Saturday, March 14, 2015

Reaksi kanak-kanak dulu dan sekarang- babak intim

Bila buka tv, terutamanya cerita barat, pasti ada babak intim.

Ape tu babak intim?

Alaaaa, babak censored tu....

Huhuhuu. Dulu, kalau ada babak macam tu, mak bapak aku suruh anak tutup mata, pandang tempat lain. Sampai dah besar gajah pun,bila ada adegan macam tu kat tv atau kat wayang, automatik kepala mesti berpaling pandang tempat lain. Tetibe cari barang hilang la, makan la, belek baju la. Hahaha. Sebab rasa malu nak tengok. 

Tapi aku pelik tengok segelintir budak, yang lagi kecik dari aku.

Bila ada babak mcm tu, buntang mata diorang tgk tv. macam nak terjojol mata masing-masing. Huhu. Tak ada rasa malu langsung.

Huhu. Nampak tak jurang generasi tu? Dulu lain, sekarang lain. Dulu, hiburan tu datang dr TV semata-mata. Pulak dapat siarang pun ciput je, Semua siaran dah ditapis. Jadi, adegan-adegan pelik tu pun byk la yang dah dipotong. Sekarang ni pulak zaman internet, budak umur 7 tahun dah pandai tgk cerita merah biru hijau kuning. Manalah nak malu dah. Huhuhu. Mak ayah zaman sekarang ni besarkan anak dalam suasana mencabar. Tak tahulah aku nnt macamana nak besarkan anak aku sendiri..

Nangis.... T_____T

* utk kesekian kalinya, ini adalah entry bulan februari yang dah berhabuk sebab aku malas nak menulis. *

Bayar PTPTN guna duit KWSP

PTPTN = KWSP


Aku ada hutang PTPTN. Hahaha. Tapi, nasib baik tak banyak. Dalam satu semester, tambah dgn RM1500 duit pendahuluan tu. Huhu. Aku pernah bayar, dlm hampir RM1500. Tapi bila aku cek semula, hutang aku tu macam tak gerak-gerak. Tension aku dibuatnya. Huuu. Sebelum ni, punya liat aku nak bayar PTPTN ni. Mana taknya, habis study, aku kerja Sushi King je. Gaji pun cukup makan, inikan plak nk bayar hutang. Pulak kadang-kadang memang aku terlupa pasal hutang aku yg ni. Hahahaha. Hutang dr tahun 2008, tahun 2015 baru nak settle, mmg menggunung la bunga-bunga matahari dalam akaun hutang aku tu. T_____T.

Hari tu aku belek la akaun KWSP aku. Eh, tetibe rasa ade baiknye aku settlekan PTPTN aku sekali harung tu pakai KWSP. Tak ada la aku asyik terbelenggu dengan hutang je, kan? Lagi cepat settle, lg bagus. Apsal la aku tak terfikir benda ni dari awal Huhu. Setelah berbelas kali belek web PTPTN dgn KWSP, aku pun amik keputusan, ' Now or never'.

Mula-mula, aku kena sediakan surat akuan baki dari PTPTN.  Cara die? Cara pertama, g kat laman web PTPTN. Pastikan masuk laman web rasmi ye.

Klik kat laman web rasmi tu.

Lepas tu, akan keluar Anjung

Bukan Anjung rumah ek, ni Anjung PTPTN.
Skrol ke bawah, sampai la jumpa senarai borang yang ade.

Klik kat borang Permohonan Baki Pinjaman Individu 
Nanti akan keluar page ni..

Borang Online
** Update: Bila tekan link tu, dah tak keluar da borang baki pinjaman mcm kat atas ni. Sebaliknya, akan keluar borang baki pinjaman dlm bentuk pdf. Kita hanya perlu print, dan isi, dan hantar ke pejabat PTPTN. Selain itu, bentuk borang baki pinjaman tu, memang sama sebijik mcm borang baki pinjaman kat kaunter PTPTN. Tak print borang melalui web pun tak ape. Terus amik kat kaunter dan isi..** 

Lepas tu, isi la ape yang patut. Yang no pinjaman tu, boleh rujuk pada penyata baki pinjaman PTPTN yg dihantar kat rumah tiap-tiap tahun tu, atau boleh call hotline PTPTN, atau boleh call mana-mana cawangan PTPTN, dan diorang akan tolong carikan no pinjaman tu, berdasarkan no kad pengenalan kita.

Ni Penyata baki yang aku dapat 7 tahun lepas. Nasib baik aku simpan, boleh la tahu no pin yang juga merupakan no pinjaman. Boleh guna utk cek baki secara online juga!

Siap je isi, tekan butang seterusnya, lepastu akan keluar lah borang ni. Apa yg kita tulis tadi akan diisi dalam borang ni. Cetak, lepas tu boleh bawak pergi PTPTN terdekat atau enail pd pejabat PTPTN. 

Lepas dah cetak borang tu, bawak la borang tu pergi PTPTN terdekat.

Ini utk PTPTN negeri Johor.
Aku pergi hantar borang pd hari Sabtu, kat UTC Galleria Kotaraya. Memang senang. Aku pergi memang tak ada orang. Amik je no, terus dipanggil. Menurut akak yg jaga kaunter tu, yang keluarkan surat pengesahan baki tu adalah PTPTN kat Bandar Baru Uda tu. Surat tu boleh je dikeluarkan serta merta, tapi diorang cuti hari sabtu, maka hari ahad baru surat tu akan dikeluarkan. Akak tu cakap, nanti die akan call bila siap. Tak payah tunggu sampai 3 hari bekerja.  

Keesokkannya, hari ahad, lebih kurang pukul 6.30ptg, pejabat PTPTN UTC call aku,cakap surat pengesahan baki tu dah siap. Aku pun apa lagi, lepas je maghrib, terus pergi ke UTC. Sengih kejap bila dah dapat surat pengesahan baki tu. Dalam kepala aku, esok nk mintak time-off kat boss, nak keluar kejap utk pergi KWSP, nak settle semuanya.

Entah macamane, aku demam hari isnin tu. Dah la demam, bila g klinik, doktor cakap aku kena tekanan darah rendah, 100/60. Perghhh. Patut la kepala aku pusing-pusing macam gasing. Huhu. tapi, demi PTPTN, aku gagahkan jugak badan aku yang sakit-sakit ni pergi KWSP. Nasib baik tak tersadai kat tepi jalan. Huhuhu. Disebabkan aku tak isi lagi borang KWSP, makanya aku kena amik no, dan pergi ke kaunter pertanyaan. Kat situ, akak kaunter tu cek segala dokumen yang dibawak, dan dia akan berikan borang pengeluaran 9H KWSP.

Nasib baik aku tak terbuang perjanjian ni.Kalu tak, menangis aku kena bayar RM90 utk dapatkan salinan dr PTPTN.

 
Ini la syarat-syarat yg perlu dipatuhi kalau nk bayar PTPTN guna KWSP. Utk keterangan lanjut, layari la PTPTN.gov.my atau kwsp.gov.my
Lepas siap isi borang, aku pergi ambil no sekali lagi. Tak sempat aku cari kerusi, terus no aku kena panggil Hohoho. Sungguh efisyen KWSP sekarang ni. Hantar borang kat kaunter, cap jari kiri kanan, semua dah settle. Alhamdulillah. menurut kata abg KWSP tu, nnt aku akan dimaklumkan kalau transaksi aku berjaya. Huhuhu. Harap-haraplah berjaya, sebab aku dah taknak lg tanggung hutang PTPTN yg makin menggunung tu. 

So, sekarang ni bukannya susah nak bayar PTPTN. Sama ada nak atau tak nak je. Yang penting, hutang tu wajib dibayar.

** Update: Aku pergi hantar borang kat KWSP pd 9 Mac 2015. Ikut pd penyata KWSP aku, pengeluaran pendidikan aku dilakukan pd 11 Mac 2015. Disebabkan aku bayar masa waktu offer (20% diskaun), akhir bulan tu, baki 20% tu selamat dalam akaun bank aku. Hehe.. Secara rasminya, aku telah bebas dari belenggu PTPTN* *

Saturday, March 7, 2015

Kursus Kawin- Pulai Utama Management

* Ini sebenarnya adalah entry bulan Januari. Tapi, disebabkan ketapian aku, entry ni tertapai selama 2 bulan. Jaaaaa~ *

Sebenarnya, dari tahun lepas aku da cari tempat nk kursus kawin. Aku pun mula la menggoogle..


Gigih bukak satu-satu
Aku pun bukak la, dari satu link, ke satu link. Aku baca satu persatu tempatnye. Abg Fairuz bg syarat, kursus mesti kat MASJID. Makanya, tempat-tempat kursus kat hotel ataupun dewan telah terkeluar dari senarai. Ade 2 masjid yg aku timbang, Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti, pastu Masjid Abu Bakar, Johor.
Aku rasa, aku nak pergi kursus kat Masjid Abu Bakar. Tapi bila aku usulkan pd abg Fairuz, die cakap, " Kita pergi masjid Taman Universiti, sebab  dekat dengan UTM. Keluarga dia pun menginap kat UTM. Terpaksaa la aku korek lagi kat internet senarai kursus kahwin yang ada kat Taman Universiti. Tetibe aku terjumpa laman ini:

http://kursus-kahwin.blogspot.com/
Haaaa.. Aku skroll ke bawah, jumpa la tempat yg dikehendaki. Aku pun tunjuk pd abg Fairuz, die suruh pergi pd 17-18 Januari 2015.

Aku baru printscreen, sebab tu die tulis dah penuh..
Hari yg dinantikan dah tiba. Aku pergi kursus dgn Abg Fairuz, adik die,Nadiah dan kawan opis aku, juniza. ( Maaf la, gamba kami bertiga takde.. huuu)

 
Lepas daftar, dapat la buku ni......
Sesi pertama, agak mengantuk, sebab pagi, kan? Hahaha. Susah jugak aku nk hadam ape la penceramah tu bgtau. Punya susah nk paksa mata ni terbukak. Dalam hati aku, kalau macam ni la sepannjang kursus 2 hari, maunya aku mati keras dalam dewan masjid ni. Ade kang aku tido bawah meja. Huuu.

Tapi, jangkaan aku meleset. Masuk je slot ke dua sampai la hari terakhir aku kursus, aku keje gelak je. Gelak sampai keluar air mata pun ade. Memang penceramah semua kelakar dan pandai tarik perhatian perserta. Pulak peserta ni kebanyakkannya budak-budak UTM (kecuali kami yang dah pangkat kakak-kakak dgn abang-abang.. Nangis.. T___T). Isi kandungan kursus menarik, dalam masa yang sama buatkan kita ni berfikir tentang alam perkahwinan tu. Ade yang realiti, ade yang fantasi. kebanyakkan penceramah ni memang dah arif dalam situasi perrkahwinan, sebab dorang berdepan dengan pasangan yang dah berkahwin ni tiap-tiap hari. Apa yang mereka kongsi tu sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai teladan dan sempadan pada anak muda yang nak berumah tangga.

Ada satu slot yang memaparkan video pasal proses pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Huu. Aku rasa, takde pun peserta yang bg perhatian pd video ni. Hahahaha..

Orang yang depan sekali baju kuning tu.. tidoqqqq plak..
Kursus selama 2 hari, kami dihidangkan dengan makan pagi dgn tengahari. Makanan die, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. Disebabkan kursus kami kat masjid, jadi tak ada masalah bagi kami utk solat dan berehat. 

Sebelum berakhirnya kursus 2 hari tu, ada diadakan kuiz utk uji pengetahuan peserta. Aku ingatkan kuiz ni macam zaman sekolah dan akan dikutip semula, rupanya utk tgk sejauh mana pemahaman kita je. Lepas ujian yang disemak oleh kawan yang duduk sebelah, keputusan tu boleh la disimpan dalam fail. 


Yeaaaaaaa.. dah habis kursus kawin.. Makanya, aku da boleh kawin la, kan? Hahahaha...


Mencari Manusia Sempurna

Nak cari manusia yang sempurna? Boleh ke jumpa?

Ramai yg nk mencari manusia yang sempurna jadi teman hidup. Ramai yang nak cari manusia sempurna nak dijadikan sebahagian dari hidup mereka. Kalau org tanya aku, dah jumpa ke?

Jawapan aku mudah je. 

Dah. Hampir jumpa. Insyallah jika diberi kesempatan dr Yg Esa, lagi 3 bulan, dia akan jadi sebahagian dr hidup aku, yang sah. Dia tak sempurna, tp aku yakin kelebihan aku akan buatkan dia jadi org yang sempurna, dan kelebihan dia akan buatkan aku jadi sempurna.

Rasa takut tu tetap ada. Dilemma tu tetap ada. Walaupun dah lama aku tunggu saat ni, tp aku pun manusia biasa. Macam-macam yang mengganggu fikiran aku. Siapa yang tak takut? Ni adalah pilihan seumur hidup, pilihan yang akan pengaruhi seluruh kehidupan aku. 

Tapi, satu je yg buat aku yakin. 

Allah ada.

Tak ada manusia yang sempurna, bahkan aku.

Friday, March 6, 2015

Majlis tunang saya yg simple

Siapa kata majlis tunang kena grand? Siapa kata tunang kena ada hantaran, pelamin, fotografer mahal, goodie bag? 

Sekarang, semua tu dah jadi trend, sampai nk tunang pun org pening kepala. Aku? Aku tak pening kepala, sebab tunang aku ni, sweet orangnya. Die buat suprise... Sampai aku pun suprise. Huuuu.. Aku hanya tahu aku nk bertunang kurang dari 24jam. Ko hado? 

Hahahaha..

Minggu tu, alkisahnya aku ada kursus kawin dgn abg Fairuz dgn adik die, Nadiah. Jadi, memang family abg Fairuz dijangkan utk datang rumah aku, bukan utk merisik atau bertunang, tp sebab nk jalan-jalan je. Kami bertiga pergi kursus kawin kat Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti pada 17-18 Feb. Abg Fairuz sampai awal, hari jumaat tu. Dia sampai pukul 6.15pg, sebab dia naik train KTM dr KL. Tapi, ape la nasib die dpt bakal bini yg lambat bersiap. T____T. Aku smpai pukul 7pg. Kesian die. Huuuu. 

Aku jemput je die, terus g sarapan. lepas tu, jalan-jalan. Masa tu, die sibuk tanya saiz cincin aku. Perlu ke? AKu nak je tanya soalan tu, tp aku lupa. Huuuuu.. Kami keluar mcm biasa je lepas tu. Malam tu, baru la die bagitau, esoknye family die datang nak sbg rombongan. Apakah??? Huuuu. Alasan die, sbb tak nak aku pakai T-shirt dgn track suit je. Sbb taknak gtau aku awal-awal? Sebab tak nak aku beli baju baru lagi. Huuuu. memang pun. benda pertama yg aku ckp bila aku tau nk tunang?  "Huuuu.. tak ada baju..."

Satu-satunya kawan aku yg datang hari tu. Bidan terjun...

Kawan aku yg datang, sorang je, Khalid. Tu pun nasib baik die takde buat ape2 hari tu. Huhu. kesian dia. Dah la suami die datang dr KL ke Kota Tinggi, nk spend masa dgn bini. Tak pasal-pasal kena datang majlis tunang aku. Huuuu. Sorry Khalid. 

Baju aku tu? Tu baju adik aku. Hahahahaha. Sebab aku tak ada baju yg berapa elok untuk bertunang. Hahaha. Selendang tu? Tu selendang bos aku bg, ole-ole dr Mekah. Die baru je bagi masa hari Khamis, hari sabtu aku dah pakai. Hahaha. nasib baik matching dgn baju aku tu. Mula-mula aku tak nak make-up. tapi, aku kena bebel dgn adik aku. Huuu. Jadi, terpaksa la aku make-up nipis sikit. 

Bincang...

Adik  beradik abg Fairuz dgn sedara mara die.
Keluarga abg Fairuz sampai dalam pukul 9.00mlm. Dalam 15min, aku dah dipanggil keluar. Eh, cepatnya?? Huuu.. Majlis ni, majlis merisik dgn tunang sekali. Jadinye, aku dapat 2 cincin. Walaupun pd awalnya, aku mintak cincin yg simple je, tak nak ada permata. Alasan? Sebab nnt senang nk cuci pinggan. Aku plak jenis kalu da pakai cincin, memang susah nak tanggalkan. Memang akan terus melekat kat jari aku. Tapi, aku dah kena marah dgn mak abg Fairuz dgn sepupu die, merangkap juga bestfriend kat uni dulu, Mazni, sebab aku nk cincin simple sgt. Huuuuu..

Aku duduk kat tengah-tengah ruang tamu, dengan semua mata tertumpu pd aku. Mak abg Fairuz sarungkan cincin merisik dan cincin bertunang. Terasa mcm zaman dahulu kala plak bila mcm ni hahaha..

Cincin merisik

Cincin tunang

Gigil tangan masa ni. Hahahaha
Alhamdulillah. Selesai sume. Tarikh 17 Januari 2015, aku dah sah jd tunangan Abg fairuz. Gigil tangan aku masa tu. Hahahaha. Walaupun majlis simple, gugup tu tetap ada. 
Bergambar dgn emak abg Fairuz sebelum rombongan pihak lelaki balik.

Tadaaaaaa... bergambar dgn Khalid dan emak aku

Dengan adik beradik aku
Cincin risik

Cincin tunang
Hahahaha. Maafkan la jari jemari aku yg kasar berdegar tu. Huuu. Alhamdulillah, segalanya da selesai. Tak ada pelamin, tak ada hantaran, tak ada fotografer. Segala gamba diambil oleh adik aku dan juga handphone mereka-mereka yg hadir. Snap sana sini je la. Heee. Simple, tak sakitkan kepala. Cuma sediakan makanan je. Semua makanan dimasak oleh orang kuat dapur iaitu mak sedara aku dan akak aku.. Ngeeee...



Aku berterima kasih atas pertolongan mereka. kalau tak, majlis ni takkan berjalan dgn lancar. Walaupun majlis aku simple, tp meriah. Pasti akan aku simpan dlm kotak kenangan aku. Heee..

Btw, gambar abg Fairuz mmg tak ada, sebab die tak datang masa majlis ni. Memang betul-betul ikut adat. heee..

Cara-cara isi borang e-BE ( Cukai pendapatan)

Siapa yang kat sini ade masalah isi borang e-BE? Hahahaha.. Aku antara org yang ade masalah. Sebab apa? Sebab aku tak faham dengan sebenar-benarnya. Padan muka aku. (Adui). Sebelum ni, beria-ia aku ingatkan cukai ni dikira berdasarkan gaji bulanan, rupenye berdasarkan gaji tahunan.. (Apakah????)

Ok, macam ni. Mula-mula, kalau tak pernah daftar cukai pendapatan, pergi kat LHDN utk dapatkan no pin dgn no cukai pendapatan. Bawak je borang EA yg dah diberi oleh majikan. Aku pernah buat tahun lepas, jadi aku dah tak payah buat tahun ni. Makanya, aku terus masuk laman web e-filling macam biasa. 

bahagian E-filling.

Ok, untuk sesiapa yang dah tahu ni cukai pendapatan die, boleh la buat permohonan no pin kat ez.hasil.gov.my ni. Kat main page tu, klik kat permohonan no pin. Lepas tu, akan keluar page yg mcm kat bawah ni. Ikut je la ape yang die nak, sampai dapat no pin. (Aku tak tahu sebab aku amik no pin kat LHDN, sebab aku tak tahu no cukai pendapatan aku. Kat sana memang aku terus dapat no pin dgn no cukai pendapatan)

Paparan yg akan keluar utk mohon no pin. Alamat email tu mesti alamat yg berdaftar dgn LHDN. Kalau tak berdaftar, kena la pergi daftar kat LHDN ye.

Tu, die tulis suruh gak g LHDN. Beratur la panjang-panjang semata-mata sebab nak amik no pin. Nangis jap..
Lepas tu, bila dah dapat pin, kembali semula pada halaman depan tu, tekan login kali pertama. Nanti, akan keluar halaman macam kat bawah ni.




Masukkan no pin yg dah dapat kat LHDN atau yg dibuat kat proses atas td. Lepas tu, ikut je la ape yg die nak.

* UPDATE: Siapa yg terhilangkan password, sila la pergi ke LHDN utk dptkan kod pengaktifan sementara. Tapi kalau dah ada email berdaftar dgn LHDN, boleh masukkan. Kalau tahun lepas, kita boleh dptkan password kita melalui soalan keselamatan. tapi, mulai tahun ni LHDN dah mansuhkan dah aplikasi tu. Memang sungguh tak user friendly. Lagi satu, sekarang dah ada kriteria utk password.  Aku dah ada emel berdaftar, tp yg peliknya boleh pulak email tu tak ada dlm sistem LHDN. Jadi, terpaksa la pergi LHDN. Satu kerja la pulak. * 





** Update tahun 2016**

Sekarang dah kena tetapkan Frasa keselamatan, ala-ala masa nk login e-banking.


Bila dah selesai semua, boleh la log masuk.  Nanti akan keluar halaman macam kat bawah ni. Nampak tak tulisan tekan di sini tu? Siapa-siapa yang nk buat e-filling, tekan la kat situ.


Akan keluar halaman ini, nampak e-filling sebelah kiri tu. Pilih la e-borang yg dikehendaki.

    
Pilih lah tahun yg dikehendaki

Lepas tu, siap sedia dgn borang EA kat tangan. Peperangan nk tuntut kembali cukai telah bermula!!!!!
Ni borang EA yg dpt dr majikan, 
Bahagian A: bahagian peribadi kite. HR akan tolong isi siap-siap benda tu semua. 
Bahagian B: Tu la pendapatan kita. Segala jenis komisyen la, bonus la, ape la..

Bahagian C: Pencen. Ni khas utk org2 yang dah dapat pencen.
Bahagian D: Ni jumlah PCB yg dah kena tolak tiap-tiap bulan. Korek la payslip masing-masing, dan kira semula, betul ke tak jumlah yg ditulis tu. Kalau tak betul, sila pergi ketuk HR. Sesiapa yg ada bayar zakat harta,bahagian ni pun akan ditulis gak, kalau zakat tu dipotong secara automatik la. kalu tak, kena tulis sendiri masa claim nnt,
Bahagian E: Yg ni, jumlah tahunan yg korang dah bayar utk KWSP.
Bahagian F: Kalau la ade tahun-tahun lepas korang lupa nk declare, tulis la kat sini.
Bahagian G: Bahgian ni, sebenarnya takde ape-ape kaitan dalam borang e-BE nnt, sebab ni cuma nak tunjukkan dalam sepanjang tahun korang kerja tu, korang dapat elaun yg tak payah kena cukai. Itu je. Bukannye pelepasan cukai. 

Kembali semula pd e-filling td. Lepas tekan tahun taksiran tu, akan keluar la paparan ini:

Maklumat individu
Update 2017

** Update: disebabkan aku dah kawin, jadi kena letak tarikh nikah, jenis taksiran, dan juga maklumat suami**

Maklumat individu, pastikan sama dgn apa yg ditulis dalam bahagian A borang EA tu. Cek semua sekali, banyak kali pun takpe.

** Update: utk kakitangan awam, anda akan dibekalkan dgn borang EC. Maaflah, tak ada contoh, sbb aku ni kakitangan swasta**


** Update tahun 2017**


Pendapatan berkanun tu adalah jumlah keseluruhan gaji, termasuk segala bonus. Kalau dapat pencen, isi la kat tempat pencen tu. Nanti die akan tolong kira siap-siap. Bahagian PCB tu, bila kita dah berdaftar dgn LHDN, automatik dorang dah ada data pasal PCB yg dah ditolak tiap2 bulan tu. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan

Lepas tu, sampai pada tempat yg dinantikan, pelepasan/rebat/tolakan cukai. Hahahaha. Kat sini la peperangan sebenar bermula. Masa ni la kepala sakit nak cari resit yg dah setahun, cari apa benda yg boleh di claim. Beli buku ke, raket badminton ke, beli komputer ke, sume ko korek semula. Penuhlah sampah sarap atas meja sekejap. Takpe, demi duit, sanggup ko susah payah. Hahahaha. Ada bayar zakat? Ape lg, isi laaaa..

Claim, jangan tak claim....

** Update tahun 2017: sekarang dah boleh claim utk ibu dan bapa. Sebelum ni, hanya boleh claim utk ibu bapa yg ada sakit kronik dgn surat doktor. Tapi sekarang, dah boleh claim utk ibu dan bapa, tp dgn syarat ibu dan bapa mestilah berumur 60 tahun ke atas. 


** Update tahun 2017: Sekarang SOCSO/ PERKESO dah boleh claim tax. Sila cari semula payslip utk setahun, tambahkan semua jumlah caruman SOCSO tu. Tulis di tempat yg berkaitan.

Bila dah isi semua bahagian, akan keluar rumusan mcm kat bawah ni:

Jumlah pendapatan: Jumlah pendapatan, duit gaji, duit bonus, duit pencen, segala duit yg masuk, yg termaktub dalam jenis yg perlu dikenakan cukai.
Jumlah pelepasan: Ini segala duit yg korg guna utk bayar itu ini, Macam aku yg dah terbuang semua resit ni, aku boleh claim utk diri sendiri yg wajib tu je, RM9000 dgn KWSP je. Nangis.. T_____T 
Pendapatan bercukai: Jumlah pendapatan ditolak dgn jumlah pelepasan.

Link utk senarai pelepasan cukai: tekan SINI

Lepas tu, pandai la LHDN nk kire berapa cukai yg dikenakan, mcm jadual bawah ni. 

Sila tgk gaji tahunan bersih lepas ditolak pelepasan ye. Tengok gaji tu jatuh kat mana. Gaji aku jatuh kat bahagian yg bertanda tu. Tak banyak mana pun kena cukai gak. Nangisssss.. T____T
* Update: Jadual taksiran tahun 2015



Nanti, jumlah cukai yg perlu dibayar tu akan dikontra dgn PCB. Kalu sebelum ni PCB kena tolak lg byk dr cukai yg sepatutnya, dapat la duit baki tu. Kalau PCB ditolak lg kurang, bersedia la utk rabakkan poket nk bayar lebihan cukai tu. 

Lepas tu, keluar laaaa yg last ni. Sila la selesaikan..


Update 2017: Akan keluar mcm ni bila kita ada lebihan bayaran

Update 2017: Sekarang nk kena tandatangan pulak. Sblm ni hanya hantar je.


Simpan la benda ni utk jd pengesahan yg kita dah hantar cukai pendapatan


Tadaaaaaaa. Siap. Tunggu la duit masuk, atau pun bersiap sedia la utk keluarkan duit. Kalau layak dapat claim, tunggu la sekurangnya 2 minggu, insyaallah anda akan kaya beberapa ringgit dalam bank. Kali ni, aku kaya RM21.41 je. Huuuu. Lepas la ayam kepci satu set.. Alhamdulillah..