Friday, March 9, 2012

Kekal segarkan mata di opis

 
 
Mengantuk di opis bukanlah satu perkara yang baru. Bagi aku, hampir setiap hari aku berdepan dengan masalah 'kronik' ni. Mana tak nya, produktiviti kerja akan menurun, kerja pun boleh terbengkalai. Bila kita sedaya upaya 'menyedarkan' diri, akhirnya mesti kepala akan rasa pening. Walaupun aku tak la sampai tersengguk-sengguk (tahap headbang terus!) dimana aku hanya akan duduk statik tak bergerak selama beberapa minit, namun malu la jugak kalau kawan-kawan opis terperasan.

Mungkin ada yang berkata, minum air yang berkafien dapat membantu kita untuk terus sedar. Tapi, bagi aku, kafien boleh memberi 'reversible effect' dimana dengan hanya meminum 3 teguk nescafe atau apa-apa brand kopi sekalipun, aku akan mula berada di awangan. Jadi, untuk membendung masalah buruk perangai ini di opis, aku dengan bangga dan bahagianya mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.
1. Urutan
Buat masa ini, urutan merupakan jalan penyelesaian yang sering aku ambil. Urutan dapat membantu melancarkan peredaran darah, lebih-lebih lagi jika kita bekerja berhadapan dengan komputer (dengan erti kata lain, duduk dari pagi sampai petang). Buat urutan ringan di atas kepala, belakang leher, bahu, belakang tangan (antara jari telunjuk dan ibu jari), belakang lutut dan juga di cuping telinga. Urutan ni tak perlu la macam urutan minah Thailand di kedai-kedai urutan tu, cukup lah sekadar dapat kembalikan kesegaran mata. Jika masih tak berkesan, tampar-tampar sahaja pipi sendiri (tahap kekuatan-sesuka hati, jangan samapi cedera, sudahlah~)
2. Cuci muka/leher
Ini adalah cara yang paling banyak aku amalkan semasa zaman sekolah dulu. Air sejuk dapat menyegarkan kembali mata dan urat saraf kita. Tapi, biasanya kesannya sebentar sahaja, sebab bila 'effect' air sejuk telah berkurangan, mata akan kembali memberat, rasanya lebih berat dari sebelumnya, sebab dah rasa selesa.
3. Jangan biarkan perut penuh
Ini biasanya terjadi lepas makan tengahari. Badan akan mula rasa letih, ditambah pula dengan kekurangan oksigen yang disebabkan oleh perut yang penuh sesak. Biasanya,aku menggunakan hipotesis bahawa, semakin penuh perut, semakin kurang oksigen yang disedut, semakin kurang oksigen yang sampai ke otak, semakin menurun kadar kesedaran. Ini lah akibatnya kalau tak makan sarapan pagi. Sarapan sangat penting, selain beri tenaga di pagi hari, ia juga dapat memastikan perut kita 'dialas' dengan secukupnya, untuk memastikan kita tidak 'melahap' mengalahkan mangsa kebuluran yang tak makan seminggu. Jadi, makan lah berpada-pada.

4. Makan
Maksud makan di sini, bukan lah makan makanan yang berat. Cuba makan makanan ringan yang mampu menyegarkan mata, seperti gula-gula, chewing gum, biskut atau pun kismis. Ia tidak la terlalu mengenyangkan, dan ia mudah untuk di simpan di dalam beg, handbag, laci, mahu pun disorok di bawah rak dokumen (yang ada tulis in & out tu~). Biasanya, memakan makanan seperti ini akan membolehkan kita terus segar disebabkan oleh pergerakan otot-otot di muka, seterusnya melancarkan pengaliran darah.

5. Senaman ringan
Bekerja berhadapan dengan komputer bukan satu halangan untuk kita buat senaman ringan. Tak perlu la berlari seperti Usain Bolt di tengah-tengah opis, atau pun membuat push-up di tepi meja, nanti ada pula kena campak dengan pak guard keluar dari opis. Cukup dengan buat senaman ringan, seperti buat regangan otot tangan, kaki, bergerak ke toilet (berjalan juga tu), atau meregangkan otot leher selama 20 saat (bukan minit ye!). Ia adalah untuk melancarkan kembali sistem peredaran darah yang dah terbantut akibat dari kurang bergerak.


6. Dengar muzik
Dengar muzik pun dapat membantu segarkan mata, sebab minda kita akan ter'stimulate' dengan muzik. Muzik membolehkan minda kita berkembang akibat dari gelombang yang disebarkan, sekaligus mengaktifkan otak kita yang dah mula nak membeku. Genre lagu adalah bergantung kepada kehendak sendiri, tapi janganlah sampai dengar lagu yang ala-ala lullaby, tu bukan nak segarkan mata, tapi bagi lagi mengantuk ada la. Tak salah juga kalau nak dengar lagu Mozart-Figaro atau pun Schubert-Piano Sonata No 16 (sebab aku dengar lagu ni kat opis), tapi kalu lagu Beethoven-Moonlight Sonata, memang laa tak sesuai, sebab macam suruh pergi tidur je. Kalau rase nak bergerak-gerak sikit ikut muzik, apa salahnya, tapi jangan lah menari macam artis-artis korea kat atas pentas, conform kawan-kawan korang ingat korang ada masalah mental atau pun hyperactive. Muzik yang didengar tu janganlah dibuka kuat-kuat, tapi cukup lah sekadar terdengar di telinga, sebab jika lagu di buka dengan perlahan, tumpuan kita akan lebih pada lagu, sebab nak dengar muzik dan lirik, seterusnya membolehkan minda kita bekerja.
 
 
7. Mentaliti
Mentaliti, ataupun mental state adalah penting. Kita kena pastikan fikiran kita sentiasa fokus, dan jangan biarkan sekali-kali fikiran kita kosong (bila fikiran kosong, akal kurang berfungsi, senang la nak termengantuk). Jika fikiran dah mula nak sunyi tu, fikir-fikirkna la perkara yang menarik, yang kelakar, yang sedih, perkara yang boelh buat kita marah pun boleh juga. Ia sekurang-kurangnya membolehkan otak kita bekerja.



8. Zikir/baca ayat Alquran
Ni untuk mereka yang beragama Islam. Bukan setakat zikir masa solat je, masa tengah buat kerja kat opis pun boleh juga. Selain dari menyegarkan mata, dapat la juga kita tambah pahala amalan. Yelah, kita ni manusia biasa, selalu buat dosa, tapi pahala malas nak cari. Zikir dan bacaan ayat-ayat Alquran tu tak perlulah panjang-panjang, sebab kadang-kadang, ada je spesies manusia ni bila kena zikir yang panjang-panjang, ada je makhluk bertanduk yang hasut kat tepi telinga 'Jangan Baca, aku panas!'. Setakat zikir yang ringkas pun dah memadai, tasbih, tahmid dan takbir. Jangan dilupa selawat ke atas Rasulullah SAW. Moga-moga dapat keberkatan dalam pekerjaan hari tu.



9. Tidur sebentar
Orang kampung aku kat Alaska panggil nap, iaitu tidur sekejap di siang hari. Tak perlu la nak tidur sampai 2-3 jam, tapi cukup sekadar 5-15 minit. Biasanya tidur sekejap ni lagi berkesan, sebab ia dapat mengembalikan tenaga secara segera. Mak aku selalu cakap, kalau mengantuk, tidur je ubatnya. Kalau di opis tu, jangan la buruk sangat perangai, pergi tidur kat bawah meja. Sekurang-kurangnya, pergi la surau (kalau ada surau) untuk lelapkan mata (jangan pula masa office hour, tido la masa lunch~).

Setakat ini, ni saja yang dapat aku list kan. Mungkin orang lain, lain cara untuk segarkan mata di opis.Yang paling penting, pastikan korang dapat REHAT yang secukupnya di malam hari, bukan tidur ya. Sebab, ada di kalangan kita walaupun dah tidur sampai lebih dari 10 jam pun masih lagi mengantuk (sebab tidur yang kurang berkualiti) dan ada juga yang setakat tidur 5 jam, dia boleh kelihatan segar sepanjang hari. Jadi, dapatkan rehat yang secukupnya supaya kelihatan bertenaga dan segar di opis..