Friday, June 7, 2013

Puasa Ganti

Tinggal lebih kurang sebulan tibanya Ramadhan..
Dilema para wanita: Dah ganti puasa ke belum??

Masa cuti puasa, kemain bersemangat nak puasa 6, nak habiskan ganti dalam bulan syawal.
Bila tiba syawal, hampeh...
Semua kemain makan macam tak ingat dunia.

Kemudian, bersemangat lg nak ganti puasa lepas bulan syawal, nak ganti puasa sambil puasa sunat isnin-khamis..
Lepas tu....
Hampeh gak.. makan tak ingat dunia lagi..

Bila dah sampai Rejab dan Syaaban, baru masing-masing tersedar dari lamunan.
Masing-masing korek balik kalendar tahun lepas, nak kira berapa hari cuti puasa.
Mula la bersusah payah ganti puasa tiap-tiap hari, sampai bos pun terkejut.
' Puasa sudah start ke?'
Bila dah ditolak 'cuti bulanan', semakin suntuk masa yang tinggal..

Pengajarannya?

Sila ganti puasa secepat yang mungkin. Jangan dah tinggal 2 3 bulan nak sampai ramadhan baru terkial-kial nak qada' puasa.

* hahahahaha..aku pun tengah terkial-kial nak ganti puasa...

No comments:

Post a Comment