Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435 H

Ramadhan tiba lagi..

Buka mata, buka minda.
Bersihkan hati, sucikan jiwa

Bukan kata,
" Aik, masa puasa je nak berubah? Waktu lain perangai mengalahkan setan"

Sekurangnya ada juga niat nak berubah. Insyaallah, mana tahu hidayah Allah tu datang masa bulan puasa, terus berubah secara istiqamah. Hidayah tu kan milik Allah, jangan lupa tu.

Kita yg nak kata amal suam-suam kuku ni, jangan la pandang hina pada org lain. Belum tentu amalan kita diterima. Sekurangnya dalam satu masa dlm hidup mereka, ada juga perubahan, tahap iman mereka lebih tinggi dari kita, berbanding dgn diri kita yg gitu aje tahapnya.

Jadikan Ramadhan titik perubahan dalam hati dan jiwa. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Akhir kata:

Saturday, June 28, 2014

Monday, June 23, 2014

Selamat Hari Lahir emak..

Selamat hari lahir ke 53 utk emak.


 Terima kasih sebab sentiasa terima anak mu seadanya.
Terima kasih kerana membesarkan ku
Terima kasih kerana tak pernah jemu memberi kasih sayang..
Jasa mu takkan mampu ku balas walau dengan darah sekalipun..

Thursday, June 12, 2014

Antara kawan dan kekasih

Kadang-kadang ada orang rasa, kawan lebih penting dari kekasih..

Kadang-kadang ada orang rasa, hati kawan lagi penting dr hati kekasih..
Sebab kekasih tu dah kasih kat dia, buat macamana pun kekasih pasti tak lari, tapi kawan tidak.
Tapi, kekasih tu pd mulanya kawan juga. Hatinya tetap perlu dijaga juga.


Macam-macam ragam kat dunia ni...

Tuesday, June 10, 2014

Tarikh

Bukak Facebook...

Skroll..

Skrolll..

Skrolllll..

Soalan yg kerap nampak:
1. Bila tunang?
2. Bila majlis nikahnya?
3. Eh, g honeymoon ke?
4. Ko da mengandung berapa bulan?
5. Wife ko bila bersalin?
6. Anak ko umur die da berapa tahun?
7. Anak ko da masuk berapa?

Aku?

Sengihhhhhh~

Kelakar.. 

Kawan-kawan yg sama2 ketawa, belajar, bergembira masa belajar, semua dah melalui fasa ni. Aku? Tengok depan cermin, tenung diri dalam-dalam.. Bukan tak terfikir, tp benda tu angan-angan je. Hahahaha.

Dugaan..

Ni semua dugaan. Ni takdir aku. Tak pasti sempat merasa, atau aku dijemput menghadap Sang Pencipta dulu. Kalau takdir aku dah kata tak sempat, maka aku hanya mampu berdoa agar aku dijadikan sang Ketua Bidadari Syurga. Masihkah ada masa dgn dosa aku yg menggunung ni? 

Luahan hati aku

Luahan hati aku:

Yg lain..

Boleh dpt bunga, coklat, cincin, kek, masakan mu dan nyanian mu di hari lahir mereka...

Tapi aku?

Tiada..

Mungkin aku belum selayak seperti mereka..

Penantian



Sepi dikamar ini
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian...sendirian....

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan
Pengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa
Pada bayangan yang tak pasti... oh...

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar
Bersama impianku

Dan..telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan
Pengubat rindu... oh...

Kau dahagakan...
Ku kehausan...
Setitik rasa... oh...
Aku tenggelam...
Kehampaan...
Sendirian...

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan
Pengubat rindu... oh...

Mana sinaran ?...
Terangilah hidupku...
Tak sanggup lagi... aku... sepi...

Hadiah harijadi

Hari lahir aku bakal tiba tak lama lagi.... bila? Lagi 2 minggu. Hehehe. Maka genaplah aku yang berumur 26 tahun. Makanya aku tengah terfikir apa hadiah untuk diri sendiri. Iye la, nak tunggu org belikan, rasenye macam takkan berpeluang. Nak merasa, maka belikan la untuk diri sendiri. Orang tengok memang la sedih, sbb perasaan die sama mcm Mr Bean bg kad krismas kat diri sendiri, tak ke gitu? Hahahha. Benda-benda yang aku nk beli?

1. Cincin. Aku nk beli cincin emas. Sebentuk. Stail kegemaran aku? Cincin belah rotan. Sebab nampak simple, mcm aku yg suka benda simple. Org ckp nnt boleh dpt masa kawin, tp... entah la. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli sendiri. Hahahaha. Gitu. 

2. Bunga. Ros. Aku nk beli bunga ros sekuntum. Tu je. Hahahaha. Mesti kelakar kan? Tak pun, sbb pd aku, satu tu dah cukup da.

3. Coklat. Aku nk beli coklat dlm tin tu. 1 tin.

4. Bercuti sorg diri. Hmm. Yg ni aku dah mula survey tempat nk bercuti. Tak lama aku boleh cuti, tp asalkan aku boleh spend birthday aku dengan senang hati. Aku akan bawak sume benda yang aku nk beli tu, dan habiskan sepanjang hari birthday aku tu kat sana. Amacam? Hahahaha.. Macam kelakar pulak aku dok sorg-sorang, smbil pegang bunga dan makan coklat. Oh, terlupa nk beli kek 1 potong. Nak beli byk-byk, nnt kenyang terbongkang plak. Tak leh...

Hahaha. Ni la hadiah yang aku tak pernah dpt seumur hidup aku, kecuali kek. Mungkin bg org lain, benda ni mcm dah biasa da dpt, tak kesah da. Tapi, aku bukan la antara org yg terpilih tu. Hehe. Aku harap planning aku ni akan berjaya. Ikat perut sikit utk pastikan planning aku ni berlaku dgn jayanya, sbb ia hanya akan berlaku bila ada duit. Hahahahahaha. Ok, nmpak sgt aku dah hampir ketandusan duit. Tapi sekali sekala utk diri sendiri, apa salahnya kan?

* Tunggu je la 25 Jun nnt, sama ada planning aku ni berjaya ke tak..*