami isteri utk merancang kehamilan. Jangan dah mengandung baru nak ditanya bagaimana nak hadapi. Sudah terlambat semua itu.

Oleh itu, rancanglah kehidupan masing-masing. Usaha, doa, tawakkal. Niat yg paling penting. Rezeki masing-masing semestinya berbeza.


Thursday, May 5, 2016

Bau badan suami

Sumber: Facebook
Kenyataan ni aku suka. Hahaha. 

Memang ada benarnya. Setiap orang akan ada bau tersendiri. Secara lumrahnya, bau badan ni, atau dipanggil pheromon, akan lebih menarik jantina berlainan. Kalau dibaca kajian sains pun, pheromon ni la yg membolehkan haiwan jantan mengenalpasti haiwan betina walau berbatu jauhnya. Setiap org ada bau tersendiri. Kalau kat rumah, cuba tgk. Bau badan adik lelaki takkan sama dgn bau badan ayah, dan bau badan abang kandung takkan sama dgn bau badan suami sendiri. Jadi, bau badan ni boleh dikategorikan sebagai identiti.

Kita lebih peka dgn bau badan org yg selalu kita jumpa, sebab hidung kita dah terbiasa. sebab itu, suami atau isteri memang akan kenal bau badan pasangan masing-masing. Mana taknya, dah tido sebantal, makan sepinggan, mandi segayung, takkan la bau badan pun tak boleh nk kenal? Kan? Hahaha. Dari bau badan ni la secara luar sedarnnya menjadi identiti mereka.

Contoh macam aku ni, secara jujurnya memang aku peka dgn bau badan suami aku. Memang aku cam. Lebih-lebih lagi aku ni ber 'pjj' dgn suami aku hampir setahun, jadinya baju yg dia pakai tu la jadi peneman setiap malam aku. Dah disogokkan bau yg sama setiap hari, maunya tak cam. Ada yg cakap bau badan tu dr ketiak, tp kalau ikut logiknya, bau kat bahagian ketiak tu adalah bau deodorant. Jadi, selalunya bau asli ni adalah berasal dr kawasan lain, seperti leher atau belakang badan. 

Tapi, biasanya org yg tak ada kaitan dgn kita, kita tak perasan pun bau badan die. Cth, sekumpulan vietnam atau bangla yg berjalan-jalan. Kita pukul rata je, bau tu sama. Sebab apa? Sebab kita tak kenal mereka, dan sebab pheromon yg dikeluarkan oleh lelaki-lelaki itu tak mampu nk tarik perhatian kita. Huhu. 

**Bau badan suami adalah penenang. Hahahaha.**

Tuesday, April 19, 2016

Duit Terselit

Golongan wanita memang popular dgn duit terselit. Apa tu duit terselit? Duit emergency. Maksudnya, duit yg akan digunakan kalau ada apa-apa kecemasan atau keperluan yg tak nampak. Duit terselit ni boleh dijumpai terselit disalah satu kocek purse yg berbelas tu. Hahahaha. (Purse besar dan kocek byk tu ade sebab tau)

Biasa tak denga org ckp, perempuan kalau dia cakap dia tak ada duit (tak letak berapa nilai), bermakna sekurangnya dia ada RM50 lg sbg backup. Tapi kalau dia letak nilai (Cth: duit tinggal RM10), memang tu je la tinggalnya. Hahaha. Duit emergency ni biasanya guna kalau ada perkara yg memerlukan duit secara tiba-tiba, yg memang kita takkan agak nk kena pakai duit. Huhu.

Lagi satu, ada org marah bila kita selalu cakap 'tak ada duit'. Bukan mendoakan, tp sebenarnya istilah 'tak ada duit' tu adalah kerana duit yg ada tu memang dah ada keperluannya. Kalau ada duit extra, memang akan ckp, ada duit. Tapi, terms tu sepatutnya diubah kepada ' Ada duit, tapi nk guna'. Tapi, terms tu mcm bagi harapan palsu la pulak, kan? Huhu.

Duit extra= Duit gaji -  duit belanja - duit keperluan - duit emergency
Perempuan ni kadang-kadang rumit. Memang perempuan suka berbelanja, tp dari segi pengurusan kewangan,kadang-kadang perempuan lg hebat dr lelaki ( tak semua perempuan hebat, tp kebanyakannya). Maknanya, duit simpan tu insyaallah ada la. Hehe. 

Jadi, terpulanglah pd kita sendiri mcmana nk uruskan kewangan tu. Nak ada duit terselit ke, duit tersepit ke, duit tersorok ke, duit tabung itik ke, asal ada duit emergency. Yg penting, segala rezeki tu perlu la diusaha dan di pohon pd yg Esa. Hehe.




Monday, April 18, 2016

Emosi ke laut

Hahahaha..

Utk 2 3 post aku yg lepas, nampak tak betapa emo nye aku? Kan kan kan?

Biasa la utk seorang perempuan, pasti ada kalanya mereka sgt beremosi. Ecehhhhhh...

Skrg pun masih ade angin satu badan, tapi akan aku cuba kawal sebaik mungkin. Huhu. Sungguh tak best bila hidup diselubungi emosi yg hampeh. Emo tau jadinya. Hahaha. Takkan la selamanya nk bertapai je muka? Kan? 

Hahaha. Akan aku cuba bergembira selepas ini...

** Aku dan abg Fairuz baik-baik saja. Emosi aku lebih terganggu akibat dr kandungan di Facebook. Hahahaha.. Sengal~*

Thursday, April 14, 2016

Orang ke 3 dan poligami


Aku telah menggatalkan diri utk join group Kisah Rumah Tangga kat facebook.Group ni menghimpunkan segala masalah rumah tangga, dr yg postif sampai la maksimum punya negatif. Tapi, yg negatif lg berlambak dr yg positif. Huhu.

Rata-rata, aku berani ckp masalah dalam rumah tangga yg dikongsi dlm group ni adalah disebabkan kecurangan. Sungguh menakutkan. Benda ni semua melibatkan hati dan perasaan, yg dimana Allah boleh bolak balikkan hati tu dlm sekelip mata je. Nauzubillah min zalik. Mintak dijauhkan. 

Ada kes, suami curang, ade kes, isteri curang. Ada kes, isteri org curang dgn suami org. Ade kes, isteri org curang dgn bujang. Ade kes, suami org curang dgn janda. Huhu. Sgt menakutkan. Bila baca benda ni, memang emosi aku akan bercelaru utk beberapa hari. Teruk kan? Sebab dok terfikir. Huhu. 

Ada kisah yg aku baca, si isteri memang cukup baik. Layan suami dgn anak-anak elok-elok. Tp dek kerana si suami dah tergoda dgn perempuan lain, si suami pun main kayu 3. Dia tak nk tinggalkan isteri die, sbb dia ckp isteri dia cukup baik. Tp dlm masa yg sama, dia melayan perempuan lain sampai terlanjur. Nauzubillah. Pada pendapat aku la, apa  nilai isteri di hati lelaki ni, sampai sanggup curang sampai mcm tu sekali? Isteri dia tu tak ada hati perasaan ke? Hmmm..

Ada kisah pulak, isteri sibuk main kayu 3 dgn lelaki lain kat opis, pun sampai terlanjur. Aku yg baca benda mcm ni, terus jadi sedih. Apakah ikatan pernikahan yg ada tu tak cukup suci utk dipertahankan? Apakah ikatan nikah tu tak mampu nk simpul nafsu masing-masing pd yg halal? Apa guna pernikahan kalau sekadar nk menyakitkan pihak lagi satu, dlm masa yg sama lagi satu pihak sibuk bergelumang dgn syurga dunia?

Poligami pun antara benda yg plg byk dikupas dlm group ni. Kawin lari salah satunya. Siapa yg terseksa? Isteri. Sebab apa? Suami tak mampu. Duit belanja harian pun tak cukup, sampai isteri terpaksa berkorban utk cari duit sendiri demi anak-anak. Yg si laki? Sedap-sedap dgn org lain. Tu belum kira suami yg dah tak tahu jalan balik rumah. Adil ke tu? Emosi dan fizikal isteri terseksa. Emosi tu dah termasuk dalam nafkah batin si isteri. Kalau nafkah batin yg tu pun tak mampu nk adil, layak ke seorang lelaki utk berpoligami? Bila sebut kisah poligami, kebanyakan kaum lelaki tak habis-habis nk menegakkan hakikat lelaki boleh berkahwin 4 kerana mengikut sunnah. Tapi, adakah lelaki ni semua kaji apa yg dah ditulis dlm Al-Quran tu?

Allah  berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.  Tetapi  jika kamu takut tidak dapat  berlaku adil, maka seorang  sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.  Yang demikian itulah  yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”



Adil tu adakah perkara yg paling penting dlm poligami. Mampukah mereka adil? Mengapakah hanya sunnah nabi yg ini yg mereka nampak, bukannya sunnah yg lain? Bukankah menghindari dari menyakiti dan menyeksa batin isteri turut termasuk dalam sunnah nabi? Mengapa sunnah nabi yg lain seperti puasa sunnat tak pula diamalkan? 

Aku bukannya nk bantah poligami, jauh lagi nk menidakkan hukum Allah. Tapi, hati aku tak cukup kuat utk berkongsi. Hati aku tak cukup kuat utk jadi seperti isteri-isteri yg sabar dgn ketidakadilan suami sendiri. Hati aku tak cukup kuat utk jadi seperti wanita lain yg mampu hadapi dugaan ni. Hati aku memang tak kuat. Tapi, benda berkaitan dgn hati ni, hanya Allah Taala yg mampu mengawalnya. Kita hanya mampu berusaha utk setia, tp jika segala usaha telah dilakukan tapi masih lagi takdir seperti itu, kita tak boleh nk elak. Apa usahanya? Usaha utk memahami, usaha utk bertolak ansur, usaha utk menyenangi hati masing-masing, usaha utk tidak melayan org lain atau org ketiga, usaha utk mempertahankan kepercayaan pasangan masing. Seterusnya, doa dan tawakkal agar Allah tetapkan jodoh dan hati hingga ke akhir hayat. 

* Oleh kerana terlalu terkesan dgn group ni hingga berhari-hari, makanya atas nasihat (a.k.a arahan) abg Fairuz, aku pun left group ni. Mana taknya, aura negatif tu mampu menyebabkan abg Fairuz terpaksa melayan emosi negatif aku ni walaupun dia berada beratus km dr aku. Huhuhu*

Layan melayan

Rasa marah pun ada, rasa sakit hati pun ada. Huhu..

Tak boleh berlaku jujur? Kalau dah kawin, terus terang ckp dah kahwin, jgn sibuk mengaku bujang. Jangan sibuk nk melayan mesej org lain. Keluarga kat rumah tu tak boleh nk dilayan ke?Yg lagi sorang, dah tahu yg lg sorang tu dah berkeluarga, perlu ke nk mengacau? Perlu ke sibuk nk bertanya itu ini yg berkaitan benda peribadi? Baik lelaki mahupun perempuan, sila la jgn melebihi batas. 

Tak perlu rasanya sibuk berhantar mesej utk ucap 'selamat pagi', 'selamat tghari', 'tgh buat apa tu?', ' awak kat mana?', 'awak dah makan ke belum?'. Rasanya tak sesuai utk tanya soalan tu pd org yg dah berumahtangga, sebab mereka sendiri ada keluarga yg akan bertanya soalan tu. Tak perlu susah payah utk mengambil berat utk mereka, kerana dia masih ada keluarga yg tanpa jemu mengambil berat tentang diri mereka, yg akan mendoakan kesejahteraannya setiap hari, setiap masa.

Memang org ckp, bertepuk sebelah tgn takkan berbunyi. Yg ni kalau dijumpa, bukan setakat tepuk tgn, tp patut dihantukkan kepala masing-masing agar lebih berfikiran waras sikit. Status yg ada pd diri masing-masing tu bukan hiasan. Status tu, lebih-lebih lg utk org yg dah berumahtangga, adalah terbina atas dasar percaya, setia dan jujur. Kalau dasar ni dah terhakis sikit demi sedikit, apa saja yg bakal tinggal nnt? Memang jika setakat bertanya khabar, tak salah, Tapi bertanya khabar tiap-tiap hari? Asyik bermesej hingga larut malam?

Cuba letakkan diri kita pada tempat pasangan kita. Adakah kita rasa sedih? Rasa sakit hati? Rasa dikhianati? Cuba pula jika kita yg kena seperti itu? Adakah kita akan berasa marah? Sudah semestinya. Mungkin pd padangan kita, benda tu hanyalah perkara remeh, tp bukan pd pasangan kita. Hati dia, hanya Allah sahaja yg tahu. Luar nmpak senyum tapi dalam hati yg telah remuk tu?

Bak kata Kris Dayanti, Cubalah utk setia...

* Kisah Rumah Tangga yg byk sgt tangga*

Monday, April 4, 2016

Jaga rumah dan tangga

Rumah tangga......

Penuh dgn onak liku. Bukan mudah nk berumah tangga ni. Dugaan datang kiri dan kanan. Kalau tak disebabkan dari isteri, masalah datang dari suami. Kalau tak pun, datang dr keluarga. Kalau tak pun, dtg dari jiran. Kalau tak pun, dtg dr sedara mara. Kalau tak pun, dtg dari kawan-kawan. Kalau tak pun, dtg dari org ketiga.

Haish.. byk sgt dugaan. Sebab tu la org yg nk berumah tangga ni, dia akan fikir 1 juta kali sebelum buat keputusan. Jangan nk fikir masa senang je, sbb masa susah tu lg byk dr masa senang. Huhuhu. Tolak ansur tu kena selalu. Bak kata Puan Seri Saloma dlm lagu Selamat Pengantin Baru, 
Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu .
Haaaaa.. mampu nk buat setiap hari? Kalau tak mampu, mesti kena mampu. Kalau dikira dari pengalaman atuk nenek kite dulu, dr pengalaman mak ayah kite dulu, tolak ansur dan sabar tu la resepi paling penting dalam rumah tangga. 

Suami isteri nk kena sentiasa berbincang. Two way communication, utk elakkan communication breakdown. Tak pepasal sorang ckp A, sorang lg ckp B. Kan dah parah tu. Setiap masalah ada penyelesaian. 

Bawa la berbincang...

* Masih mentah dlm berumahtangga*

Tuesday, March 29, 2016

Bahasa komputer

Bahasa komputer. 

Sejak dah terbiasa bahasa komputer adalah bahasa Inggeris, makanya akan menjadi masalah bila bahasa komputer bertukar kepada bahasa malaysia. Tak percaya? Cuba try test ( Bak kata cikgu BM aku dulu. Hahaha)

Maaf, aku tak nk cuba lagi, sbb aku baru lepas terkena. Hahaha. Habis huru hara hidup aku, sebab bila dah dialih bahasa, memang lain benaaaa bunyinya. Setting jd tetapan, share jd kongi pautan.. Bahasa tu jd terlalu skema. lagi pulak bila bahasa yg dah dialih ala-ala level kamus dewan bahasa dan pustaka, maunye kau menangis kesorangan kat situ nk cari semula setting tukar kpd bahasa inggeris. Huhuhu.

Lagi satu, bila kadang-kadang mak mintak tlg tgkkan HP die, makanya aku akan terkesima sebentar kat situ, sebabnya mak aku guna bahasa melayu sebagai bahasa tetapan. Maka, aku pun  berhuhuhu sambil pergi cari setting utk tukar bahasa. Mak aku pasti akan bg amaran awal-awal, suruh aku tukar balik setting ke bahasa melayu. Hahah. Sorry mak, bila keluar warning dlm bahasa melayu, mcm susah pulak nk proses dlm kepala. 

Bukan nk cakap, aku merendahkan bahasa melayu, jauh sekali. Tapi bila sesuatu benda tu dah diluar kebiasaan, utk sesuaikan diri akan ambil masa. Macam la jugak masa uni dulu, bila kelas sentiasa dlm bahasa inggeris, nota dlm bahasa inggeris, bila kena rujuk buku yg berbahasa melayu, makanya aku akan terkaku kat situ, sebabnya ada istilah-istilah yg hanya aku fahami dlm bahasa inggeris. Bayangkanlah betapa susahnya nk fahamkan satu ayat, dan utk tahu istilah tu kalau dah ditranslate akan jd ape. Huhu.

Pd aku, English atau melayu, dua2 penting bg aku. Cuma utk sesuatu perkara tu, ada yg lebih penting. Tak salah belajar bahasa inggeris, tp dlm masa yg sama tak pernah lupa asal usul yg kita ni lidah belacan, ckp melayu. Hehehe.