Tuesday, February 11, 2014

Thank you tag

Majlis kakak aku akan berlangsung lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Oleh kerana tak tahu nak letak apa pada goodie bag, maka aku yang kreatif sikit ni (sebab adik aku yang kecik tu kreatif banyak) pun mereka tag terima kasih untuk ditepekkan ke goodie bag akak aku..

Tadaaaaaa~

Ini la hasil untuk TQ tag mudah aku..

Tapi..

Malangnya, aku terlupa tekan butang save..... Huaaaaaaa.. habis hilang daya usaha aku selama setengah jam.

Terpaksa la aku buat yang baru, dan ini hasilnya..

Tadaaaaaa lagi sekali
Oleh kerana da buat kali yang kedua, maka ada la sikit pembaharuan yang boleh aku buat. Nak menampakkan setiap patah perkataan tu dengan jelas.

* Lepas ni tinggal print atas kertas je la *

1 comment: