Thursday, March 27, 2014

Selamat Malam, MH370

Selamat malam, MH370..

Alfatihah untuk semua yang terkorban yang beragama Islam.
Salam takziah aku ucapkan untuk mereka yang beragama selain umat islam.

Aku abaikan segala teori konspirasi dan cakap-cakap belakang yang tak ada sebarang bukti melainkan pengaruh cerita-cerita ciptaan orang Amerika. Aku abaikan segala andaian yang dibuat berdasarkan perasaan. Jika Allah mengkehendaki perkara tu berlaku, maka ia akan berlaku.

Kepada keyboard warrior, aku sarankan korang je la yang pergi berenang kat Lautan Hindi tu untuk cari bahan bukti. Sekarang, mereka yang profesional dan mempunyai kepakaran dan kemudahan terpaksa tangguh operasi mencari disebabkan cuaca yang buruk, aku sarankan semua keyboard warrior ni untuk pergi terju ke dalam Lautan Hindi dan mencari bahan bukti sebab aku nampak ketidaksabaran mereka dalam menunggu maklumat lebih lanjut. Ape korang ingat cari sepihan kapal kat lautan Hindi yang bergelora tu sama macam cari kertas yang terbang melayang ke dalam longkang tepi rumah korang?

Ish ish ish..tak faham aku dengan orang yang suka memudahkan kerja org lain. Dalam kepala asyik fikir orang je buruk, korang je la yang betul. Ishhh.. Ape pun tak boleh~

Mari kita sedekahkan Alfatihah kepada mereka. Kita sebagai manusia, berserah saja kepada Allah Taala,kerana Dia Maha Mengetahui. Jika benar mereka masih hidup, tunjukkanlah. Jika mereka sudah tiada, pun tunjukkanlah. Moga usaha pencarian dipermudahkan. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment