Wednesday, May 28, 2014

04 Jun 2014

04 Jun 2014

Dah nk hampir tiba, seminggu lg je..

Apa nk buat? Apa nk bg?
Nk buat design kad mcmane? Warna ape? Pakai kertas apa? Corak apa?

Nak beli hadiah ape? Gadjet? Handmade?

Okay, aku tengah fikir lg....

Saturday, May 24, 2014

Alahai Cadbury

Alahai Cadbury
Tak nak menjaga hati kami ini.
Tak menjaga sensitiviti kami.

Bukan kah kalian tahu babi itu haram bagi kami?
Jika tidak, masakan kalian bersusah payah memohon sijil halal?
Adakah bila sijil halal sudah diperolehi, sewenang-wenangnya kalian mengisi apa saja didalamnya?
Kenapa perlu dicabar kesabaran kami?
Kenapa permu dicemari kesucian perut kami?

Wahai Cadbury, sama seperti nama kamu,

We will BURY you down.

#SelamatTinggalCadbury

Friday, May 23, 2014

Barang berjenama

Kepada peniaga online barangan berjenama:

Harap maaf,
Sila jangan tag nama saya di dalam facebook.
Saya seorang yg kedekut (tgk post ini, ini dan ini)
Saya tak suka beli barangan berjenama, dan saya tak pernah berangan nak memilikinya walau satu pun.
Sebab?
Sebab saya tak minat, sebab saya tak suka.
Harga beg sama macam belanja saya selama 2 minggu.
Makanya, saya tidak suka duit belanja makan saya diganggu dengan benda yg bukan saya suka.
Saya lebih suka belanjakan duit saya utk membeli makanan.

Sekian,
Harap maklum.

Thursday, May 22, 2014

Sambung belajar

Sambung belajar tu dah jadi sebahagian dari impian aku sejak dulu. Hehe. Belajar dalam ke luar negara? Salah satu impian aku lagi, belajar kat luar negara. Kenapa? Sebab nk timba pengalaman.  Dulu pernah dpt tawaran masa lepas SPM, tp terpaksa dilupakan sebab mak bg syarat:
Kawin dulu baru boleh sambung belajar kat luar negara
Tapi, abah pulak bagi syarat:
Habis belajar dulu, baru bercinta
Tengok tu? Kan dah ada dua percanggahan kat situ? Akhirnya aku amik keputusan sambung dalam Malaysia, sebab aku memang tak ada calon suami, tak ada rasa nk kawin dan tak ada rasa nk bercinta. Bila dah umur 26tahun ni, rasa nk belajar tu terdetik semula. Walaupun masih lagi dlm perancangan, walaupun masih lagi dalam penelitian, pertimbangan tu dah ada. Bunga-bunga nk sambung tu dah ada. Kawin? Aku belum kawin lagi, dan tak tahu bila aku nk kawin. Kemungkinan besar mak aku masih lagi bagi syarat yg sama, tp pada aku, akhirnya aku yang kena buat keputusan sendiri, kan? Aku tak tahu adakah mak aku akan bantah macam masa aku dpt tawaran kerja kat luar JB dulu atau tak, dimana syarat yg dikenakan mak aku tetap sama:
Kawin dulu kalau nak keluar dari Johor
Senang kata, mak aku tak nak anak dara die ni sorang-sorang kat tempat org. Tapi bila keadaan dah tak mengizikan, nk buat mcmane kan? Terpaksa la berdikari, terpaksa berdiri atas kaki sendiri, terpaksa jaga diri sendiri. Tu je pilihan yg ada.  Kalau sampai tua aku sorang-sorang, akhirnya aku juga yg kena jaga diri sendiri, iye tak? Hehe.

Berfikiran positif. Lepas ni, mcm-mcm lagi dugaan. Kalau kat tempat org, kena tindas, duit tak cukup, sakit sorang-sorang, tu semua perkara biasa. Bak kata aku tadi, terpaksa la berdikari walau sakit mcmane pun. Tak ada org mati belajar sorang-sorang kat luar negara, walaupun ada yg cedera kena rompak. Huhu. Mintak dijauhkan la. 

Mintak dipermudahkan segala urusan. Aminnn..

*Update: Universiti tempatan turut termasuk dlm pertimbangan... Semakin serabut gamaknya aku nk pilih..*

Perancangan.

Banyak yang aku rancangkan.

Nak kawin
Nak sambung belajar
Nak berhijrah
Nak tingkatkan ilmu.

Tapi, semuanya tak bergerak lagi. Aku masih mcm ni. Tak ada perubahan. Toleh kiri, toleh kanan, pandang depan, pandang belakang. Aku masih di tempat yang sama, tak melangkah kemana. Orang lain dah merata jauh pergi. Ada yang dah habis belajar peringkat Master, dah nak sambung PhD, ada yang dah menanti anak kedua lahir, ada yang dah bekerja kat tempat baru, ada yang dah selamat berhijrah. Ada kawan aku yang dah capai semua sama macam yang aku rancangkan. Tapi aku?? Masih kat sini. Masih termangu menanti. Masih bertatih lagi. Masih berkira-kira. 

Hmmm.. rezeki masing-masing. Rezeki diorg dgn rezeki aku lain. Doa je la moga dimurahkan dan dilorongkan rezeki. Iye tak? Hehe.

Friday, May 16, 2014

Tentang kita

Credit: Google
~kopipasta~

Wanita itu hebat. Lemahnya wanita mampu menongkat dunia. Menangisnya wanita kerana mahu mengumpul kekuatan menghadapi cabaran. 

Wednesday, May 14, 2014

Senam

" Uda, pergilah jogging semula. Main badminton ke. Pergi la bersenam sikit"

Terkedu aku bila emak secara tetiba tegur aku sebegitu.

" Nape emak? Uda nampak sakit ke?" Tanya aku.

" A ah. Nampak tak sihat. Nampak kurus sgt, tak macam dulu. "

" Macam dulu?"

" A ah.."

Huhu. Memang la emak. Dulu anak emak tiap2 hari pergi training futsal, main badminton. Lepas tu, kerja sushi, tiap-tiap hari berjalan kaki. Otot semua kental. Sekarang, dah duduk opis, otot kental da jadi kendur, lemak tepu bertimbun-timbun. Kalu kurus pun, kurus kerempeng tak sihat sebab jisim otot tak meningkat. Huhuhuhuuu...Nak naik tangga pun da mengah, nampak sangat fitness semua dah kelaut. Huhu. Kalau dulu, makan memang kuat, sebab asal makan je semua habis tercerna jadi tenaga. Sekarang ni, nak makan pun tak ada selera. Tengok makanan pun kadang-kadang tak ada perasaan. Acane nk sihat? Huhuhu

* Nampaknye kena pakai jugak kasut jogging aku yg berbau kedai tu*

Monday, May 12, 2014

Apa...

Agaknya apa perasaan emak bila tahu anak dia macam ni?
Agaknya apa perasaan mak bila tahu apa anak dia lalui?

Maaf mak. Anak mak tak nak mak susah hati.

Agaknya apa arwah abah akan buat kalau arwah abah ada lagi?
Apa abah akan buat kalau tahu anak dia goyah macam ni? tak teguh macam selalu?

Rindu abah..

Alfatihah..

Simpan

Simpan dalam hati
Simpan sendiri..

Nak berkongsi dengan kawan?
Rasa masalah hati dah cukup membeban mereka.

Nak berkongsi dengan keluarga?
Tak mahu aku memburukkan pandangan sesiapa..

Mengadu dengan Allah..
Menangis hilang berat beban di hati..

Semua kan ku simpan sendiri..

Sunday, May 11, 2014

Kereta Rally (sambungannya)

Akhirnya,
Setelah hampir berminggu-minggu kereta aku tu berlapuk macam land rover masuk hutan, makanya....

Aku da cuci semalam.
Wakakakakaa..
Punya lah lama nak dapatkan inpsirasi untuk cuci kereta.
Oh, bukan inspirasi, tapi kerajinan diri yg semakin pupus.
Akhirnya berkilat kereta aku tu.

* Bangun pagi, nampak bekas tapak kaki kucing merata-rata atas kereta.. Huaaaa..Takpe la, sayang punya pasal...*

Memandu

Emak: Uda, mak nak belajar bawak kereta.
Aku: Kenapa? tak payah la mak. Mak nak bawak kereta sape?
Emak: Kereta kancil acik kan ade? Mak boleh bawak kereta acik.
Aku: Mak nak pergi mana? Bahaya la mak nk bawak kereta sekarang. Jalan da sesak.
Emak: Nak beli barang dapur, nak pergi belanja, nak hantar adik sekolah.
Aku: Aik? Kan uda ada? Uda boleh hantar emak kan?
Emak: Tapi tak lama lagi uda dah tak duduk dengan emak. Tak lama lagi uda nk pindah KL.

Aku terdiam...

Emak memang sedang bersedia dari segi mental dan fizikal akan pemergian aku.

Thursday, May 8, 2014

Nasihat

Kalau nk marah-marah, mengamuk, istighfar banyak..
Jangan asyik mengeluh dalam fb..

Itu nasihat..
Nampak sangat aku suka mengeluh dalam FB..

Haish..
Baik lah..
Ingat Allah tu lebih dari mengeluh.

Pulak tu mengeluh dlm FB. Tak ada bawa apa-apa faedah pun..

Mengeluh dan mengadu kepada Allah berjuta kali lg elok dr mengadu kat FB
Huhuhuuu..

* ubah perangai buruk tu. Ubah sikit emosi huru hara. *

Wednesday, May 7, 2014

Kereta Rally

Bila tibanya musim hujan, maka tiba juga musim malas..

Malas nak cuci kereta~

Kereta jalan dalam bandar, dah ade rupa macam bawak Rally dalam hutan.

Hahahahha

Berlapuk sana sini, kotor sana sini.

Malas sungguh nak cuci sendiri.

Wahai diri, jgn malas-malas lagi.

Kereta itu mencerminkan penampilan diri

Apa guna pakai baju comel tapi kereta macam pakai bedak tebal seinci?

Hahahahha..

Okey, aku kena cuci kereta.

Kan ku gagahkan jua kudratku mengangkat baldi dan sabun~


Thursday, May 1, 2014

Melangkau batas

Terkadang, terlangkau batas,
Menyalahkan takdir.

Ya Allah...
Ampuni aku..
Aku insan yg lemah..

Telah tertulis itu bahagianku.
Masa depan itu tak pasti, aku masih boleh berdoa agar minta terus dirahmati dan diberkati..

Yang terjadi itu adalah takdir yg pasti.
Terima dgn hati terbuka, kerana itu apa yg telah dijanji.

Jangan pernah terlupa siapa diri sendiri.

Ya Allah..

Jangan jadikan aku manusia yg kufur..

Sarbat Halia

Untuk kesekian kalinya...

Sarbat oren..

Ngeh ngeh ngeh..

Persediaan untuk bulan puasa. Nak buang segala angin yang tak guna dalam perut. Nak cuci usus dari toksik yg tak diperlukan. Tak ada la gastrik sesuka suki nk serang perut aku nnt.

Hehehe.

Perut sihat, hidup bahagia~