Friday, July 26, 2013

Rezeki itu milik Allah..

Pagi semalam aku mendapat dua berita berbeza, berita berkaitan rezeki. Dua-dua berita datang dari orang yang dekat di hati aku. Seorang mengkhabarkan dia mendapat kenaikan gaji, dan lagi seorang mengkhabarkan dia tak mendapat arreas. Dua berita yang saling berlawanan antara satu sama lain. Berita ni menyebabkan aku sedar bahawa, rezeki itu memang milik Allah Taala.

Rezeki sama seperti jodoh dan mati. Sesuatu yang misteri. Dulu, masa aku single, tak tahu apa-apa pasal cinta, tak ada pulak orang yang nak mengorat. Bila aku dah mula kenal cinta, sampai ada 2 keluarga jiran yang datang merisik. Yang nak berkenalan tu jangan la cerita. Macam tu juga rezeki. Bila tak ada rezeki, sampai boleh rasa nak putus asa. Tanpa kita sedar, tetiba je rezeki tu datang mencurah-curah, macam air terjun. Kita takkan tahu apa yang disediakan untuk kita. Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita dituntut untuk berusaha jika inginkan sesuatu, termasuklah berusaha berdoa.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal itu jangan dilupakan..

Usaha tanpa doa:
Kosong, tiada berkat

Doa tanpa usaha:
Amboi, nak tunggu rezeki turun dari langit? Nak tunggu bidadari dari syurga?

Usaha dan doa, tanpa tawakkal:
Kita perlu sedar bahawa segalanya berlaku atas kehendak Allah Taala. Jika Dia tidak mengkehendakinya, segalanya pasti tidak akan terjadi.



No comments:

Post a Comment