Wednesday, September 22, 2010

Keletang keletung??

Tu la bunyi gamelan kalu main pukul sembrono je..tak sedap gamaknye, macam orang berperang! tapi kalu main dengan gayanya, mmg la sedap, walaupun ade yang cakap dorang ngantuk kalu denga muzik gamelan..tapi pada aku, whatever je laa...~

tadi pergilah aku ke latihan gamelan. setelah lebih dari sebulan tak ada latihan, aku pulang semula ke Unit Kebudayaan UTM..latihan ni sempena pembukaan Pesta Konvokesyen UTM ke 45, & majlis pemahsyuran Canselor UTM..UTM akan menerima Canselor baru!Yay!

Majlis esok bermula pukul 9 malam, tapi aku kene datang petang pasal nak gilap demung (alat yang aku main) sampai kilat..hehe..kilat sampai ley jadi cermin!

latihan tadi, macam kelakar la pulak..sebab dah agak lama tak main, semua jadi kelam kabut. lagu pun mcm denga tak dengar je. tetibe aku denga semua lagu tu jadi pelik. kenapa ye? 2 3 kali jugak aku berhenti main, psal mmg aku rase pelik. aku pandang kiri, aku pandang kanan, aku pandang depan, aku pandang belakang. dan hampir semua yang datang latiihan pun wat muka unik gak, muka pelik pasal lagu semua dah lari dari tune. Hmm..masalah ni... lagi mengharu birukan keadaan, pemukul yang aku selalu pakai tu, tetibe je aku tak jumpe. terpaksala aku pakai pemukul lain. bunyinye, Ya Allah, hancur. mcm bunyi periuk belanga berlaga pun ada jugak! lepas sejam main, aku mmg da hilang sabar, terus bangun & cari pemukul yang aku selalu pakai tu. rupa-rupanya ada tersorok kat belakang gong perasmian..patut la aku tak jumpa~dan mmg kelemahan aku, cari barang...

Ruginya aku...
Hri sabtu ni, pemahsyuran canselor UTM yang baru. tak dapat la aku tengok majlis yang penuh gilang gemilang tu, aku kene pergi Kuantan, pasal sepupu aku kahwin. inilah pengorbanan yang aku buat demi keluarga. kalu tak, tak de maknenye aku nak lepaskan peluang keemasan ni..aku harap kawan2 Gamelan Citra Daksina memberikan persembahan yang terbaik sepanjang ketiadaan aku!( mcm amanat terakhir pulak!) hehe..aku harap aku dapat pulang dengan selamat pada hari isnin, dan bersama yang lain untuk sesi konvokesyen yang seterusnya...

Annyeong~

No comments:

Post a Comment