Monday, July 1, 2013

Mudah dan sukar

Mudah

Bercinta itu mudah,
Berkahwin itu mudah,
Mendapatkan anak itu mudah,

Tapi yang sukarnya,

Yakin dan percaya dalam percintaan itu sukar,
Saling hormat menghormati, bertolak ansur dan memahami dalam perkahwinan itu sukar,
Membesar dan mendidik anak itu sukar.

Hanya mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi sahaja mampu..

Bercinta walaupun terpisah beribu batu,
Berkahwin walau di usia muda dan mampu kekal hingga ke akhir hayat,
Membesar dan mendidik 10 orang anak hingga mereka dewasa dan berjaya..

Pokok pangkalnya, hati dan niat..
Jika kerana Allah Taala,
Insyaallah segalanya akan dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment