Thursday, December 31, 2015

Review: Dilwale


King Khan and Kajol is backkkk!!!!!

Semangat kan? Hahahaha. Ni antara pelakon hindustan yg paling aku suka, dan pasangan hero dan heroin yg paling serasi yg pernah aku jumpa. Cerita ni best ke tak?

Besttttt...

Walaupun lagu die ade 4 je, to 2 lagu yg ada SRK dan Kajol ( Gerua dan Janam Janam) mampu buatkan aku terpacak diam kat kerusi panggung. Hahahaha. Yg bestnye cite ni, tak ada heroin yg pakai baju mcm tak cukup kain atau yg nk menjojolkan mana-mana anggota badan. Semuanya sopan sahaja. Phewwww..Kurang dosa laki aku yg ikut tgk sekali.

Dapat couple seat. Hehehe. Dah kawin tak pe... Nak melentok pun org ape kisah..
 Punya la semangat nk tgk cite ni. Awal-awal aku dah mintak tiket kat adik aku yg kerja TGV, nak tiket free 2. Disebabkan hanya AEON Kulai yg ada cerita ni, terpaksalah aku pergi sana, sbb kat Bukit Indah tak ada. Awal-awal jugak aku dah gtau abg Fairuz yg aku nk ajak dia dating g tgk wayang. Hahahaha. Tp kelam kabut la gak, sebab aku g tgk hari jumaat, dan wayang start pukul 2.15ptg. Huuuu. Tu je waktu yg ada. 

Abg Fairuz hantar aku g AEON Kulai dulu sementara die g solat jumaat. Aku pun g solat zuhur dulu, lepas tu tapau Subway, dgn harapan aku nk makan mase dlm panggung. Lepas tu, aku dah siap beli popcorn semua, pukul 1.50ptg aku dah terpacak depan pintu masuk. 

Tunggu abg Fairuz sampai dah pukul 2.30ptg, baru nmpak bayang, sbb parking penuh yg amat. Muka abg Fairuz dah monyok, sbb dia terkejar-kejar. Tp sbb dia nk melayan bini dia ni, terpaksalah dia ikut. Tp awal-awal dia dah warning- Tak ada lg tgk wayang waktu mcm ni. Huhuhu.. Baiklah.

Start je wayang, Subway yg aku beli td pun aku lupa makan. Hahaha. SRK tu mcm tak tua aku tgk. Muka mcm tu je. Tp tak boleh la nk compare dgn cite KUch Kuch Hota Hai, cite 20 tahun lepas tu, mesti lah nmpak byk beza. Aku tak suka sgt watak heroin no 2 tu, sbb mcm semacam. Hahaha. Jalan cite mmg agak cliche, tp enjoyable. Rasanya kalau die buat King tokan dadah tu lg ganas, lawan dgn SRK dush dush dush, aku rasa lg menarik kot. Tp rasenye sbb diorg tak nak cite berat, maka diorg buat watak King tu mcm ala2 badut sengal sikit. Huuuu..

Overall? Aku bg 4 bintang, sbb aku bias kat SRK dgn Kajol. Hahahaha. 

Sorry la, yg tu mmg aku tak boleh tolong. Hahaha.

** Dalam kepala aku dah diganggu oleh lagu Janam Janam.. oh tidakkk~**

Monday, December 28, 2015

Nasi Lemak tak ada kolestrol

Rutin aku pagi-pagi bila sarapan adalah...

Makan nasi lemak. huhu. Memang dah jadi habit sejak mula kerja dulu. kalau tak nasi lemak, nasi kerabu. Tp, 80% selalunya aku makan nasi lemak. Mula-mula org selalu tegur, aku tak takut gemuk ke? ada yg marah aku, sebab nasi lemak tu byk kolestrol. Tapi, aku terbaca kat blog Kevin Zahari, nasi lemak tu tak ada kolestrol. Aik, nasi lemak tak ada kolestrol? Biar betul?

Memang betul pun. Nasi lemak pada asalnya tak ada kolestrol.

Tapi nasi lemak ada santan. Santan tu tinggi dengan kandungan lemak. Lepas tu, lemak dlm nasi lemak tu adalah termasuk dalam kategori lemak tepu, iaitu lemak yang boleh meningkatkan kolestrol dalam badan. Sebab apa? Lemak tepu ni lemak degil. Susah nk diuraikan. Nanti lemak-lemak tepu ni akan menyebabkan tahap kolestrol dalam darah meningkat. Macamana boleh meningkat? Tu kena la tanya doktor, sebab diorg je yg boleh uraikan apa kaitan antara lemak tepu dgn kolestrol tu. Sebab aku dah baca pun, aku tetap tak faham. Nampak sangat memang bukan jodoh aku dgn medic.

Oleh itu, kesimpulan die same je. Makan nasi lemak boleh meningkatkan kolestrol. Tp, bukan nasi lemak ada kolestrol, tp bahan dalm nasi lemak, a.k.a santan tu yg akan menyebabkan kandungan kolestrol dalam darah meningkat.

Jgn lupa bersenam lepas makan nasi lemak. Heeee.

Thursday, December 24, 2015

Multi-level Marketing dan Bisnes Kelepet

Asal usul Gambar: Sini
Sekarang ni, cukup banyak bisnes MLM dan juga bisnes kelepet. MLm tu bisnes ape? Bisnes skim piramid. Maksudnya,org lain cari kau, pastu kau kena cari org lain. Tapi sebelum tu, kau kena la kuarkan duit utk kayakan org yg cari kau, dan org yg kau cari kena la keluarkan duit utk kayakan kau. Senang bukan?

MLM ni ade mcm2 jenis. Ade yg jual ubat, ada yg jual gelang, ada yg jual penapis air. Padahal, modal 5% je dr harga asal. Dijual mahal-mahal sebab nk untung lebih. Iyelah, nk untungkan poket upline dgn poket tokey.

Asal usul gambar: Sini
Bila ckp pasal MLM ni, aku malas nk cakap, sbb memang dah popular dah kisah ni. Yg tak best pasal MLM ni, adalah bila sedara mara kau dah terjebak. Mula la diorg dok dtg rumah, promote sana sini, suruh buat loan sana sini, mcm lah kitaa tak ade benda lain yg nk dibuat. Lepas tu, bila ada kawan kau yg terjebak.Yg tak bestnye, kawan yg kau tak pernah cakap sepatah perkataan pun masa dlm kelas. Tetibe, dia boleh mesej kau, lepas tu promote MLM dia, dan buat ka macam kawan rapat best friend forever and ever. Choi... Aku dah la memang jenis tak bercakap dgn lelaki. Tetibe nk beramah mesra dgn aku plak. Memang salah laaaa..

Ada lagi satu bisnes yg guna sistem MLM, iaitu bisnes SCAM, iaitu bisnes penipu. Yg ni pun memang merepek la jenis bisnes die. Beli rumah bawah harga market, beli emas dpt pulangan berganda-ganda. Pastu, semuanya lesap. Habis titik peluh. 

Aku kesian kat org yg terjebak dgn MLM dgn bisnes kelepet ni. Nanti akhirnya akan merugikan byk pihak. Ada sampai yg bergaduh, keluarga berpecah belah, putus kawan, bercerai berai. Nak untung bukan mudah. Jangan asal org tunjuk duit, kita percaya dgn bisnes org tu, Kadang-kadang, aku kesian kat org yg jadi mangsa. Ada yg pakcik makcik, ada yg budak sekolah, ada yg surirumah. Aishhh.. Org yg amik kesempatan tu? Aku harap kau bertaubat la cepat. Kubur tu boleh kat mana-mana je. Jgn sampai nnt masa akhirat, kau merangkak nk bayar hutang kat org lain guna pahala kau. Tak guna da semua tu. 

** Kpd org yg nk buat bisnes MLM, jgn cari aku. Aku tak berminat**

Wednesday, December 23, 2015

Kesian kat suami sendiri

Aku ada satu masalah, iaitu cepat kesian. Org ckp, aku ni hati tisu. Luar je nampak keras kejung, tapi bila tang benda-benda yg sensitip, aku la yg paling cepat menangis, mengalahkan kanak-kanak yg telah kehilangan gula-gula Sochews Bars yg telah disedut oleh gajah menggunakan belalainya semasa berada di zoo Pahang ( okey, itu aku la tu- satu lagi kisah tragis dr 2 kisah tragis aku kat zoo pahang).

Kadang-kadang, bila denga lagu sedih je aku boleh nangis, bila tgk cite kartun Good Dinasour kt wayang pun aku dah melalak. Huhuhu. Hormon aku makin tak stabil sekarang ni.

Balik kepada post aku. Aku ni ada satu hobi, iaitu baca blog. Salah satu blog kegemaran aku adalah blog suami aku sendiri. Hahahahaha. ni blog dia fafa-null2.blogspot.my. Tapi, suami aku dah lama tak update blog die, dah nak dekat setahun. Berjanggut la gak nak tunggu dia update blog dia. Tapi, walaupun begitu, aku akan selalu baca entry-entry lama dia. Sekurang-kurangnya, adalah jugak yg aku boleh belajar pasal suami aku dr sebelum aku kenal dia lagi. 

Terhibur jugak aku baca blog tu. Ada yg kelakar, ada yg buat aku jeles ( ok, yg ni memang tak baguslah, sbb dia mention pasal awek2 die sebelum aku dlm posting die yg dah bertahun tu. Tapi, jeles tetap jeles. huhu), ada yg sedih. Bila part yg sedih ni, mula la aku meleleh air mata. Alahai. Hati tisu dah mula menjalankan tugas. Sikit-sikit nangis. Terus rasa kesian. Macamana dia dulu susah masa belajar, cabaran dan dugaan yg dia lalui sebelum jumpa aku, macam-macam lah. Bila aku tgk muka die sekarang, lagi lah aku sedih. Huhuhuhuhu.

Pulak aku ni masih dalam fasa PJJ, bukannya senang nk peluk-peluk bila balik kerja. Kena la tunggu hujung minggu baru boleh tengok muka suami sendiri. Lagi lah sedih. 

Haihhhh.

Oleh itu, hargailah suami anda. Luar nampak gila-gila, namun dalam hati tak siapa yg tahu. Aku bertuah sebab dapat jadi isteri dia.. (walaupun kadang-kadang aku dengan sengalnya buat benda-benda pelik, tp dia sabar je. Huhuhuhu)

Tuesday, October 27, 2015

Bicara Blog Tertangguh

Posting blog dlm draft
 
Itu diaaaaa...

Berlambak posting yg tak sempat nk siap. Lepas je kenduri, aku pun tak berapa sempat nak hadap blog aku. Mana taknya, aku sibuk pergi travel dari JB-Melaka-KL setiap hujung minggu. Mula-mula fikir nak ubah layout blog, pun aku tak sempat nk buat. Huhuhuhuuu..

Kebanyakkannya pasal kenduri aku sebenarnya. Hahahaha. 

Nantilah.. Akan aku usahakan sikit-sikit..

Ngeeee...

Thursday, October 15, 2015

Hati tisu

Ada masa, hati perempuan ni mcm tisu. Bila kena air, mudah je nak koyak.

Bila rasa lain je, hati tisu mula la nak beraksi.

Hati sensitif,bahagian ni memang yg paling sukar...

Haish...

Nak g tempat jauh la esok...

Wednesday, September 16, 2015

Perkahwinan Jarak Jauh



Perkahwinan jarak jauh, atau orang panggil bahasa seksinye, PJJ. Nampak senang, tapi langsung tak senang. Huhuhu.

Aku antara mereka-mereka yang termasuk dalam golongan ni. Suami aku kat KL, aku kat JB. Jumpa hujung minggu. Masa habis atas jalan raya. Itu agak susah sebenarnya. Adeii..

Memang masa bercinta pun, aku dah PJJ dgn abg Fairuz. Kami jumpa sebulan sekali, dr tahun 2012 sampai la tahun 2015. Kadang-kadang, 2 bulan sekali. Walaupun tak jumpa selalu, tp sms, whatsapp, skype & panggilan telefon jd penghubung kami.

Wakty bercinta, tak rasa pun susah PJJ ni. Relaks je. Iye la, kalau rindu pun, rindu je la. Bukannya boleh buat ape-ape. Jadinya, bila kami dah ambil keputusan untuk bernikah, persoalan pertama adalah bila aku akan pindah KL?

Disebabkan dah pernah PJJ masa bercinta, pd aku benda tu senang je. Masa bercinta boleh, takkan la masa lepas nikah pun susah? Makanya aku boleh la kerja dulu kat JB sementara nak dpat kerja kat KL. 

Tapi, anggapan aku meleset sama sekali. Rupanya, sangat la susah bila PJJ lepas nikah ni. Huhu. Bila nak keluar jalan hari biasa, mesti la nk kepit dgn laki. Bila tidur, mestila nk kepit dgn laki. Bila sakit, mestilah nk kepit dengan laki. Bila masak, mestilah nak masak utk laki. Tapi, bila PJJ, tak semua tu boleh kita dapat. Bial nak berpisah hujung minggu, mesti nangis-nangis. Adeiii.. Susah betul la kalau hati ni spesies tisu. 

Jadinya, bukan mudah PJJ ni. Sentiasa akan diuji, termasuklah kesetiaan.Wang ringgit yg berhabis utk perjalanan tu, janganlah dikira, sbb memang dah tak terkira da pun. Ada baik dan ada yg kurang baik utk PJJ ni. Yg baikya, setiap hari merindu, rasa macam bercinta. Tapi yg kurang baiknya, apa-apa pun susah kalau nk berdua. Pasangan hujung minggu la katakan. 

Kepada yg senasib dgn aku, harapnya hubungan perkahwinan ni kekal hingga ke syurga. Persefahaman dan kesetiaan amat penting. Kalau ada rezeki, insyaallah semuanya akan dipermudahkan..


** Dah mula cari kerja kat KL**

Tuesday, August 25, 2015

Aku bukan Professor X

Aku bukanlah Profesor 'X' Xavier yg boleh membaca minda orang lain, atau boleh mempengaruhi minda orang lain. Aku adalah  manusia biasa, yg kadang-kadang tak faham dengan minda sendiri, ataupun malas nk guna minda sendiri, sebab aku kadang-kadang malas nk fikir. Hahahaha. 

Jadinya, aku amat marah dengan umat manusia yg memandu kereta, tapi tak suka guna signal. Aku tak tahu la dia belajar atau tak kegunaan dan cara guna signal dalam kelas memandu tu, dan aku tak tahu la macamana dia boleh lulus dalam ujian memandu. Benda yang mudah macam tu pun tak boleh nak hadam ke? Aku rasa, tu benda yg paling asas dalam memandu.

Pemandu yg macam ni, aku tak tahu nak masukkan dalam golongan ape. Mereka yg pasti bukanlah haiwan yg tak ada akal fikiran, sebab haiwan tak boleh memandu kereta. 

Selain itu, aku juga ada jumpa pemandu yang suka-suka tukar warna signal tu, jadi warna selain oren/kuning, iaitu warna asal. Ada yang dah ditukar jd putih, ada yang dah ditukar jadi merah. Kau rasa, orang boleh perasan ke dengan warna signal tu? Mestilah tak, sebab warna merah tu sah sama macam lampu belakang/ lampu brake, manakala lampu putih tu dah lebih kurang macam lampu mengundur. Ada fungsinya lampu signal tu warna kuning, iaitu utk membezakan lampu signal dgn lampu-lampu yg lain. Tak payah lah sibuk sgt nak solek kereta tu, sampai akal pun dah ditabur ke laut. 

Fikirkan lah keselamatan orang lain juga. Kadang-kadang, disebabkan orang-orang yg sebegini, jalan menjadi sesak, dan juga jumlah kemalangan meningkat. Mana tidaknya, kemain suka hati tukar lorong hingga pemandu di belakang terpaksa buat brake kecemasan. Bila kereta depan dah mula brake, reaksi berantai ni akan menyebabkan pemandu di belakang dan belakang dan belakang dan belakang akan mula brake. Tak ke jadi sesak lepas tu? Belum kira lagi org yg tak perasan org dihadapan brake, tau-tau je bumper hadapan kereta dah 'cium' bonet kereta orang lain. Pun buat naya gak. Huhuhu..

Oleh itu, gunakan lah signal tu. Signal dicipta bukan sbg hiasan utk mencantikkan kereta. Ia dicipta utk mengelakkan kemalangan. Jgn jadikan diri kita sbg punca masalah org lain.

Monday, August 17, 2015

Amik darah utk kahwin

" Sekarang ni, nak kawin pun kena amik darah?"

Itulah soalan yang aku dengar masa tgh tunggu giliran nak amik darah. Ye makcik, sekarang ni, nak kawin kena amik darah. Nak kawin, kena pergi kursus 2 hari dan kena bayar RM120. Nak kawin, kena interview kat pejabat agama. Bukan senang nak kawin sekarang ni. (Nangisss). Ok, sebab nak kawin, so kena ikut je la, tak boleh betah. Kalu betah, maunye aku tak kawin.(Nangis lagi panjang...)

Aku dah amik borang HIV test tu dah lama. Aku pun tak ingat aku amik bila, sbb dah lama sgt. Hahaha. Masa tu, akak aku pergi UTC Kotaraya, dengan tujuan nk bayar cukai pintu dengan cukai tanah. Dah alang-alang kaunter Majlis Agama Islam Johor tu da satu opis ( Kaunter Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah tu beza 3 kaunter je), aku pun gatal-gatal tangan pergi amik borang HIV.

Akak kaunter: " Dik, nak kawin ni bila?"
Aku: " Agak-agak dalam bulan 6 kot"
Akak kaunter: " Lama lagi ni dik. Tapi, kalau amik je, boleh je"

Padahal, masa ni tarikh nikah pun tak ada lagi. Huhuhuuhu. Gatal betul. Anak sape la ni....

Bila aku dah ditetapkan tarikh nikah aku, iaitu pada 6 Jun 2015, makanya aku perlu la bersusah payah untuk settlekan ujian HIV aku. Lagipun, ujian ni boleh diguna pakai selama 6 bulan. Ambil awal pun tak apa.

Pukul 9.00pg aku dah sampai ke Klinik Kesihatan Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah. Sampai awal, tp sebab parking tak ada, entah berapa kali aku pusing-pusing untuk cari parking. Dapat jugak la parking, tapi jauh ceruk, sampai aku jalan kaki dengan kelajuan cheetah pun, makan masa 10 minit. Huhuhu. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Sampai saja depan akunter, aku pun cakaplah kat akak misi kat situ yg aku nk amik ujian HIV.

Akak misi: " Pasangan mana?"
Aku: " Pasangan saya kat KL"
Akak misi: " Datang sorang?"
Aku: " A ah"
Akak Misi buat muka 'Oooooo..ok' sambil beri satu borang ala-ala borang HIV yg Majlis Agama Islam Johor punya, tapi yg ni ade gak borang utk rekod hospital, termasuk maklumat peribadi. Makanya, tulislah dengan gigih.

Huhuhuhuu.. Orang depan dan belakang aku semua datang dengan pasangan. Nak buat macamana, Abg Fairuz jauh kat KL sane. Takkan la aku nk paksa die dtg JB semata-mata nk amik ujian HIV
Dapat no. Huhuhu.
Bila da dapat no, benda pertama yg kena buat adalah bayar. Aku kena pergi kaunter bayar dan daftar, kaunter B. Ade la aku kena tunggu dalam 10 minit. Nak main internet, line macam siput. Makanya aku baca buku yg aku bawak, bertajuk ' Secret Diary of A New Mum at 40'. Kelakar la jugak. Hehehe. 

Lepas bayar, aku kena pergi ke kaunter H, utk ambil berat. Masa tu, berat aku adalah 60kg. Apa??? Beratnya aku. Huhuhuhu. Takpe la, baru la BMI aku sihat sikit. Sebelum ni aku selalu jatuh dalam kumpulan kurang berat je. Hahaha. 

Lepas tu, barulah aku kena pergi kaunter J. Kat situ, disediakan satu bakul utk letak borang HIV yg hospital dan juga pejebat agama bagi. Kad kesihatan yg warna kuning tu kena la pegang. Tunggu sambil tgk gelagat org. Lepas sorang, sorang keluar sambil tangan pegang kapas yg melekap kat lengan. Rasa seram la pulak. Huhu. Ramai rupenya orang yg nk ambil darah ni. Lebih kurang 15min tunggu, sampi giliran aku sampai. Aku kena g kaunter utk ambil kit HIV test dan juga satu tube darah. Aku disambut oleh akak misi yg tgh berbadan dua. Rasa amik darah? Macam kena gigit nyamuk. Sakit sikit je sbb akak misi tu pandai cari urat. Hahaha. Akak tu masukkan setitis  dua darah aku dalam kit HIV, selebihnya aku kena hantar darah aku pergi lab kat kaunter C. 

Cop yang aku dpt kat kaunter C
Tunggu punya tunggu, keluarlah keputusan darah aku. Yang ni, utk tgk aku ada talasemia ke tak. Aku tak payah susah-susah nak mintak, sbb mmg wajib kena amik. 

Lepas tu, kena la pergi jumpa doktor kat bilik 11. Punya la lama aku tunggu. Berakar aku tunggu. Sejam setengah. Dari bateri tab aku penuh, sampai nak habis sebab aku main game. Hahahaha. Bila sampai giliran aku jumpa doktor, tak sampai 5 minit dah selesai. Huhuhu. Alhamdulillah, aku sipi-sipi kena talasemia. Patutnya, bacaan MCH tu kena 26 keatas. Tapi aku punya 25.7. Doktor cakap, kira 26 terus. Huhu. Tak payah la aku kena buat ujian follow up. Doktor pun cakap, awak nak kawin cepat kan? kekekeke. Mana doktor tau ni?
Keputusan darah aku
Keluar dari bilik doktor, kena pergi semula kaunter J, utk amik keputusan HIV aku. Akak misi tu dah cantik2 masukkan dalam sampul surat yg dah diberikan Majlis Agama Islam Johor. Akak tu cakap, tahniah, dah boleh kawin. Kekekeke.. Legaaaaaa..



Tadaaaaaa.. Keputusan da kuar. Boleh selesaikan borang nikah..
Aku pun meneruskan perjalanan balik. Fuhhhh. Dari pukul 9 pg, lebih kurang pukul 12 baru aku balik rumah. Nasib baiklah tak melarat sampai petang. Maunye aku tidur mase tunggu giliran. Lepas ni, dah boleh siap-siap dokumen utk hantar kat pejabat agama. Ngeeee.

Tuesday, August 11, 2015

Aku Juga Tidak Sempurna

Baik.

Apakah definisi manusia yang baik?

Aku selalu terfikir-fikir bagaimana manusia mendefinisi baik itu. Aku selalu mendengar satu ungkapan.
" Awak orang yang baik."

Perlukah aku berbangga dengan kenyatan itu? Adakah itu satu pujian mahupun satu kejian? Baik itu tidak terdefinisi. Manusia hanya memandang yang pada luaran, bukan dalaman. Bagaimana baik itu ingin dikategorikan? Melakukan rukun Islam, melakukan perkara sunat, melakukan perintah Allah, meninggalkan perkara haram? Itu bukan bermakna baik, itu sudah semestinya tugas manusia sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Itu satu tugas, satu kewajipan, bukan satu pilihan. Adakah mematuhi dan menghormati ibu bapa boleh dikategorikan sebagai baik? Tidak juga, kerana ia adalah tugas dan bakti kita sebagai anak kepada ibu bapanya. Kita wajib untuk memantuhi mereka. Selain itu, berlaku baik sesama manusia dan makhluk? Pun  tidak juga, kerana kita memang dituntut untuk sentiasa berbaik-baik sesama makhluk, sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah di muka  bumi ini. Jadi, bagaimana masyarakat melabelkan baik itu?

Pada aku, manusia yang dikatakan baik, adalah manusia yang sempurna. Hanya Rasulullah sahaja manusia yang sempurna. Sedangkan sahabat Rasullullah yang kita sudah pandang mereka dengan pandangan yang mulia pun ada melakukan kesalahan. Jadi, bagi manusia akhir zaman seperti aku ini? Dimana baiknya?

Ada tikanya aku alpa dan lalai akibat hanyut dalam badai kehidupan duniawi. Kadangkala ku leka sendiri, sehingga lupa pada Sang Pencipta. Ada kalanya aku terlupa tujuan hidup sendiri. Kadangkala aku sendiri tenggelam dengan hasutan makhluk bertanduk disekeliling aku. Sukar? Itu lah dugaan sebagai manusia selagi bernyawa.

Jadi, untuk menghukum seseorang itu baik atau jahat, itu bukan kerja manusia, kerana hanya Allah yg mengetahui hakikat sebenar. 

*Ini adalah entry yg aku tulis pd 5 Mac 2012*

Thursday, August 6, 2015

Panjangnya Nama~

Hari tangan aku gatal untuk menulis, berkaitan nama.

Aku lihat, orang disekeliling aku mula meletakkan nama anak yang panjang-panjang, mega-mega. Jika panjang tapi mudah untuk disebut, itu dikira ok la juga. Tapi ada yang meletakkan nama anak yang sangat panjang, lepas tu kemain letak nama Arab,sampai lidah melayu aku pun tergeliat nak menyebutnya.

Keghairahan dalam meletakkan nama anak yang unik-unik, termasuklah meletakkan nama Arab yang 'vogue-da-bazz' sudah lama bermula. Rata-rata aku tanya kawan aku, nama anak selalunya unik, pelik, dan tergeliat lidah untuk dibaca. Memang benar sekarang ramai yang inginkan nama anak mereka  lebih berunsurkan islamik, tp adakah ia praktikal dgn lidah melayu kita? (Garu-garu kepala sikit)

Orang tua-tua selalu pesan, 
 "Jangan letak nama anak panjang dan susah, sebab kesian budak tu. Susah nak bawak nama."

Sampai sekarang aku masih tercari relevannya nasihat ini. Tapi pada aku, ada betulnya. Jika nama terlalu panjang dan sukar untuk disebut, tidakkah nanti nama anak yg elok, akhirnya dipendekkan kepada nama yg tak elok? Contohnya, Khadijah yg berubah kepada Kat, Muhammad yg berubah kepada Mat, dan macam-macam lagi. Itu belum kira lagi nama yg sukar untuk disebut oleh mereka yg berlidah melayu. Tergeliat dibuatnya. Takut bila disalah sebut, nama akan bertukar kepada maksud yg kurang elok. Nama tu kan satu doa juga. Huhu. Faktor lain? Bila nama itu disambung dari patah perkataan yg berbeza, ditakuti sambungannya tu tak betul dari segi bahasa. Kalau ikut bahasa melayu, nampak mcm sedap. Tapi dari segi bahasa arab, maksud nama sebenar dah lari dari asal tanpa kita ketahui. Huhu. Lagi bagus sebelum letak nama anak, rujuk dahulu org yg faham akan tatabahasa arab. Mungkin mereka boleh betulkan mana yg tak betul pd nama anak itu.
Jadi, nak letak nama anak, berpada-pada lah. Sedap tak semestinya bermaksud yg baik-baik. Jangan kerana nama anak org lain gempak, kita pun nak anak nama gempak. Kadang-kadang, keserdahanaan tu yg lebih cantik.

Monday, August 3, 2015

Terlajak Perahu boleh diundur~


"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya"
Aku selalu dengar peribahasa ini. Ia menunjukkan betapa pentingnya berfikir sebelum melakukan sesuatu. Setiap tindakan atau perkara yang kita lakukan atau ungkap pasti akan ada kesannya, baik fizikal mahupun mental. Seperti Hukum Newton yg ketiga, dimana ada tindakan,disitu ada tindak balas. Manusia, tidak lepas dari bertindak dan memberi tindakbalas. Namun kadangkala, ada ketika dan saat, emosi melebihi akal, terus memuntahkan apa yang terbuku di hati, tanpa berdiplomasi dengan fikiran yang terus menasihati. Selepas itu, barula rasa menyesal setelah amarah hati tadi reda.

Kadang-kala, kata-kata yang kita hamburkan tu amat tajam, sehingga melukakan hati orang lain tanpa kita sedar. Mungkin pada kita perkara itu perkara yg mudah, tp pada mereka itu sesuatu yg besar. Selain itu, ada juga kata-kata yg kita hamburkan itu, boleh menyebabkan berlakunya perbalahan. Tak kurang juga mereka yg pada niat asalnya memang mahu melaga-lagakan orang. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu, sebelum melakukan sesuatu, fikirkanlah akibatnya nanti. Buruk padahnya nanti

Tuesday, July 14, 2015

Khabar angin fuhhh fuhhhhh~

Dari mana datang khabar angin?

Bila orang sekeliling menyebarkan cerita berdasarkan andaian dan pendapat mereka semata-mata, tanpa bertanya perkara sebenar kepada mereka yang terlibat.

Sekarang ni, semakin banyak kahbar angin yang tersebar. Lepas satu, satu. Orang buat andaian sebdiri, lepas tu sebar dalam FB. Lepas tu, kawan die share post tu, pastu kawan kepada kawan dia pun share, pastu kawan kepada kawan kepada kawan die pun share. Makanya cerita ' yg nampak macam betul tapi sebenarnya tak' tu pun tersebar. 

Selalunya cerita ni ada yang elok, ada yang mengaibkan, ada yang mengundang kesedihan. Macam yg terjadi pd aku, kisah kematian arwah abah. Perkara yg sebenar, arwah abah meninggal dalam tidur disebabkan sakit jantung. Cerita yg tersebar? Arwah abah meninggal jatuh dalam bilik air la, arwah abah meninggal kat hospital la, dan amcam-macam lagi. Dari siapa berita ni? Wallahualam. Aku pun tak tahu.

Contoh lain, baru-baru ni viral kisah budak hilang ketika pulang dari sekolah. Yang ditulis dalam FB oleh mereka yg suka membuat andaian sendiri adalah, kerana budak ni didera oleh ibu asuhan. Maka tersebarlah berita ini seluruh Malaysia, sedangkan ibu asuhan ini sangat sayangkan budak ini seperti anak sendiri. Bila disiasat, rupa-rupanya budak ni dibuli di sekolah. Dia melarikan diri kerana ketakutan. Si ibu asuhan ni merasa sedih atas tuduhan rakyat malaysia keatas dirinya. Tengok? Apa yg telah berlaku di sini?

Makanya, sebelum nak sebarkan apa-apa berita, selidiklah dahulu dari mana sumbernya. Bukan main share. Jika kita share, maka kita juga harus bertanggujawab atas kesannya.

Monday, July 13, 2015

Masakan tempua bersarang rendah

Peribahasa 
Jikalau tidak ada mengada, masakan tempua bersarang rendah.
Takrif
Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
 
Semua yg berlaku, ada sebabnya. Sama ada kita tahu atau tidak. Semuanya ada hikmahnya.
Jika kita ambil positif, maka perkara itu akan jd positif. Jika sebaliknya? Fikirkan lah sendiri..

Wednesday, July 1, 2015

Gedung Ilmu yang tertimbus di sebalik timbunan buku

Membaca memang penting. kalau nak tambah ilmu pengetahuan, semestinya perlu membaca. Bak kata pepatah, 'Membaca itu jambatan ilmu'. Saiz jambatan tu semua bergantung kepada berapa banyak buku yang dibaca. Kalau setakat sehelai dua, alamatnya jambatan tu setakat panjang titi longkang je la. Tapi kalau buku yang dibaca tu berjuta-juta lemon, saiz jambatan tu mungkin akan melebihi panjang jambatan emas yang menghubungkan antara Melaka dan Gunung Ledang.


Aku memang suka membaca. Dari mula aku pandai membaca, sampai aku dah tak mampu nak membaca sekarang ni (bukan sebab rabun dekat macam nenek-nenek,tapi sebab kekangan masa yang mencengkam). Bukan setakat baca buku, baca artikel, blog, cerpen, sampai keratan surat khabar kat pembungkus nasi lemak pun aku baca. Minat membaca aku bermula di darjah dua. Aku mula lancar membaca ketika darjah dua. Terima kasih kepada sahabat baik aku, Saifullah Muzakir yang juga bakal doktor pakar neuron tak lama lagi, sebab nak berlawan dengan dia dulu, aku berusaha melancarkan pembacaan aku, dan dia juga banyak membantu aku. Cewahh.

Membaca ni banyak membuka minda aku. Bila kita membaca bahan bacaan yg berguna dan berfaedah, maka banyakla ilmu yang kita dapat. Ada kalanya aku ada juga baca komik, selalunya ketika fikiran aku agak serabut, dan aku berada dalam mode santai.

Sudah lama aku tak membaca novel. Bukan kerana sudah tak minat, tetapi kerana jalan cerita yang sama, terlalu klise dan terlalu tak masuk akal. Tak lupa juga jalan cerita yg terlalu keanak-anakkan (mungkin sebab aku makin tua. Hahahaha) Penulis novel ni harus menghasilkan sesuatu yg lebih berkualiti, seperti novel tulisan Ramlee Awang Murshid, bukannya cerita tentang suamiku, suamiku, dan suamiku, macam kau je yang ada suami, aku tak ada. Huuuu. 

Zaman teknologi, maka bahan bacaan tu lebih meluas. Jika sebelum ni, perpustakaan pasti menjadi pilihan aku utk membaca buku. Tapi kini, segalanya di hujung jari. Cuma aku sebagai wanita dewasa yang matang, aku boleh memilih bahan bacaan apa yang berguna kepada aku. Mana yg tak berguna, boleh diletak tepi.

Selain tu, aku suka membaca blog, kerana aku suka baca kisah hidup dan pengalaman orang lain. Selain itu, aku suka lihat cara penulisan mereka. Setiap penulis ada cara mereka tersendiri. Sedikit sebanyak ia membantu aku untuk lebih mengenali ragam manusia.

Membaca tu, akan banyak membantu kita kelak. Mungkin sesetengah org menganggap ilmu itu remeh, membaca itu remeh, tetapi ingatlah, wahyu pertama yg diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah...

' Bacalah'

Thursday, June 25, 2015

25 Jun 2015

Alhamdulillah..

Dapat sambut hari lahir ke 27.

Terima kasih emak kerana melahirkan anak emak ni. 

Disebabkan hari lahir aku jatuh pada bulan puasa, aku hanya jalani hidup macam biasa. Tak ada sambutan sgt. Ucapan pun dr abg Fairuz melalui panggilan telefon di siang hari, bukan dimalam hari tepat jam 12.00 mlm. Wuwuwuwuwu..

Apa-apa pun, alhamdulillah. 

Aku dapat hadiah suami tahun ni. Ekekekeke..

Tuesday, June 23, 2015

Aku da nikah!!!!



Akhirnya, aku da menikah..

Setelah menempuh onak dan duri, penantian aku berakkhir dengan senyuman.

Lega..

06.06.2015, jam 3.00 ptg. Aku sah menjadi isteri kepada Abg Fairuz.

Senyum lebar sampai pipi. Hehehhe. Nanti aku post pasal bunga tangan, veil, shawl, pelamin dan hantaran DIY aku.

Ngeeeee...

Friday, June 5, 2015

Pre-wedding jitters

Haaaa.. mat saleh noo die punya tajuk. Aku rasa, semua bakal pengantin akan merasa benda ni. 

Tapi, ape kebenda pre-wedding jitters tu? 

Kalau direct translation, aku tak tau la. Tapi, maksud yg org mudah nak faham ialah, perasaan tak tentu hala sebelum hari pernikahan. Perasaan tak tentu hala tu, kan, perasaan yg bercampur baur. Girang, sedih, takut,  bimbang, risau, sume ade. Aku dah pun merasa benda ni sekarang, Huhuhu. Memang payah betul.

Mula-mula, bila cakap bab kawin, aku rasa aku dah bersedia. Bila tarikh makin dekat, aku jd lg tak yakin. Betul ke pilihan aku? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku jadi isteri yang baik? Macam-macam dalam kepala. Sampai nak tido malam pun aku tak mampu..


Tapi, itu semua lumrah orang yang nak berumah tangga. Rasa berdebar tu tetap ada. Tapi akhirnya, kita bertawakkal pd Allah sahaja. Kita dah usaha, dah doa, kni tinggal tawakkal je. Pada aku, ni yang aku dilorongkan, ini yang aku teruskan.

Moga Allah merahmati perkahwinan aku ni.. :)

Monday, May 18, 2015

Terima kasih Fahrin Ahmad!

Aku berterima kasih banyak-banyak kat Fahrin Ahmad, sbb dah sedikit sebanyak da membantu mengurangkan sedikit bebanan aku sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Haaa, kalu baca ayat atas tu, mcm la Fahrin bg aku duit juta2 kan? Kekeke. Sebenarnya, bukan sama sekali. Aku berterima kasih kat Fahrin, sebab dia nikah tanpa hantaran. Aik? Apa kaitan dgn aku kan?

Macam ni kisahnya. Mak aku tgk rancangan Melodi kat TV3, ade keluar kisah pasal pernikahan Fahrin Ahmad. Punya la mak aku sibuk panggil-panggil aku, yg pada waktu tu aku tgh sibuk nak menyiapkan bantal utk pelamin DIY aku nanti. Jadinya, memangla aku malas nk pergi ke ruang tgk tv tu. 

Tetiba, mak aku dtg. 

Emak: " Mak nk tunjuk pasal Fahrin Ahmad kawin"
Aku: " Dah tau da. Dah ada keluar FB"
Emak: " Die nikah tak ada hantaran. Ada maskahwin je"
Aku: " Aah, diorang dah pergi honeymoon da. Jemputan sikit je."
Emak: " Hmmmm. Nanti awak tak payah hantaran la. Baik awak guna duit tu utk buat benda lain. byk nk pakai duit lepas kawin nnt"

Seraya itu, mata aku pun mula bersinar-sinar, penuh dengan cahaya. Macam tak percaya je apa yang aku dengar dr mulut mak aku. Punya la sebelum ni, aku dah cakap kat mak aku, aku tak nak ada hantaran. Tapi, aku kena marah. Mak siap cakap, kalu tak ada hantaran, biar mak keluar duit utk hantaran. Huhuhuhuuu... Tapi dek kerana mak aku tgk Fahrin Ahmad yg gaji puluh ribu tu pun tak ada hantaran, mak aku boleh terbukak hati utk bg aku tak ada hantaran. 

Iye la, pd sesetengah org, hantaran tu mcm penyeri pd majlis perkahwinan. Tp, pd aku, ada lg baik kalau duit tu aku guna utk benda lain, yg lg byk akan aku guna lepas kawin. Lantak la org nak cakap apa. Kalau berkemampuan, boleh la berbelanja lebih. Kalau belanja harian pun sipi2, ada baiknya buang benda yg tak diperlukan. Semua barang tu aku boleh beli lepas kawin, tak perlu nak tayang atas dulang, iye dak?

Secara rasminya, aku antara pengantin yg tak ada hantaran. Masa tunang pun aku tak ada hantaran, masa nikah pun aku tak ada hantaran. Sekurang-kurangnya, aku berjaya keluar dr stereotype masyarakat bahawa, pertunangan dan pernikahan perlukan hantaran. Tak ada hantaran, majlis masih lg meriah, bukan?

Hehehehe. Bersyukur kpd Allah, sbb permudahkan perjalanan pernikahan dan persandingan aku. Moga akan lancar hingga ke akhirnya. Aminnn..

Bila hidup jadi makin tawar.

Makanan yang tawar, sudah semestinya tiada rasa. Mengapa? kerana rencahnya sudah tiada. Sebegitulah juga kehidupan. Jika sudah tawar, makanya rencah itu mungkin berkurangan di mana-mana. Bagi sesetengah orang, mereka berfikir mereka hanya memerlukan satu perencah sahaja dalam hidup, sama seperti Maggi Sesedap Rasa atau pun Knorr Pasti Sedap. Satu perencah, sudah boleh mengimbangi seluruh masakan.

Kau fikir ada ke macam tu?

Mestilah tak ada. Perencah serbaguna itu pun sebenarnya kombinasi perencah-perencah yang lain. Ada bawang la, ada entah apa-apa lagi. Semuanya dengan tujuannya untuk menyedapkan rasa. Begitu juga dengan kehidupan. Tak semestinya hanya satu perkara yang terjadi sudah boleh membentuk peribadi seseorang. Mungkin dalam sehari, dia perlu berhadapan dengna seribu masalah. Dalam sehari, die perlu menyelesaikan beratus persoalan. Itulah rencah kehidupan.

Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masin, ada yang masam, ada yang pahit, ada yang payau, ada yang tawar, bak kata orang, semua jenis rasa ada. Memang benar, kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi memberi impak ysng besar kepada kita. Ada yang boleh berubah jd lebih baik, ade pulak yg terus rebah sebab tak mampu nk terima byk sgt perencah. Bila kita selalu berada di zon selesa, maknanya kita akan kekurangan rencah hidup. Jadi, makin lama, makin la tawar.

Huuuuuuu..

Kalau hidup tu da makin tawar, cari lajalan mcmane nak bg die berperisa semula.

Tuesday, May 5, 2015

Mati

Bila kau terbangun dari tidur, dan benda pertama yg kau fikir,

" Bagaimana saat aku mati nanti?"

Bila kau sedang membuat kerja, kau terfikir,

" Dimana saat aku mati nanti"

Bila kau sedang makan, kau terfikir,

" Apakah yg akan aku lakukan disaat aku menghampiri mati?"

Bila kau sedang bergembira, kau terfikir,

" Sempatkah aku bertaubat sebelum aku mati?"

Mati itu pasti. Cuma keadaannya yg masih misteri.

Sedekahkan alfatihah utk mereka yg telah pergi. Moga-moga akan ada yg turut mendoakan kita nanti..

Monday, May 4, 2015

Gatal tangan

Bila tangan yg sudah sedia gatal, menggatal utk digatalkan. Mula tergaru-garu didalam alam maya, mencari cerita zaman lapuk tok kaduk..

Padan muka.

Terimalah sakitnya sendiri..

Sakitnya tuh disini didalam hatiku~

Saturday, March 14, 2015

Reaksi kanak-kanak dulu dan sekarang- babak intim

Bila buka tv, terutamanya cerita barat, pasti ada babak intim.

Ape tu babak intim?

Alaaaa, babak censored tu....

Huhuhuu. Dulu, kalau ada babak macam tu, mak bapak aku suruh anak tutup mata, pandang tempat lain. Sampai dah besar gajah pun,bila ada adegan macam tu kat tv atau kat wayang, automatik kepala mesti berpaling pandang tempat lain. Tetibe cari barang hilang la, makan la, belek baju la. Hahaha. Sebab rasa malu nak tengok. 

Tapi aku pelik tengok segelintir budak, yang lagi kecik dari aku.

Bila ada babak mcm tu, buntang mata diorang tgk tv. macam nak terjojol mata masing-masing. Huhu. Tak ada rasa malu langsung.

Huhu. Nampak tak jurang generasi tu? Dulu lain, sekarang lain. Dulu, hiburan tu datang dr TV semata-mata. Pulak dapat siarang pun ciput je, Semua siaran dah ditapis. Jadi, adegan-adegan pelik tu pun byk la yang dah dipotong. Sekarang ni pulak zaman internet, budak umur 7 tahun dah pandai tgk cerita merah biru hijau kuning. Manalah nak malu dah. Huhuhu. Mak ayah zaman sekarang ni besarkan anak dalam suasana mencabar. Tak tahulah aku nnt macamana nak besarkan anak aku sendiri..

Nangis.... T_____T

* utk kesekian kalinya, ini adalah entry bulan februari yang dah berhabuk sebab aku malas nak menulis. *

Bayar PTPTN guna duit KWSP

PTPTN = KWSP


Aku ada hutang PTPTN. Hahaha. Tapi, nasib baik tak banyak. Dalam satu semester, tambah dgn RM1500 duit pendahuluan tu. Huhu. Aku pernah bayar, dlm hampir RM1500. Tapi bila aku cek semula, hutang aku tu macam tak gerak-gerak. Tension aku dibuatnya. Huuu. Sebelum ni, punya liat aku nak bayar PTPTN ni. Mana taknya, habis study, aku kerja Sushi King je. Gaji pun cukup makan, inikan plak nk bayar hutang. Pulak kadang-kadang memang aku terlupa pasal hutang aku yg ni. Hahahaha. Hutang dr tahun 2008, tahun 2015 baru nak settle, mmg menggunung la bunga-bunga matahari dalam akaun hutang aku tu. T_____T.

Hari tu aku belek la akaun KWSP aku. Eh, tetibe rasa ade baiknye aku settlekan PTPTN aku sekali harung tu pakai KWSP. Tak ada la aku asyik terbelenggu dengan hutang je, kan? Lagi cepat settle, lg bagus. Apsal la aku tak terfikir benda ni dari awal Huhu. Setelah berbelas kali belek web PTPTN dgn KWSP, aku pun amik keputusan, ' Now or never'.

Mula-mula, aku kena sediakan surat akuan baki dari PTPTN.  Cara die? Cara pertama, g kat laman web PTPTN. Pastikan masuk laman web rasmi ye.

Klik kat laman web rasmi tu.

Lepas tu, akan keluar Anjung

Bukan Anjung rumah ek, ni Anjung PTPTN.
Skrol ke bawah, sampai la jumpa senarai borang yang ade.

Klik kat borang Permohonan Baki Pinjaman Individu 
Nanti akan keluar page ni..

Borang Online
** Update: Bila tekan link tu, dah tak keluar da borang baki pinjaman mcm kat atas ni. Sebaliknya, akan keluar borang baki pinjaman dlm bentuk pdf. Kita hanya perlu print, dan isi, dan hantar ke pejabat PTPTN. Selain itu, bentuk borang baki pinjaman tu, memang sama sebijik mcm borang baki pinjaman kat kaunter PTPTN. Tak print borang melalui web pun tak ape. Terus amik kat kaunter dan isi..** 

Lepas tu, isi la ape yang patut. Yang no pinjaman tu, boleh rujuk pada penyata baki pinjaman PTPTN yg dihantar kat rumah tiap-tiap tahun tu, atau boleh call hotline PTPTN, atau boleh call mana-mana cawangan PTPTN, dan diorang akan tolong carikan no pinjaman tu, berdasarkan no kad pengenalan kita.

Ni Penyata baki yang aku dapat 7 tahun lepas. Nasib baik aku simpan, boleh la tahu no pin yang juga merupakan no pinjaman. Boleh guna utk cek baki secara online juga!

Siap je isi, tekan butang seterusnya, lepastu akan keluar lah borang ni. Apa yg kita tulis tadi akan diisi dalam borang ni. Cetak, lepas tu boleh bawak pergi PTPTN terdekat atau enail pd pejabat PTPTN. 

Lepas dah cetak borang tu, bawak la borang tu pergi PTPTN terdekat.

Ini utk PTPTN negeri Johor.
Aku pergi hantar borang pd hari Sabtu, kat UTC Galleria Kotaraya. Memang senang. Aku pergi memang tak ada orang. Amik je no, terus dipanggil. Menurut akak yg jaga kaunter tu, yang keluarkan surat pengesahan baki tu adalah PTPTN kat Bandar Baru Uda tu. Surat tu boleh je dikeluarkan serta merta, tapi diorang cuti hari sabtu, maka hari ahad baru surat tu akan dikeluarkan. Akak tu cakap, nanti die akan call bila siap. Tak payah tunggu sampai 3 hari bekerja.  

Keesokkannya, hari ahad, lebih kurang pukul 6.30ptg, pejabat PTPTN UTC call aku,cakap surat pengesahan baki tu dah siap. Aku pun apa lagi, lepas je maghrib, terus pergi ke UTC. Sengih kejap bila dah dapat surat pengesahan baki tu. Dalam kepala aku, esok nk mintak time-off kat boss, nak keluar kejap utk pergi KWSP, nak settle semuanya.

Entah macamane, aku demam hari isnin tu. Dah la demam, bila g klinik, doktor cakap aku kena tekanan darah rendah, 100/60. Perghhh. Patut la kepala aku pusing-pusing macam gasing. Huhu. tapi, demi PTPTN, aku gagahkan jugak badan aku yang sakit-sakit ni pergi KWSP. Nasib baik tak tersadai kat tepi jalan. Huhuhu. Disebabkan aku tak isi lagi borang KWSP, makanya aku kena amik no, dan pergi ke kaunter pertanyaan. Kat situ, akak kaunter tu cek segala dokumen yang dibawak, dan dia akan berikan borang pengeluaran 9H KWSP.

Nasib baik aku tak terbuang perjanjian ni.Kalu tak, menangis aku kena bayar RM90 utk dapatkan salinan dr PTPTN.

 
Ini la syarat-syarat yg perlu dipatuhi kalau nk bayar PTPTN guna KWSP. Utk keterangan lanjut, layari la PTPTN.gov.my atau kwsp.gov.my
Lepas siap isi borang, aku pergi ambil no sekali lagi. Tak sempat aku cari kerusi, terus no aku kena panggil Hohoho. Sungguh efisyen KWSP sekarang ni. Hantar borang kat kaunter, cap jari kiri kanan, semua dah settle. Alhamdulillah. menurut kata abg KWSP tu, nnt aku akan dimaklumkan kalau transaksi aku berjaya. Huhuhu. Harap-haraplah berjaya, sebab aku dah taknak lg tanggung hutang PTPTN yg makin menggunung tu. 

So, sekarang ni bukannya susah nak bayar PTPTN. Sama ada nak atau tak nak je. Yang penting, hutang tu wajib dibayar.

** Update: Aku pergi hantar borang kat KWSP pd 9 Mac 2015. Ikut pd penyata KWSP aku, pengeluaran pendidikan aku dilakukan pd 11 Mac 2015. Disebabkan aku bayar masa waktu offer (20% diskaun), akhir bulan tu, baki 20% tu selamat dalam akaun bank aku. Hehe.. Secara rasminya, aku telah bebas dari belenggu PTPTN* *

Saturday, March 7, 2015

Kursus Kawin- Pulai Utama Management

* Ini sebenarnya adalah entry bulan Januari. Tapi, disebabkan ketapian aku, entry ni tertapai selama 2 bulan. Jaaaaa~ *

Sebenarnya, dari tahun lepas aku da cari tempat nk kursus kawin. Aku pun mula la menggoogle..


Gigih bukak satu-satu
Aku pun bukak la, dari satu link, ke satu link. Aku baca satu persatu tempatnye. Abg Fairuz bg syarat, kursus mesti kat MASJID. Makanya, tempat-tempat kursus kat hotel ataupun dewan telah terkeluar dari senarai. Ade 2 masjid yg aku timbang, Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti, pastu Masjid Abu Bakar, Johor.
Aku rasa, aku nak pergi kursus kat Masjid Abu Bakar. Tapi bila aku usulkan pd abg Fairuz, die cakap, " Kita pergi masjid Taman Universiti, sebab  dekat dengan UTM. Keluarga dia pun menginap kat UTM. Terpaksaa la aku korek lagi kat internet senarai kursus kahwin yang ada kat Taman Universiti. Tetibe aku terjumpa laman ini:

http://kursus-kahwin.blogspot.com/
Haaaa.. Aku skroll ke bawah, jumpa la tempat yg dikehendaki. Aku pun tunjuk pd abg Fairuz, die suruh pergi pd 17-18 Januari 2015.

Aku baru printscreen, sebab tu die tulis dah penuh..
Hari yg dinantikan dah tiba. Aku pergi kursus dgn Abg Fairuz, adik die,Nadiah dan kawan opis aku, juniza. ( Maaf la, gamba kami bertiga takde.. huuu)

 
Lepas daftar, dapat la buku ni......
Sesi pertama, agak mengantuk, sebab pagi, kan? Hahaha. Susah jugak aku nk hadam ape la penceramah tu bgtau. Punya susah nk paksa mata ni terbukak. Dalam hati aku, kalau macam ni la sepannjang kursus 2 hari, maunya aku mati keras dalam dewan masjid ni. Ade kang aku tido bawah meja. Huuu.

Tapi, jangkaan aku meleset. Masuk je slot ke dua sampai la hari terakhir aku kursus, aku keje gelak je. Gelak sampai keluar air mata pun ade. Memang penceramah semua kelakar dan pandai tarik perhatian perserta. Pulak peserta ni kebanyakkannya budak-budak UTM (kecuali kami yang dah pangkat kakak-kakak dgn abang-abang.. Nangis.. T___T). Isi kandungan kursus menarik, dalam masa yang sama buatkan kita ni berfikir tentang alam perkahwinan tu. Ade yang realiti, ade yang fantasi. kebanyakkan penceramah ni memang dah arif dalam situasi perrkahwinan, sebab dorang berdepan dengan pasangan yang dah berkahwin ni tiap-tiap hari. Apa yang mereka kongsi tu sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai teladan dan sempadan pada anak muda yang nak berumah tangga.

Ada satu slot yang memaparkan video pasal proses pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Huu. Aku rasa, takde pun peserta yang bg perhatian pd video ni. Hahahaha..

Orang yang depan sekali baju kuning tu.. tidoqqqq plak..
Kursus selama 2 hari, kami dihidangkan dengan makan pagi dgn tengahari. Makanan die, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. Disebabkan kursus kami kat masjid, jadi tak ada masalah bagi kami utk solat dan berehat. 

Sebelum berakhirnya kursus 2 hari tu, ada diadakan kuiz utk uji pengetahuan peserta. Aku ingatkan kuiz ni macam zaman sekolah dan akan dikutip semula, rupanya utk tgk sejauh mana pemahaman kita je. Lepas ujian yang disemak oleh kawan yang duduk sebelah, keputusan tu boleh la disimpan dalam fail. 


Yeaaaaaaa.. dah habis kursus kawin.. Makanya, aku da boleh kawin la, kan? Hahahaha...


Mencari Manusia Sempurna

Nak cari manusia yang sempurna? Boleh ke jumpa?

Ramai yg nk mencari manusia yang sempurna jadi teman hidup. Ramai yang nak cari manusia sempurna nak dijadikan sebahagian dari hidup mereka. Kalau org tanya aku, dah jumpa ke?

Jawapan aku mudah je. 

Dah. Hampir jumpa. Insyallah jika diberi kesempatan dr Yg Esa, lagi 3 bulan, dia akan jadi sebahagian dr hidup aku, yang sah. Dia tak sempurna, tp aku yakin kelebihan aku akan buatkan dia jadi org yang sempurna, dan kelebihan dia akan buatkan aku jadi sempurna.

Rasa takut tu tetap ada. Dilemma tu tetap ada. Walaupun dah lama aku tunggu saat ni, tp aku pun manusia biasa. Macam-macam yang mengganggu fikiran aku. Siapa yang tak takut? Ni adalah pilihan seumur hidup, pilihan yang akan pengaruhi seluruh kehidupan aku. 

Tapi, satu je yg buat aku yakin. 

Allah ada.

Tak ada manusia yang sempurna, bahkan aku.

Friday, March 6, 2015

Majlis tunang saya yg simple

Siapa kata majlis tunang kena grand? Siapa kata tunang kena ada hantaran, pelamin, fotografer mahal, goodie bag? 

Sekarang, semua tu dah jadi trend, sampai nk tunang pun org pening kepala. Aku? Aku tak pening kepala, sebab tunang aku ni, sweet orangnya. Die buat suprise... Sampai aku pun suprise. Huuuu.. Aku hanya tahu aku nk bertunang kurang dari 24jam. Ko hado? 

Hahahaha..

Minggu tu, alkisahnya aku ada kursus kawin dgn abg Fairuz dgn adik die, Nadiah. Jadi, memang family abg Fairuz dijangkan utk datang rumah aku, bukan utk merisik atau bertunang, tp sebab nk jalan-jalan je. Kami bertiga pergi kursus kawin kat Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti pada 17-18 Feb. Abg Fairuz sampai awal, hari jumaat tu. Dia sampai pukul 6.15pg, sebab dia naik train KTM dr KL. Tapi, ape la nasib die dpt bakal bini yg lambat bersiap. T____T. Aku smpai pukul 7pg. Kesian die. Huuuu. 

Aku jemput je die, terus g sarapan. lepas tu, jalan-jalan. Masa tu, die sibuk tanya saiz cincin aku. Perlu ke? AKu nak je tanya soalan tu, tp aku lupa. Huuuuu.. Kami keluar mcm biasa je lepas tu. Malam tu, baru la die bagitau, esoknye family die datang nak sbg rombongan. Apakah??? Huuuu. Alasan die, sbb tak nak aku pakai T-shirt dgn track suit je. Sbb taknak gtau aku awal-awal? Sebab tak nak aku beli baju baru lagi. Huuuu. memang pun. benda pertama yg aku ckp bila aku tau nk tunang?  "Huuuu.. tak ada baju..."

Satu-satunya kawan aku yg datang hari tu. Bidan terjun...

Kawan aku yg datang, sorang je, Khalid. Tu pun nasib baik die takde buat ape2 hari tu. Huhu. kesian dia. Dah la suami die datang dr KL ke Kota Tinggi, nk spend masa dgn bini. Tak pasal-pasal kena datang majlis tunang aku. Huuuu. Sorry Khalid. 

Baju aku tu? Tu baju adik aku. Hahahahaha. Sebab aku tak ada baju yg berapa elok untuk bertunang. Hahaha. Selendang tu? Tu selendang bos aku bg, ole-ole dr Mekah. Die baru je bagi masa hari Khamis, hari sabtu aku dah pakai. Hahaha. nasib baik matching dgn baju aku tu. Mula-mula aku tak nak make-up. tapi, aku kena bebel dgn adik aku. Huuu. Jadi, terpaksa la aku make-up nipis sikit. 

Bincang...

Adik  beradik abg Fairuz dgn sedara mara die.
Keluarga abg Fairuz sampai dalam pukul 9.00mlm. Dalam 15min, aku dah dipanggil keluar. Eh, cepatnya?? Huuu.. Majlis ni, majlis merisik dgn tunang sekali. Jadinye, aku dapat 2 cincin. Walaupun pd awalnya, aku mintak cincin yg simple je, tak nak ada permata. Alasan? Sebab nnt senang nk cuci pinggan. Aku plak jenis kalu da pakai cincin, memang susah nak tanggalkan. Memang akan terus melekat kat jari aku. Tapi, aku dah kena marah dgn mak abg Fairuz dgn sepupu die, merangkap juga bestfriend kat uni dulu, Mazni, sebab aku nk cincin simple sgt. Huuuuu..

Aku duduk kat tengah-tengah ruang tamu, dengan semua mata tertumpu pd aku. Mak abg Fairuz sarungkan cincin merisik dan cincin bertunang. Terasa mcm zaman dahulu kala plak bila mcm ni hahaha..

Cincin merisik

Cincin tunang

Gigil tangan masa ni. Hahahaha
Alhamdulillah. Selesai sume. Tarikh 17 Januari 2015, aku dah sah jd tunangan Abg fairuz. Gigil tangan aku masa tu. Hahahaha. Walaupun majlis simple, gugup tu tetap ada. 
Bergambar dgn emak abg Fairuz sebelum rombongan pihak lelaki balik.

Tadaaaaaa... bergambar dgn Khalid dan emak aku

Dengan adik beradik aku
Cincin risik

Cincin tunang
Hahahaha. Maafkan la jari jemari aku yg kasar berdegar tu. Huuu. Alhamdulillah, segalanya da selesai. Tak ada pelamin, tak ada hantaran, tak ada fotografer. Segala gamba diambil oleh adik aku dan juga handphone mereka-mereka yg hadir. Snap sana sini je la. Heee. Simple, tak sakitkan kepala. Cuma sediakan makanan je. Semua makanan dimasak oleh orang kuat dapur iaitu mak sedara aku dan akak aku.. Ngeeee...



Aku berterima kasih atas pertolongan mereka. kalau tak, majlis ni takkan berjalan dgn lancar. Walaupun majlis aku simple, tp meriah. Pasti akan aku simpan dlm kotak kenangan aku. Heee..

Btw, gambar abg Fairuz mmg tak ada, sebab die tak datang masa majlis ni. Memang betul-betul ikut adat. heee..

Cara-cara isi borang e-BE ( Cukai pendapatan)

Siapa yang kat sini ade masalah isi borang e-BE? Hahahaha.. Aku antara org yang ade masalah. Sebab apa? Sebab aku tak faham dengan sebenar-benarnya. Padan muka aku. (Adui). Sebelum ni, beria-ia aku ingatkan cukai ni dikira berdasarkan gaji bulanan, rupenye berdasarkan gaji tahunan.. (Apakah????)

Ok, macam ni. Mula-mula, kalau tak pernah daftar cukai pendapatan, pergi kat LHDN utk dapatkan no pin dgn no cukai pendapatan. Bawak je borang EA yg dah diberi oleh majikan. Aku pernah buat tahun lepas, jadi aku dah tak payah buat tahun ni. Makanya, aku terus masuk laman web e-filling macam biasa. 

bahagian E-filling.

Ok, untuk sesiapa yang dah tahu ni cukai pendapatan die, boleh la buat permohonan no pin kat ez.hasil.gov.my ni. Kat main page tu, klik kat permohonan no pin. Lepas tu, akan keluar page yg mcm kat bawah ni. Ikut je la ape yang die nak, sampai dapat no pin. (Aku tak tahu sebab aku amik no pin kat LHDN, sebab aku tak tahu no cukai pendapatan aku. Kat sana memang aku terus dapat no pin dgn no cukai pendapatan)

Paparan yg akan keluar utk mohon no pin. Alamat email tu mesti alamat yg berdaftar dgn LHDN. Kalau tak berdaftar, kena la pergi daftar kat LHDN ye.

Tu, die tulis suruh gak g LHDN. Beratur la panjang-panjang semata-mata sebab nak amik no pin. Nangis jap..
Lepas tu, bila dah dapat pin, kembali semula pada halaman depan tu, tekan login kali pertama. Nanti, akan keluar halaman macam kat bawah ni.




Masukkan no pin yg dah dapat kat LHDN atau yg dibuat kat proses atas td. Lepas tu, ikut je la ape yg die nak.

* UPDATE: Siapa yg terhilangkan password, sila la pergi ke LHDN utk dptkan kod pengaktifan sementara. Tapi kalau dah ada email berdaftar dgn LHDN, boleh masukkan. Kalau tahun lepas, kita boleh dptkan password kita melalui soalan keselamatan. tapi, mulai tahun ni LHDN dah mansuhkan dah aplikasi tu. Memang sungguh tak user friendly. Lagi satu, sekarang dah ada kriteria utk password.  Aku dah ada emel berdaftar, tp yg peliknya boleh pulak email tu tak ada dlm sistem LHDN. Jadi, terpaksa la pergi LHDN. Satu kerja la pulak. * 





** Update tahun 2016**

Sekarang dah kena tetapkan Frasa keselamatan, ala-ala masa nk login e-banking.


Bila dah selesai semua, boleh la log masuk.  Nanti akan keluar halaman macam kat bawah ni. Nampak tak tulisan tekan di sini tu? Siapa-siapa yang nk buat e-filling, tekan la kat situ.


Akan keluar halaman ini, nampak e-filling sebelah kiri tu. Pilih la e-borang yg dikehendaki.

Pilih lah tahun yg dikehendaki

Lepas tu, siap sedia dgn borang EA kat tangan. Peperangan nk tuntut kembali cukai telah bermula!!!!!
Ni borang EA yg dpt dr majikan, 
Bahagian A: bahagian peribadi kite. HR akan tolong isi siap-siap benda tu semua. 
Bahagian B: Tu la pendapatan kita. Segala jenis komisyen la, bonus la, ape la..

Bahagian C: Pencen. Ni khas utk org2 yang dah dapat pencen.
Bahagian D: Ni jumlah PCB yg dah kena tolak tiap-tiap bulan. Korek la payslip masing-masing, dan kira semula, betul ke tak jumlah yg ditulis tu. Kalau tak betul, sila pergi ketuk HR. Sesiapa yg ada bayar zakat harta,bahagian ni pun akan ditulis gak, kalau zakat tu dipotong secara automatik la. kalu tak, kena tulis sendiri masa claim nnt,
Bahagian E: Yg ni, jumlah tahunan yg korang dah bayar utk KWSP.
Bahagian F: Kalau la ade tahun-tahun lepas korang lupa nk declare, tulis la kat sini.
Bahagian G: Bahgian ni, sebenarnya takde ape-ape kaitan dalam borang e-BE nnt, sebab ni cuma nak tunjukkan dalam sepanjang tahun korang kerja tu, korang dapat elaun yg tak payah kena cukai. Itu je. Bukannye pelepasan cukai. 

Kembali semula pd e-filling td. Lepas tekan tahun taksiran tu, akan keluar la paparan ini:

Maklumat individu
Update 2017

** Update: disebabkan aku dah kawin, jadi kena letak tarikh nikah, jenis taksiran, dan juga maklumat suami**

Maklumat individu, pastikan sama dgn apa yg ditulis dalam bahagian A borang EA tu. Cek semua sekali, banyak kali pun takpe.

** Update: utk kakitangan awam, anda akan dibekalkan dgn borang EC. Maaflah, tak ada contoh, sbb aku ni kakitangan swasta**


** Update tahun 2017**


Pendapatan berkanun tu adalah jumlah keseluruhan gaji, termasuk segala bonus. Kalau dapat pencen, isi la kat tempat pencen tu. Nanti die akan tolong kira siap-siap. Bahagian PCB tu, bila kita dah berdaftar dgn LHDN, automatik dorang dah ada data pasal PCB yg dah ditolak tiap2 bulan tu. Kalau ada beri sumbangan pd badan kebajikan/ NGO yg boleh dpt pengecualian cukai, boleh la diisi di bahagian TOLAK: Jumlah derma & hadiah yg diluluskan

Lepas tu, sampai pada tempat yg dinantikan, pelepasan/rebat/tolakan cukai. Hahahaha. Kat sini la peperangan sebenar bermula. Masa ni la kepala sakit nak cari resit yg dah setahun, cari apa benda yg boleh di claim. Beli buku ke, raket badminton ke, beli komputer ke, sume ko korek semula. Penuhlah sampah sarap atas meja sekejap. Takpe, demi duit, sanggup ko susah payah. Hahahaha. Ada bayar zakat? Ape lg, isi laaaa..

Claim, jangan tak claim....

** Update tahun 2017: sekarang dah boleh claim utk ibu dan bapa. Sebelum ni, hanya boleh claim utk ibu bapa yg ada sakit kronik dgn surat doktor. Tapi sekarang, dah boleh claim utk ibu dan bapa, tp dgn syarat ibu dan bapa mestilah berumur 60 tahun ke atas. 


** Update tahun 2017: Sekarang SOCSO/ PERKESO dah boleh claim tax. Sila cari semula payslip utk setahun, tambahkan semua jumlah caruman SOCSO tu. Tulis di tempat yg berkaitan.

Bila dah isi semua bahagian, akan keluar rumusan mcm kat bawah ni:

Jumlah pendapatan: Jumlah pendapatan, duit gaji, duit bonus, duit pencen, segala duit yg masuk, yg termaktub dalam jenis yg perlu dikenakan cukai.
Jumlah pelepasan: Ini segala duit yg korg guna utk bayar itu ini, Macam aku yg dah terbuang semua resit ni, aku boleh claim utk diri sendiri yg wajib tu je, RM9000 dgn KWSP je. Nangis.. T_____T 
Pendapatan bercukai: Jumlah pendapatan ditolak dgn jumlah pelepasan.

Link utk senarai pelepasan cukai: tekan SINI

Lepas tu, pandai la LHDN nk kire berapa cukai yg dikenakan, mcm jadual bawah ni. 

Sila tgk gaji tahunan bersih lepas ditolak pelepasan ye. Tengok gaji tu jatuh kat mana. Gaji aku jatuh kat bahagian yg bertanda tu. Tak banyak mana pun kena cukai gak. Nangisssss.. T____T
* Update: Jadual taksiran tahun 2015



Nanti, jumlah cukai yg perlu dibayar tu akan dikontra dgn PCB. Kalu sebelum ni PCB kena tolak lg byk dr cukai yg sepatutnya, dapat la duit baki tu. Kalau PCB ditolak lg kurang, bersedia la utk rabakkan poket nk bayar lebihan cukai tu. 

Lepas tu, keluar laaaa yg last ni. Sila la selesaikan..


Update 2017: Akan keluar mcm ni bila kita ada lebihan bayaran

Update 2017: Sekarang nk kena tandatangan pulak. Sblm ni hanya hantar je.


Simpan la benda ni utk jd pengesahan yg kita dah hantar cukai pendapatan



Tadaaaaaaa. Siap. Tunggu la duit masuk, atau pun bersiap sedia la utk keluarkan duit. Kalau layak dapat claim, tunggu la sekurangnya 2 minggu, insyaallah anda akan kaya beberapa ringgit dalam bank. Kali ni, aku kaya RM21.41 je. Huuuu. Lepas la ayam kepci satu set.. Alhamdulillah..

** Update: Jika kita terlupa nk print Pengesahan Penerimaan e-BE utk simpanan sendiri, begini caranya:

1. Log in seperti biasa.

2. Di bahagian e-Filling, pilih semakan pengesahan. 


3. Akan keluar ini. Pilih jenis borang (dlm kes ini, adalah borang e-BE) dan tahun taksiran (nk print utk tahun taksiran sebelumnya pun boleh).


4.  Akan keluarlah Pengesahan Penerimaan e-BE bg tahun yg dikehendaki. Jgn lupa save ye.