Monday, September 30, 2013

Edit mengedit~

Gambar yang dah berumur lebih dari sebulan, baru je nak diedit hari ni..

Hahahahaha...

Kamikaze~

   
Farewell Kak Isma....
Legoland
Dan beberapa lagi batch gambar...

Huhuhuhuuuu

T_____T..

Sunday, September 29, 2013

Terbaik

Kadang-kadang, kita berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk orang lain. Tapi akhirnya, kita juga yang diabaikan kerana tidak cukup baik untuk mereka...

Lebih baik berhenti jika terus tidak dihargai..

Saturday, September 28, 2013

Kosong

Kosong....

Kepala kosong, tak tahu nak buat kerja macamane. Hahahaha.. Alahai, nama pun Planning Engineer, bila kepala kosong, apa yang nak di plan kan?

Kata nak kumpul duit?

Cepat-cepat...

Sila kerja macam biasa..

Semangat tika hujan, turunlah kau!

Thursday, September 26, 2013

Peringatan untuk diri ku

Kadang-kadang, kita mengata orang lain sebab rasa tak puas hati..
Luahkan kat FB, twitter, semua tu
Tapi, kitaran hidup ni macam roda
Akan kembali semula kepada kita.
Tanpa kita sedar, kita akan buat apa yang kita tak suka oranga lain buat.
Tak ada manusia yang tak dibenci.
Rasulullah S.A.W yg maksum tu pun dibenci kafir quraisy, inikan pula kita manusia biasa yang terlalu byk dosa.
Berubahlah kearah yg lebih baik
Kerana meludah ke langit, pasti akan jatuh terkena muka sendiri,
Menepuk air didalam dulang, pasti terpercik ke muka sendiri.

Cermin diri sebelum sibuk menyelak keaiban orang lain.

Satu peringatan buat diriku sendiri...

Tuesday, September 24, 2013

Hello, nak beli insurans?

Luahan hati aku di laman FB.

2 3 hari lepas, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mamat yang tak bertamadun, yang dipanggil manusia insurans hantu. Kenapa aku panggil insurans hantu? Sebab kita tak tahu kewujudan dan kesahihan insurans tu. Ada ke Maxis buat plan perlindungan insurans? Masalahnye, bukan setakat telefon je dia cover, malah sampai ke insurans nyawa bagai. Mak aiiii, pandai betul kau nak menipu. Ceh.

Bukan sekali dua aku terkena. Da banyak kali. Apa yang aku perasan, kebocoran maklumat ni pasti terjadi lepas aku buat permohonan bank untuk beli kereta, kad kredit, atau apa-apa sahaja permohonan pinjaman. Nampaknya macam pihak tak bertanggungjawab tu ada kaitan dengan pihak bank. Dah la merepek entah apa-apa, lepas tu, memang sangatttttt kurang ajar. Ada ke macam tu? 

Dah la beria-ia dia nak bercakap dengan aku. memang aku agak berkasar dengan dia, sebab yang aku marah, dia cakap no telefon aku didaftar atas nama orang lain. Aikkkk?? Aku pakai no telefon yang sama dah lebih dari 7 tahun. Masakan boleh bertukar? Kemudian, lepas tu, bermulalah taktik kotor manusia hantu ni. Dia mula menerangkan kemudahan dan kelebihan insurans perlindungan Maxis ni. Kau ingat aku nak percaya? Sebab semua perlindungan insurans ni, sama saja.

Aku pun mula la cakap, aku minta maaf, aku sibuk. Iye la, walaupun jam dah pukul 5.30ptg, tapi aku ada 10 job urgent hari tu, yang memang aku kena siapkan. Sementelah pulak, aku memang selalu balik pukul 8.00 mlm keatas. Itu dah termasuk dalam waktu puncak aku bekerja. Tapi, mamat kurang ajar ni memang la kurang ajar. Dia ajuknye aku, ckp aku ckp mcm Perdana menteri. hello??????? Aku dah cukup bersopan santun kot masa tu! Dah la kepala aku serabut, pulak kau telefon utk serabutkan kepala hotak aku! Memang sangattttttt kurang ajar. Aku memang bersimpati dengan mak bapak die, dapat anak macam tu. Setiap orang perlu tahu adab bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali, lebih-lebih pulak orang yang kau nak jual barang! Bila aku tanya nama, mintak no ic, tak nak pulak kau bagi? Tahu takut? Lepas tu, memang aku letak terus. Malas nk layan mangkuk jamban tu. Huh~

Yang kelakarnya, bila aku post di FB, rupanya nombor yang sama pun ada digunakan untuk menelefon mangsa-mangsa lain, yang terdiri dari kawan-kawan aku. Ek? ada yang call, cakap dari Celcom. Ek? Kata tadi Maxis? Sejak bila Maxis dgn Celcom Axiata bergabung? Hahahaha..sudah nampak ada penipuan di situ. Hmmm, kemungkinan lepas ni, aku nk ikut je nasihat kawan-kawan aku yang dah terkena, letak je telefon atas meja, biarkan diorang bercakap sendiri. Hahaha...


Saturday, September 21, 2013

Kapak kereta

Malaysia kini gah dengan pasaraya, kedai, deretan gerai, dan juga pusat membeli belah. Namun ada satu yang menjadi masalah, iaitu kurang tempat meletak kenderaan. Deretan kedai 3 tingkat sebanyak 30 lot hanya menawarkan tempat meletak kereta sebanyak 100 lot. Apa? Haa.. kereta pekerja dan pemilik kedai sahaja dah penuh kat kawasan tu. kenderaan pelanggan? Pandai-pandai la nak parking kat tepi jalan ke, atas divider jalan ke, atas rumput ke. Silap-silap hari bulan? Dapat surat cinta dari polis atau JPJ atau majlis perbandaran, atas kesalahan lalu lintas. Best tak? Best sangat, sampai nak kapak je kereta polis tu. 

Ni la masalahnya. Tempat letak kereta yg sangat terhad. Kadang-kadang, terpaksa pusing-pusing kat kawasan yang sama selama lebih dari setengah jam, semata-mata untuk cari tempat letak kereta yang kosong. Pulak, kena menapak jauh, sampai bau perfume pun dah berubah jadi bau badan. Best tak? Mestilah tak. Ini la masalah di Malaysia..

Pada hemat aku, adalah best sekiranya pemerintah menitik beratkan masalah tempat letak kereta ni. Kalau ada carpark pun, kadar yg dikenakan sangat tinggi. Aku pernah kena, sejam RM3.00. Mak aih, mahal benar. Nak kata tempat tu bertutup, bertuah je. Ada la plak kereta aku kena tembak dengan sang beburung atas pokok. Ceh..

Apa kata, pemerintah membina tempat letak kereta bertingkat, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kereta yang menghalang lalulintas, dan juga masalah kereta yang disagat body nya. Buat yang elok sikit, ade  kemudahan lift untuk warga emas dan orang kurang upaya  (padahal, tak warga emas pun malas nak menapak naik tangga). Rakyat takkan merungut sekiranya mereka tahu kereta mereka itu selamat, antaranya dari disagat ataupun disaman. Lega la hati bila nak berurusan di kawasan tu.

Jika tidak pun, sediakan satu kawasan lapang, yang sememangnya boleh digunakan untuk parking kereta. Ini tidak, asal ada kawasan lapang je, naik bangunan, naik kedai. Carpark tak juga dibuat. Ada pulak orang yang mengapak kereta pemaju nanti.

Bukan gatal

Berkahwin cepat tu,bukan kerana gatal...
Tapi disebabkan diri tak semulia malaikat..
Dosa di bahu semakin memberat..
Yang mudah sudah kelihatan semakin rumit melarat..
Diri menjadi semakin terjerat..
Mahukan ia berlangsung dlm kemampuan..
Namun ia tetap kelihatan seperti desakan..
Semakin kuat walaupun bukan itu tujuan..

Sukarkah mereka untuk memahami?




Saturday, September 14, 2013

Melancong vs membeli belah

Melancong atau membeli-belah?
Melancong dan membeli belah?
Melancong untuk membeli-belah?

Untuk mereka yang dilahirkan tanpa 'sudu emas' ditangan, sudah semestinya aku hanya gemar melancong. Jangan disebut membeli belah dihadapan aku, sebab itu la benda yang paling aku tak gemar. Ya, seperti mana aku telah sebut dahulu (disini), aku dah merasa kepayahan hidup dari sejak aku lahir hingga sekarang. Alhamdulillah, aku tidah ada masalah 'kaki shopping' dan juga 'kaki barang berjenama'. Terima kasih emak & arwah abah kerana membesarkan aku dengan cara ini. Sekurang-kurangnya aku tahu nilai titk peluh sendiri.

Api itu panas (II)

Api itu panas...
Jika telah diberi ingatan, jangan nanti kau menyesal.
Jangan kau menangis di hadapan aku lagi,
Kerna tak pasti aku mahu tertawa atau bersimpati .

Api itu panas,

Jangan kau cari aku untuk menyembuhkan kesan lecurmu,
Kerana peringatanku untuk kau menjauhi api kau biarkan ia berlalu..

Saturday, September 7, 2013

Jangan Bermain Api

Api itu panas
Jangan bermain api, kelak terbakar diri
Melecur hati..
Jika sudah tahu kesudahannya, mengapa perlu diambil risiko?
Jangan sesekali menggadai diri
Kelak yang sakit diri sendiri
Walaupun sahabat mampu mengubat hati,
Namun yang merasa sakit dan perit itu dirimu sendiri..

Jangan diambil risiko yang penyudahnya sudah diketahui.
Jangan diharap ia menjadi realiti
Tinggalkan dia jauh dibelakang walaupun dirimu kini menyendiri
Kerana ia lebih baik dari akhirnya dirimu yang makan hati..